omniture

Air China Merangkul Gelaran "Syarikat Penerbangan Cina Terbaik yang Berkhidmat untuk China" 2013

Air China
2013-12-05 11:49 141

BEIJING, 5 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Keputusan pungutan suara pembaca 2013 yang dijalankan oleh Business Traveler China baru-baru ini telah diumumkan di Beijing. Menurut keputusan pungutan suara itu, Air China diiktiraf dengan anugerah Syarikat Penerbangan Cina Terbaik yang Berkhidmat untuk China. En. Fan Heyun, Pengurus Kanan Penjenamaan, Jabatan Pemasaran, menerima anugerah itu bagi pihak Air China.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Business Traveler China ialah salah satu majalah kembara paling berpengaruh dalam industri dan boleh didapati di banyak bandar seperti Hong Kong dan di negara seperti Singapura, Malaysia, Korea Selatan, Jepun, Vietnam dan Australia. Pungutan suara itu, yang dijalankan selama tiga bulan, telah dianjurkan bersama oleh majalah Business Traveler China dan satu syarikat kajian pemasaran yang menerajui. Anugerah itu ialah pengiktirafan oleh pengembara umum terhadap operasi Air China yang cemerlang di rantau Asia-Pasifik.

Pada tahun 2013, Air China telah memulakan khidmat laluan Beijing - Houston, Beijing - Geneva dan Chengdu - Frankfurt. Dengan rangkaian laluan globalnya yang menyeluruh dan habnya di Beijing, Air China akan memudahkan penumpang dari Hong Kong, China, Korea Selatan, Australia, Negara Thai dan Jepun, antara negara lain, untuk terbang ke Eropah dan Amerika melalui Beijing.

Air China merancang untuk melakukan penaikan taraf penuh untuk laluan Beijing - San Francisco pada Februari tahun hadapan. Pada masa itu, keempat-empat laluan dari Beijing ke Amerika Syarikat akan dikendalikan dengan kapal terbang B777-300ER, jenis kapal terbang yang sangat popular dengan pengembara perniagaan global. Sebagai kapal terbang jarak jauh enjin berkembar yang paling canggih, selesa dan mewah yang beroperasi di Tanah Besar China, B777-300ER mempunyai tempat duduk yang boleh direndahkan sepenuhnya di dalam kabin Kelas Pertama dan Kelas Perniagaannya, dan ketiga-tiga kelas perkhidmatan menawarkan salur keluar kuasa persendirian serta sistem hiburan persendirian, dengan pelbagai pilihan AVOD yang menjamin penumpang kekal terhibur sepanjang penerbangan mereka.

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Transportation Travel Awards