omniture

Wib Memperoleh Pelaburan Sebanyak $16 Juta bagi Mempercepat Pertumbuhan dan Menangani Masalah Keselamatan API yang Semakin Meningkat

Wib
2022-11-08 20:00 88

Melancarkan platform keselamatan API holistik yang pertama dalam industri untuk membawa kebolehlihatan dan kawalan yang lengkap di seluruh ekosistem API - daripada kod hingga pengeluaran

TEL AVIV, Israel, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- Wib, syarikat pemula keselamatan siber yang berkembang pesat dan mempelopori era baharu dalam keselamatan API, hari ini mengumumkan pelaburan bernilai $16 juta yang diketuai oleh Koch Disruptive Technologies (KDT), cabang usaha niaga dan pertumbuhan Koch Industries, Inc, dengan penyertaan daripada Kmehin Ventures, Venture Israel, Techstars dan pelabur sedia ada. Pelaburan ini akan digunakan untuk meningkatkan platform rintis keselamatan API holistik Wib dan mempercepat pertumbuhan antarabangsa ketika ia mengembangkan operasi di seluruh Amerika, UK serta Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA).

Keselamatan API merupakan salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) pada hari ini. Penyelesaian keselamatan API yang lama bersifat terasing dan berpecah-pecah menyebabkan CIO hanya mempunyai pilihan produk pelbagai penyelesaian atau penyepaduan secara pasang dan guna untuk menghasilkan pelbagai gabungan penyelesaian. Ini menyebabkan peningkatan kos dan kerumitan, pengurangan kebolehlihatan dan kawalan serta pendedahan yang lebih besar terhadap risiko.

Platform keselamatan API holistik Wib merupakan satu-satunya penyelesaian yang menyediakan kebolehlihatan yang lengkap di seluruh landskap API, daripada kod hingga pengeluaran yang membantu menyatukan para pembangun perisian, pertahanan siber dan CIO ke arah satu pandangan menyeluruh terhadap domain API mereka yang lengkap. Dengan memberikan pemeriksaan, pengurusan dan kawalan masa nyata yang teliti pada setiap peringkat kitaran hayat API, Wib berupaya mengautomasikan inventori dan pengurusan perubahan API; mengenal pasti API jahat, zombi dan bayangan serta analisis risiko dan impak perniagaan yang membantu organisasi untuk mengurangkan dan menguatkan permukaan serangan API mereka.

"API telah menjadi kelemahan utama pertahanan siber dan vektor ancaman nombor satu untuk serangan siber," jelas Gil Don, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Wib. "API menyumbang kepada 91% daripada trafik Internet pada hari ini dengan lebih 50% daripadanya tidak dapat dilihat oleh pasukan IT dan keselamatan perniagaan. API yang tidak diketahui, tidak terurus dan tidak selamat ini mewujudkan titik buta yang besar kepada para CIO yang sekali gus, mendedahkan kerentanan logik perniagaan yang kritikal dan meningkatkan risiko.

"Tambahan pula, pendekatan keselamatan web warisan dan lama seperti Get Laluan API dan WAF tidak pernah direka untuk memberi perlindungan terhadap kerentanan berasaskan logik yang moden. Platform Wib ini telah dibina khas untuk dunia dipacu API yang mewujudkan kategori baharu bagi keselamatan natif API."

Laporan terbaru daripada firma penyelidikan industri, GigaOm, telah meletakkan Wib sebagai "penggerak pantas" dalam kategori "peneraju", dengan menyatakan, "Wib ialah sebuah syarikat baharu, namun memberikan tawaran yang cukup kukuh untuk terus memasuki kategori peneraju" dan "Wib merupakan peserta baharu dalam bidang ini tetapi ia menawarkan penyelesaian yang menyeluruh." Wib turut menyerlah atas keupayaannya dalam "analisis kod sumber dengan tumpuan terhadap kelemahan API yang merupakan kekuatan utama Wib." Laporan tersebut meletakkan Pelaporan, Pemantauan dan Perlindungan Waktu Jalan API Wib sebagai luar biasa dari segi fokus dan pelaksanaannya. Ini merupakan bukti sebenar terhadap pendekatan dan platform keselamatan API Wib yang inovatif.

Tentang Wib 

Wib mempelopori era baharu dalam keselamatan API dengan platform keselamatan API holistik miliknya yang pertama dalam industri. Dengan menyediakan kebolehlihatan dan kawalan yang berterusan dan lengkap di seluruh ekosistem API, Wib membolehkan para pembangun mengekod dengan yakin dan membolehkan pasukan keselamatan untuk menjamin keselamatan dengan kepastian.

Pasukan elit para pembangun, penyerang, pertahanan dan profesional keselamatan siber berpengalaman di Wib memanfaatkan pengalaman dan kepakaran dunia sebenar untuk membantu menetapkan dan membangunkan penyelesaian teknologi inovatif yang mendayakan para pelanggan dengan identiti, inventori dan integriti setiap API, di mana sahaja ia berada dalam kitaran hayat pembangunan tanpa menjejaskan pembangunan atau menghalang inovasi.

Wib mempunyai Ibu Pejabat di Tel Aviv, Israel dengan kehadiran antarabangsa di Houston, AS dan London, UK. Syarikat ini telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2021 oleh usahawan bersiri Gil Don (Ketua Pegawai Eksekutif), Ran Ohayon (Ketua Pegawai Hasil) dan Tal Steinherz yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Teknologi direktorat siber kebangsaan Israel.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1938360/Wib_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan Wib di AS: 
Nazli Ekim 
Zonic Group 
nekim@zonicgroup.com 
+44 (0)7384 220223 
+1 (917) 355-9650

Hubungan Wib di UK:
Mark Waite
Cohesive Communications
markw@wearecohesive.com 
+44 (0)7774 265444

Source: Wib
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Venture Capital