omniture

BeFootball, syarikat yang membangunkan metaverse VR bola sepak, menganjurkan Piala Dunia Bola Sepak Imersif yang pertama

BEfootball
2022-11-08 23:13 186
  • BeFootball melancarkan permainan VR SuperPlayer dan mengumumkan Piala Dunia Imersif yang pertama. Ia menyediakan hadiah bernilai $3,000 di mana para pengguna dari seluruh dunia boleh menyertai pertandingan ini dari rumah mereka.

MADRID, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- BeFootball, syarikat teknologi yang mereka bentuk, membangun dan memasarkan produk imersif yang disesuaikan dengan industri bola sepak, kini melancarkan SuperPlayer yang tersedia secara percuma di kedai Meta Quest, satu langkah pertama daripada syarikat ini dalam membangunkan metaverse bola sepak imersif.

 

SuperPlayer ialah permainan bola sepak realiti maya yang mempunyai 2 mod permainan dan dimainkan di dalam stadium bola sepak sebenar yang telah diubah usai ke dalam bentuk maya. Antara mod permainannya ialah mod Keeper , di mana pemain akan menjadi penjaga gol dan perlu menghentikan seberapa banyak mungkin jaringan yang dilakukan ke gawang dalam masa yang terhad; dan mod Header, di mana pemain menjadi penyerang dan perlu menjaringkan gol dengan kepalanya.

Semua mod permainan membenarkan pertandingan antara pengguna untuk menentukan siapakah penjaga gol dan penyerang terbaik. Dalam erti kata lain, BeFootball menganjurkan Piala Dunia Imersif yang pertama. Ia menyediakan hadiah bernilai $3,000 dan para pengguna dari seluruh dunia boleh menyertai pertandingan ini dari rumah mereka.

Dari 20 November hingga 18 Disember, pengguna boleh memilih salah satu daripada 32 Pasukan Piala Dunia dan bermain perlawanan (mod Header dan Keeper) menentang pasukan kebangsaan lain untuk memenangi Piala Dunia. Semakin banyak Piala Dunia yang dimainkan pengguna, semakin tinggi skor yang akan diperolehi bagi merebut kedudukan untuk memenangi tempat pertama. Para pemenang akan diumumkan pada penghujung kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Iker Zuasti, Ketua Pegawai Eksekutif BeFootball berkata: "BeFootball diasaskan untuk merevolusikan industri bola sepak melalui realiti maya dan SuperPlayer merupakan percubaan besar-besaran kami yang pertama: kami sedang membangunkan metaverse bola sepak imersif yang pertama di dunia".

Metaverse bola sepak imersif yang pertama, diperkenalkan oleh bintang bola sepak antarabangsa

Syarikat ini sedang membangunkan metaverse bola sepak imersif yang pertama di dunia, yang menyaksikan penampilan pemain profesional terkemuka seperti Marcos Llorente (Atlético de Madrid), Memo Ochoa (Club América), Marco Asensio (Real Madrid) dan Charly Rodríguez (Cruz Azul).

Metaverse BeFootball adalah berdasarkan gabungan permainan, realiti maya dan bola sepak yang menawarkan cara baharu untuk merasai pengalaman bermain bola sepak. Ia ditujukan kepada para peminat yang tidak puas dengan hanya menjadi penonton dan ingin mengambil bahagian secara aktif, tanpa dibatasi ruang atau masa dari rumah secara peribadi dengan realiti alternatif yang menampilkan persekitaran futuristik.

Dalam BeFootball, pengguna boleh memilih untuk menikmati pengalaman langsung, bermain dan bersaing dalam sukan teknologi baharu, beralih kepada mod kecergasan untuk meningkatkan kesejahteraan mereka atau berlatih di akademi maya untuk menjadi pemain bola sepak yang paling versatil dari mana-mana sahaja di dunia dan pada bila-bila masa. Apa yang diperlukan hanyalah satu set kepala realiti maya dan sambungan Internet.

Eduardo Ruiz
Ketua Pegawai Pemasaran
eduardo@befootball.world

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1938784/SUPERPLAYER_V2.mp4
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1938785/BEfootball_Logo.jpg?p=medium600

Source: BEfootball
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Social Media Sports New products/services