omniture

Samsung Dan Fingerprint Bekerjasama Bagi Mencipta Rangkaian Belajar Sambil Bermain Mudah Alih Untuk Kanak-kanak; Syarikat Melancarkan Inisiatif Bagi Memacu Pembangunan App

Fingerprint; Samsung Electronics Co., Ltd.
2013-12-05 19:02 199

-- Rangkaian App Kanak-kanak, Setempat dan Disuai Khusus untuk Peranti Samsung, bakal Dikeluarkan dalam Suku Pertama Tahun 2014 dengan Permintaan Serta-merta untuk Kandungan Kanak-kanak, Disokong oleh Dana Pembangun Fingerprint Baharu Bernilai $1 Juta

SINGAPURA dan SAN FRANCISCO, 5 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Samsung Electronics Co., Ltd., peneraju global dalam teknologi penumpuan dan media digital, serta Fingerprint, syarikat teknologi mudah alih untuk kanak-kanak, hari ini mengumumkan mereka sedang membangunkan bersama satu rangkaian app mudah alih kanak-kanak yang membolehkan pembelajaran berasaskan aktiviti bermain untuk kanak-kanak berusia 3 ke 7 tahun. Perkhidmatan baharu ini dijangka akan dilancarkan di Asia Tenggara dan Oceania dalam suku pertama tahun 2014, dan boleh didapati pada peranti Samsung terpilih. Perkhidmatan ini menawarkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain dan belajar. Ibu bapa boleh mewujudkan akaun keluarga jika ada lebih seorang anak dan boleh menerima laporan tersendiri, saranan kandungan dan kawalan akses untuk setiap anak.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130212/MM58568-a)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131205/SF27288LOGO)

Rangkaian baharu ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Kandungan Belajar Sambil Bermain Kanak-Kanak Samsung, program yang bertumpu terhadap pembangun dengan kolaborasi bersama Fingerprint yang direka bagi memacu ciptaan app belajar sambil bermain Android untuk kanak-kanak di Asia Tenggara dan Oceania. Bagi menyokong inisiatif ini dan meningkatkan kuantiti serta kualiti app kanak-kanak, Fingerprint juga telah menguntukkan US$1 juta bagi menyokong penyepaduan dan penempatan app dan buku interaktif kanak-kanak seluruh dunia.

"Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Fingerprint," kata Nicholas Wodtke, naib presiden Kandungan dan Perkhidmatan di Pusat Penyelesaian Media Barangan Elektronik Samsung Asia Tenggara dan Oceania. "Asia mempunyai tapak demografi yang muda dan penduduk golongan kelas pertengahan yang semakin ramai. Ada kira-kira 50 juta(1) kanak-kanak dalam kumpulan usia 3 hingga 7 tahun di Asia Tenggara. Samsung bermatlamat untuk membawakan ke pasaran satu perkhidmatan yang menawarkan persekitaran belajar sambil bermain mudah alih yang selamat untuk kanak-kanak."

"Kajian telah mengesahkan kepentingan belajar melalui permainan sewaktu tempoh tumbesaran kritikal untuk kanak-kanak," kata Gerald Cai, ketua Pembelajaran dan Bacaan di Pusat Penyelesaian Media Barangan Elektronik Samsung Asia Tenggara dan Oceania. "Namun, memang mencabar untuk ibu bapa bersusah-payah mencari app yang difikirkan dengan teliti dan benar-benar sesuai untuk kanak-kanak mereka. Matlamat kami untuk rangkaian mudah alih kanak-kanak Samsung baharu adalah untuk menawarkan ketenangan minda bagi ibu bapa, melalui keyakinan anak-anak mereka akan menikmati pengalaman bermain yang bernas, lalu membantu mereka belajar dan membesar."

Rangkaian Mudah Alih Kanak-kanak Samsung Dikuasakan oleh Fingerprint:

Rangkaian mudah alih kanak-kanak tersuai khusus baharu ini adalah sebahagian daripada strategi global Samsung untuk membawakan kandungan dan perkhidmatan yang memperbaiki pengalaman pengguna dan melangkaui peranti itu sendiri. Dikuasakan oleh teknologi Fingerprint, rangkaian itu akan mempergunakan sepenuhnya ciri-ciri Samsung yang inovatif. Rangkaian ini mempunyai pelbagai kandungan yang dikumpulkan Fingerprint secara cermat daripada pustaka tajuk hiburan sambil belajar global miliknya yang semakin berkembang, termasuk banyak kegemaran peminat Fingerprint, serta kandungan baharu yang dibangunkan melalui inisiatif pembangun. Rangkaian itu dan senarai pertama app yang tersedia akan diumumkan dalam suku pertama tahun 2014.

