CHARLOTTE, New York, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- Celgard, LLC (Celgard), anak syarikat Polypore International, LP, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian pembangunan bersama berbilang tahun dengan Morrow Batteries AS (Morrow). Celgard akan bekerjasama dengan Morrow untuk membangun, menguji dan mengkomersialkan pemisah bateri proses kering generasi seterusnya yang akan digunakan dalam sel bateri voltan tinggi Morrow dengan bahan katod litium nikel mangan oksida (LNMO) untuk penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan sistem penyimpanan tenaga (ESS).
Walaupun aktiviti pembangunan pemisah sudah pun dijalankan antara kedua-dua syarikat ini, pengeluaran komersial akan bermula di Kilang Giga sel bateri Morrow di Eyde Energy Park di Arendal, Norway pada tahun 2024. Di bawah terma perjanjian ini, Morrow akan menggunakan pemisah membran proses kering proprietari Celgard secara eksklusif dalam bateri voltan tinggi yang dihasilkan di Kilang Giganya, yang dibangunkan di bawah perjanjian ini. Morrow telah komited terhadap jumlah pembelian tahunan yang tidak didedahkan.
"Selama lebih setengah abad, Celgard telah menerajui bidang teknologi membran dan kami sangat teruja dapat bergabung tenaga dengan mereka untuk mengkomersialkan pemisah bagi bateri voltan tinggi Morrow generasi seterusnya.
Kerjasama dengan Celgard ini menyediakan rangka kerja untuk mempercepat pembangunan produk berasaskan LNMO kami dan ia merupakan satu langkah besar yang menuju ke arah matlamat Morrow untuk menjadi peneraju global dalam penjimatan kos dan kelestarian," kata Rahul Fotedar, Ketua Pegawai Teknologi Morrow.
Selain itu, Lie Shi, Ketua Pembangunan Perniagaan Pemisah Global Asahi Kasei merangkap Naib Presiden Eksekutif Polypore menambah perkara berikut: "Kami teruja dapat bekerjasama dengan Morrow untuk membangun dan mempamerkan pemisah membran generasi seterusnya, Celgard® untuk sel bateri voltan tinggi yang dihasilkan di Kilang Giga bateri milik syarikatnya dan kami berharap untuk memajukan lagi teknologi kenderaan elektrik di Eropah bersama-sama dengan Morrow."
Tentang Celgard dan Polypore
Celgard mengkhusus dalam membran mikroliang proses kering bersalut dan tidak bersalut tanpa pelarut yang digunakan sebagai pemisah iaitu komponen utama bateri ion litium. Teknologi pemisah bateri Celgard penting kepada prestasi bateri ion litium untuk kenderaan pacuan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan penggunaan lain.
Celgard, LLC ialah anak syarikat milik penuh Polypore International, LP, sebuah Syarikat Asahi Kasei.
Polypore ialah sebuah syarikat global dengan kemudahan di sembilan buah negara yang mengkhusus dalam membran mikroliang yang digunakan dalam kenderaan elektrik dan bukan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan penggunaan khusus. Sila layari www.celgard.com dan www.polypore.com.
Tentang Morrow Batteries AS
Morrow Batteries AS (Morrow) menyediakan bateri yang menjimatkan kos dan lestari untuk membina sistem tenaga yang ternyahkarbon dan berdaya tahan di seluruh dunia dan membolehkan pemacuan tenaga elektrik untuk semua. Bateri LNMO (bahan katod) generasi seterusnya daripada syarikat ini akan menggantikan kobalt, mengurangkan penggunaan nikel dan litium serta memaksimumkan penggunaan mangan yang bersih dan banyak. Ditubuhkan pada tahun 2020 dan beribu pejabat di Arendal, penskalaan dalam industri kini membuatkan syarikat ini memiliki lebih 100 orang pakar bateri di empat buah pejabat di peringkat antarabangsa. Ketahui lebih lanjut di morrowbatteries.com dan @morrowbatery di LinkedIn.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1938604/Celgard_PR_Image_Morrow.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1881744/Celgard_Logo.jpg?p=medium600