omniture

Memecah rekod dana Asia Tenggara : USD112J untuk ZALORA Group

ZALORA
2013-12-04 17:31 202

Pelaburan terbesar yang perlah dilihat untuk e-fesyen Asia Tenggara menyerlahkan perspektif pertumbuhan yang kuat.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Disember 2013 /PRNewswire/ -- ZALORA Group, gudang fesyen dan kecantikan dalam talian yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara, telah berjaya mendapatkan pembiayaan dana bernilai USD112 juta (SGD139 juta). Modal baharu ini ialah pelaburan tunggal terbesar yang pernah dilakukan untuk peruncit fesyen dalam talian Asia Tenggara dan berasal daripada kumpulan pelabur milikan swasta Access Industries, dana yang diuruskan oleh firma pengurusan aset yang bertapak di AS Scopia Capital Management LLC dan pelabur institusi lain. Oleh itu, ZALORA telah memecahkan rekodnya sendiri yang dicatatkan pada bulan Mei 2013 dengan pembiayaan ketika itu yang bernilai USD100 juta. Turut menjadi sebahagian daripada ZALORA Group ialah THE ICONIC, peruncit fesyen dalam talian nombor satu Australia.

Kemasukan dana terbaru ini menunjukkan keyakinan pihak pelabur yang kuat dengan peruncit dalam talian selepas tempoh pertumbuhan yang pantas dan berterusan. Sejak penubuhannya pada tahun 2012, ZALORA telah berkembang menjadi destinasi fesyen dan kecantikan yang menerajui pasaran di Asia Tenggara dan menawarkan lebih daripada 130,000 produk dengan hampir 500 jenama antarabangsa.

Jorg Mohaupt, Ahli Lembaga ZALORA daripada Access Industries berkata: "Pasukan pengurusan ZALORA yang berpengalaman telah meletakkan syarikat itu sebagai destinasi fesyen dalam talian terulung. Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan yang dinamik ini."

Baru-baru ini, ZALORA melancarkan jenamanya sendiri iaitu EZRA dan memberi tumpuan dalam mengembangkan kepelbagaian pilihan produk fesyen dan kecantikan. Zalora beroperasi di lapan negara dan memberi kepuasan kepada para pembelinya dengan pilihan jenama fesyen dan kecantikan terkenal antarabangsa yang meluas, yang sebelum ini hanya boleh didapati di bandar-bandar besar.

"Pelaburan ini membenarkan kami terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju peruncit fesyen dan kecantikan e-dagang di Asia Tenggara," kata Michele Ferrario, Pengarah Urusan ZALORA Group. "Kami memberi tumpuan terhadap usaha untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada pembeli, digandingkan dengan tawaran unik bagi produk yang terdiri daripada pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa. Kami akan menggunakan pelaburan ini untuk memperbaiki kedudukan kami sebagai destinasi tumpuan fesyen berkonsepkan 'high-street' di Asia Tenggara. Kami akan meluaskan lagi kepelbagaian produk kami dan mempertingkatkan portfolio label jenama kami. Matlamat kami adalah untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia, agar semua orang di Asia Tenggara boleh menikmati pilihan produk yang pelbagai di ZALORA."

Patrick Schmidt, Ketua Pegawai Eksekutif THE ICONIC menambah lagi: "ZALORA Group dan THE ICONIC sudah banyak mencapai kejayaan. Di Australia, kami sedang menghampiri angka sejuta penghantaran pesanan, hasil kepelbagaian pilihan jenama tempatan dan antarabangsa serta perkhidmatan premium seperti penghantaran dalam tempoh 3 jam di Sydney. Pelaburan ini akan membenarkan kami berterusan membina destinasi membeli-belah sehenti dalam talian untuk fesyen, kasut dan banyak lagi melalui tumpuan utama yang menitikberatkan kepuasan pembeli."

Modal baru ini juga akan menyokong usaha ZALORA Group bagi memperbesar operasi dan mengukuhkan lagi tapaknya di seluruh Asia Tenggara dan Australia, berkhidmat untuk 600 juta pembeli dalam talian berpotensi di rantau itu.

Latar Belakang ZALORA Group

ZALORA Group, yang diasaskan pada lewat tahun 2011, ialah peneraju destinasi fesyen dalam talian di Asia Pasifik.

Dengan kehadiran di Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Negara Thai, Vietnam, Hong Kong dan Brunei, laman-laman tempatan Zalora menawarkan koleksi yang menyeluruh dengan pilihan sehingga 600 jenama antarabangsa dan tempatan. Koleksi-koleksi di Zalora melebihi 30,000 produk dan merangkumi pakaian, kasut, aksesori dan kecantikan untuk lelaki dan wanita. Menawarkan polisi pemulangan 30 hari, penghantaran pantas dalam 2-3 hari bekerja, penghantaran percuma untuk jumlah perbelanjaan tertentu, kaedah pembayaran yang pelbagai termasuklah Tunai Sewaktu Penghantaran, Zalora adalah destinasi fesyen online dengan tawaran fesyen tanpa batasan.

THE ICONIC ialah peruncit fesyen dalam talian terkenal di Australia yang membolehkan pembeli memilih daripada lebih 500 jenama dengan 45,000 produk. THE ICONIC berjaya menempatkan syarikat mereka di tahap yang cukup membanggakan dalam pasaran di Australia, menawarkan pembeli penghantaran semalaman percuma ke Australia dan New Zealand, pemulangan percuma dalam tempoh 100 hari dan penghantaran dalam masa 3 jam di Sydney. Baru-baru ini THE ICONIC telah dinamakan oleh Inside Retail sebagai laman e-dagang kedua paling berjaya di Australia, di belakang gergasi peruncitan yang sudah lama bertapak, Big W.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.zalora.com.my  dan http://www.theiconic.com.au .

SUMBER: ZALORA

Source: ZALORA
Keywords: Electronic Commerce Fashion Internet Technology Retail Accounting news, issues Financing agreements