DUBAI, UAE, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- Yang Amat Mulia Sheikh Maktoum bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Timbalan Pemerintah Dubai, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan UAE serta Presiden DIFC, mengumumkan pelancaran Sidang Kemuncak Teknologi Kewangan Dubai, sebuah acara global yang bakal menghimpunkan lebih 5,000 orang pakar, pemimpin gagasan, penggubal dasar dan pembuat keputusan di Dubai bagi membincangkan tentang cara-cara membentuk gelombang inovasi, perusahaan dan pertumbuhan baharu dalam industri kewangan antarabangsa.
Sidang Kemuncak Teknologi Kewangan Dubai yang bakal dianjurkan oleh Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) ini akan berlangsung pada 8 dan 9 Mei 2023 di Dubai. Acara ini akan menyaksikan beberapa orang personaliti industri yang terkenal di dunia menyampaikan ucapan utama, berkongsi perspektif mereka tentang cabaran dalam industri dan mengenal pasti peluang untuk memaksimumkan kesan Teknologi Kewangan terhadap manusia, perniagaan dan ekonomi.
DIFC yang menempatkan kumpulan syarikat Teknologi Kewangan dan inovasi terbesar di rantau ini, merupakan salah satu tumpuan pertumbuhan paling memberangsangkan dalam pasaran Teknologi Kewangan global yang bernilai lebih $135.9 bilion pada tahun 2021. Pasaran global ini dijangka meningkat pada CAGR sebanyak 11.9% antara tahun 2022 hingga 2027 untuk mencapai nilai melebihi $266.9 bilion menjelang tahun 2027.1
Tuan Yang Terutama Essa Kazim, Gabenor DIFC berkata: "Sidang Kemuncak Teknologi Kewangan Dubai akan menyatukan idea, pengetahuan dan perspektif yang dapat membantu merintis fasa pertumbuhan sektor kewangan dan Teknologi Kewangan global baharu yang pesat dalam Ekonomi Global. DIFC akan memanfaatkan platform yang ditawarkan oleh Sidang Kemuncak ini untuk menyatukan bank, Teknologi Kewangan dan badan kawal selia dari seluruh dunia agar dapat terus merangsang kemajuan digital dalam sektor kewangan.
Kami telah pun mempunyai lebih 600 buah firma Teknologi Kewangan dan inovasi dalam DIFC yang mengubah landskap industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kami. Peningkatan sebanyak 23% yang disaksikan oleh komuniti Teknologi Kewangan DIFC pada separuh pertama tahun ini menjadi bukti kepada platform mesra pertumbuhan yang dinamik yang kami tawarkan kepada syarikat-syarikat kewangan dari seluruh dunia."
Program Sidang Kemuncak ini akan menampilkan perbincangan secara terperinci dalam pelbagai aspek utama termasuk masa depan Teknologi Kewangan, Kewangan Terbuka dan tertanam, kelestarian, Web 3.0 dan aset digital. Sidang Kemuncak ini akan turut menawarkan peluang kepada lebih 100 buah syarikat terkemuka di bidang Teknologi Kewangan dan Masa Depan Kewangan untuk memaparkan teknologi dan inovasi terkini mereka.
Hubungan:
ASDA'A BCW
Tel: +9714 450 7600 | omar.nasro@bcw-global.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1940242/DIFC_Global_Summit.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1874040/DIFC_Logo.jpg?p=medium600