"Kami sangat berbangga kerana Samsung memilih Fingerprint untuk membangunkan dan membawakan rangkaian app kanak-kanak baharu yang bakal tiba ke jutaan peranti Samsung dalam salah satu pasaran pembelajaran mudah alih yang paling pesat berkembang di dunia," kata Nancy MacIntyre, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Fingerprint. "Kerjasama ini, digandingkan dengan inisiatif kandungan kami, akan membantu untuk membentuk semula pasaran app kanak-kanak dengan menyediakan peluang baharu untuk pembangun yang sedang mencipta app kanak-kanak yang paling menarik dan menghiburkan untuk seluruh generasi muda zaman teknologi mudah alih."

Inisiatif Kandungan Belajar Sambil Bermain Kanak-kanak:

Inisiatif Kandungan Belajar Sambil Bermain Kanak-kanak Samsung ialah usaha kolaborasi antara Samsung dan Fingerprint yang direka bagi menarik dan mengilhamkan pembangun app dari seluruh dunia bagi mencipta app Android baharu untuk kanak-kanak. Jika terpilih, pembangun akan menerima akses kepada peluang pengedaran yang diperluas bersama sokongan pemasaran dan teknikal bagi membawakan app mereka ke pasaran kanak-kanak yang kian bertambah canggih. App kanak-kanak terpilih daripada pembangun terbaik akan dilancarkan pada rangkaian kanak-kanak Samsung baharu, dikuasakan oleh Fingerprint, awal tahun hadapan. Inisiatif ini diharapkan dapat memikat pembangun baharu dan yang sudah lama bertapak supaya mereka permainan belajar sambil bermain mudah alih serta buku interaktif yang terbaik dalam kelasnya dalam Bahasa Inggeris dan bahasa tempatan, yang bakal menarik golongan kanak-kanak berusia 3 ke 7 tahun serta ibu bapa mereka yang serba tahu dalam bidang teknologi.

Dengan pelancaran Inisiatif Kandungan Belajar Sambil Bermain Kanak-kanak Samsung dan melalui usaha dengan rangkaian rakan kongsi lain, Fingerprint menjangka dapat mengumpulkan 50 pembangun baharu dari 20 negara ke pasaran pada tahun berikutnya. Fingerprint menjangka dapat melancarkan sejumlah 200 app permainan baharu, ditambah dengan 50 cerita interaktif pada tahun 2014 – lalu memastikan rangkaian rakan kongsi Fingerprint menjadi destinasi tumpuan kanak-kanak serta ibu bapa mereka seluruh dunia.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Inisiatif Kandungan Belajar Sambil Bermain Kanak-kanak Samsung, atau dana pembangun Fingerprint, lawati www.fingerprintplay.com/callforcontent

Latar Belakang Fingerprint

Fingerprint ialah syarikat teknologi mudah alih yang menawarkan platform teknologi yang dinamik serta pustaka kandungan yang utuh untuk keluarga dengan kanak-kanak melalui Fingerprint Play mereka sendiri serta rangkaian pelanggan. Penyelesaian platform syarikat Fingerprint, dengan SDK yang mudah digunakan dan kandungan belajar sambil bermain yang dikumpulkan daripada pembangun terbaik seluruh dunia, membolehkan jenama global melesenkan dan membangunkan rangkaian tersuai khusus dan setempat mereka sendiri. Fingerprint dibiayai oleh pelabur teknologi pengguna yang menerajui termasuk Corus Entertainment dan K2MediaLabs. Bagi maklumat lanjut, lawati fingerprintplay.com atau facebook.com/fingerprintplay.

Latar Belakang Samsung Electronics Co., Ltd.
Samsung Electronics Co., Ltd. ialah peneraju global dalam teknologi, mewujudkan kemungkinan baharu untuk orang ramai seluruh dunia. Melalui inovasi dan penerokaan tanpa jemu, kami sedang mengubah dunia televisyen, telefon pintar, komputer peribadi, pencetak, kamera, perkakas rumah, sistem LTE, peranti perubatan, semikonduktor dan penyelesaian LED. Kami menggajikan 270,000 orang di 79 negara dengan jualan tahunan bernilai US$187.8 bilion. Bagi mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.samsung.com.

(1) Laporan daripada Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan kepulauan Pasifik (ESCAP): http://www.unescap.org/STAT/data/syb2011/region-fingertips/subreg-SEA.pdf

Source: Fingerprint; Samsung Electronics Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services