omniture

High 5 Games Umumkan Kasino Sosial Pertama Bertemakan Asia

High 5 Games
2013-12-04 16:36 142

NEW YORK, 4 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Di Macau dan Singapura, industri kasino yang berpangkalan di darat semakin pesat membangun. Dari Las Vegas hingga Monte Carlo, kasino terus mengalu-alukan dan menarik perhatian ramai pemain dari benua terbesar dunia. Namun kini, buat julung kalinya, akan muncul kasino sosial dalam talian yang diciptakan khas buat para pemain yang mahukan permainan kasino bertemakan Asia yang sebenar.

"Kami amat berbangga untuk mengumumkan pelancaran Shake the SkyTM yang merupakan kasino sosial kedua High 5 Games dan juga produk komprehensif pertama syarikat bagi pasaran sosial dan mudah alih Asia," ujar Anthony Singer, Ketua Pegawai Eksekutif High 5 Casino. "Shake the Sky akan menawarkan lebih 30 permainan yang dikhaskan untuk rantau bagi memanfaatkan semangat para pemain yang kian meningkat terhadap kandungan slot sebenar."

Sebagai destinasi utama bagi permainan slot bertemakan Asia, Shake the Sky akan menawarkan judul slot yang terbukti daripada koleksi H5G sedia ada (termasuk permainan paling popular di Asia seperti West Journey Treasure HuntTM, Golden Three KingdomTM dan Four Great Chinese BeautiesTM) serta jenama yang belum pernah dilihat, sebelum dilancarkan di kasino sebenar seluruh dunia.

Kasino ini akan membuat penampilan sulung bagi permainan yang diciptakan khas buat para pemain tersebut, yang memaparkan karya seni yang indah, muzik asli serta simbol bertuah. Para pemain juga akan mengenal pasti tema biasa yang diinspirasikan daripada drama lipur lara, filem Wuxia dan gaya hidup pada abad ke-20, antara lainnya. Pemain Shake the SkyTM  akan menjadi golongan yang pertama di dunia untuk bermain hit kasino sebenar seperti Shanghai RoseTM dan Zen PandaTM. Kasino tersebut turut akan menjadi yang pertama di Facebook untuk menggabungkan tema Asia dengan ciri slot tanda dagangan premium seperti Super StacksTM, Super SymbolsTM dan Split SymbolsTM.

Gaya dan permainan Shake the SkyTM bakal dibentuk mengikut High 5 Casino, yang merupakan kasino sosial dengan pemeringkatan tertinggi dalam industri bernilai 4.3 bintang daripada 5.0. Shake the SkyTM akan muncul di Facebook pada bulan ini. Ahli pasukan Facebook baru-baru ini berkumpul di pejabat High 5 Games di New York bagi meraikan pengumuman pelancaran kasino yang bakal berlangsung.

Bagi maklumat lanjut tentang pelancaran kasino Shake the SkyTM, hubungi Perhubungan Media di MR@H5G.com.

Latar Belakang High 5 Games

Dalam usaha pembangunan bagi pasaran darat, dalam talian, sosial dan mudah alih, High 5 Games telah mencipta beratus-ratus permainan yang dimainkan di enam benua dan lebih 150 negara. Sejak ditubuhkan pada tahun 1995 dengan pejabat di New York dan New Jersey, H5G bertanggungjawab terhadap kebanyakan permainan mesin slot gelendong video yang paling berjaya dalam industri kasino. Produk sosial syarikat itu, High 5 Casino, merupakan kasino paling berprestasi di Facebook, dengan lebih 1.5 juta pemain aktif bulanan dan 500,000 pengguna aktif harian. 

West Journey Treasure HuntTM, Golden Three KingdomTM, Four Great Chinese BeautiesTM, Shanghai RoseTM dan Zen PandaTM dicipta oleh High 5 Games. Syarikat ini turut bertanggungjawab mewujudkan ciri-ciri industri terbaik, termasuk Super StacksTM, Super SymbolsTM dan Split SymbolsTM. Bagi maklumat lanjut tentang High 5 Games (H5G) sila layari h5g.com.

West Journey Treasure HuntTM, Golden Three KingdomTM, Four Great Chinese BeautiesTM, Super StacksTM, Super SymbolsTM dan Split SymbolsTM merupakan tanda dagangan dan hak cipta yang dimiliki dan/atau didaftarkan oleh IGT di A.S. dan/atau negara lain.

 

 

 

Source: High 5 Games
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Gambling/Casinos Internet Technology Mobile Entertainment Social Media Asian-related news New products/services