omniture

Baselworld 2014: Akreditasi Media Kini Dibuka

BASELWORLD / MCH Group
2013-12-05 08:00 173

BASEL, Switzerland, 5 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Bermula pada 27 Mac hingga 3 April 2014, Baselworld akan mengumpulkan jenama paling terkenal dalam industri jam dan barangan kemas, arah aliran terkini, seni bina terunggul serta infrastruktur canggih di Basel, Switzerland.

Acara perdagangan "klasik" pada suatu masa dahulu telah berubah menjadi acara terkemuka, forum utama dan platform perdana bagi sektor jam dan barangan kemas peringkat global dalam tempoh sepuluh tahun lalu. Baselworld, pesta jam dan barangan kemas paling penting di dunia, telah direka oleh MCH Swiss Exhibition sebagai acara yang menerajui bagi industri yang kian berkembang dan aktif secara global pada masa kini.

Bukan sahaja sekadar pesta perdagangan, Baselworld kini telah berkembang dalam hab peringkat global sektor jam dan barangan kemas sebagai wadah yang luas, pasaran utama dan penyampai paling hebat bagi arah aliran industri terkini. Setiap tahun, acara tersebut mengalu-alukan lebih 1,400 peserta pameran termasuk pemain paling berinovatif dan cemerlang dalam bidang masing-masing dan juga jenama industri yang menerajui di dunia ke kawasan khas global yang tersendiri ini.

Secara ringkasnya, Baselworld merupakan acara paling penting untuk dihadiri oleh sebarang ahli profesional jam atau barangan kemas, tanpa mengira tempat mereka mengamalkan kemahiran masing-masing.

Jangan ketinggalan

Rabu, 26 Mac: Persidangan Media Baselworld dan Hari Media 2014

Khamis, 27 Mac: Hari Pembukaan Baselworld 2014

Jumaat, 28 Mac hingga Rabu, 2 April: Taklimat Media Harian Baselworld 2014 (setiap hari dengan tetamu istimewa dan berita eksklusif)

Khamis, 3 April: Persidangan Media Penutup Baselworld 2014

Akreditasi awal bagi Baselworld 2014 kini boleh dilakukan sehingga 31 Januari 2014 di http://www.baselworld.com/accreditation. Akreditasi juga boleh dilakukan secara terus ketika acara itu berlangsung.

Perhubungan Media:

Perkhidmatan Media Baselworld
Telefon +41-58-206-22-64
press@baselworld.com
http://www.baselworld.com

SUMBER  BASELWORLD / MCH Group

Source: BASELWORLD / MCH Group
Keywords: Fashion Jewelry Retail Trade show news