-- Dua Pencipta Akan Memenangi Peluang Bekerjasama dengan Marvel Studios di Set Filem yang Sangat Dinanti-nantikan "Marvel's The Avengers: Age of Ultron"
PLANO, Texas, 5 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Selepas menilai ribuan iklan yang datang dari seluruh penjuru dunia, jenama Doritos PepsiCo hari ini mengumumkan senarai peserta pusingan separuh akhir bagi iklan Doritos ciptaan pengguna dalam pertandingan "Gemparkan Kejohanan Super Bowl" tahun ini. Sejak awal Oktober, para peminat telah menayangkan kesukaan mereka untuk cip tortila Doritos melalui iklan Doritos buatan sendiri selama 30 saat sebagai sebahagian daripada pertandingan yang akhirnya akan menyaksikan iklan dua pemenang bertuah disiarkan di hadapan penonton televisyen global sewaktu Kejohanan Super Bowl XLVIII. Pencipta iklan itu juga akan memenangi peluang bekerjasama dengan Marvel Studios di set filem "Marvel's The Avengers: Age of Ultron," dan buat julung kalinya dalam sejarah pertandingan itu, pencipta iklan yang menerima undian peminat paling banyak dijamin akan memenangi wang hadiah sejumlah $1 juta (A.S.). Bagi menonton iklan pusingan separuh akhir, lawati www.doritos.com. Lima iklan finalis yang berpeluang untuk memenangi wang hadiah $1 juta akan diumumkan pada awal Januari.
Iklan pusingan separuh akhir untuk Gemparkan Kejohanan Super Bowl (mengikut urutan abjad berdasarkan nama terakhir peserta) ialah:
Daripada sini, lima finalis akan dipilih dan dunia akan dijemput untuk mengundi iklan terbaik. Akhirnya, dua iklan akan ke udara sewaktu siaran Kejohanan Super Bowl – satu akan dipilih oleh undian peminat di www.doritos.com dan satu lagi oleh jenama Doritos. Pencipta kedua-dua iklan pemenang ini akan menerima peluang untuk bekerja di set filem "Marvel's The Avengers: Age of Ultron" dan iklan dengan jumlah bilangan undian tertinggi akan melayakkan pemenangnya mendapat wang hadiah bernilai $1 juta. Pemenang tempat kedua akan menerima $50,000 (A.S.).
Setiap daripada lima finalis Gemparkan Kejohanan Super Bowl akan memenangi jemputan ke East Rutherford, New Jersey bagi menghadiri Super Bowl XLVIII dan menyaksikan perlawanan itu dari dalam suite peribadi mewah bagi mengetahui iklan finalis yang akan disiarkan bagi tontonan dunia. Tiga finalis yang iklannya tidak disiarkan sewaktu siaran itu akan memenangi $25,000 (A.S.) setiap seorang. Siaran Super Bowl XLVIII akan ditayangkan pada hari Ahad, 2 Februari 2014 di FOX.
Sebagai salah satu daripada jenama snek yang menerajui di dunia, Doritos mempunyai kehadiran di 46 negara dan enam benua. Dengan perisa seperti Nacho Cheese dan Cool Ranch hinggalah ke Sweet Chili Pepper dan Tangy Cheese, portfolio Doritos sedunia kini menawarkan lebih 70 kepelbagaian yang tersendiri.
Hubungan PepsiCo dengan NFL ialah antara tajaan sukan syarikat itu yang paling lama dan paling berjaya. PepsiCo akan menggunakan kelebihan hubungannya dengan NFL bagi berhubung dengan pengguna sepanjang musim dengan pengaktifan banyak jenama makanan dan minuman terbesar syarikat itu, termasuklah Pepsi, Tostitos, Quaker, Doritos dan Gatorade.
Latar Belakang Marvel Entertainment
Marvel Entertainment, LLC, syarikat subsidiari milikan penuh The Walt Disney Company, ialah salah satu syarikat hiburan berasaskan watak yang paling terkenal di dunia, dengan kejayaan pustaka yang terdiri daripada lebih 8,000 watak yang muncul dalam pelbagai media sepanjang masa lebih tujuh puluh tahun. Marvel menggunakan francais wataknya dalam hiburan, pelesenan dan penerbitan. Bagi maklumat lanjut lawati marvel.com.
Latar Belakang Doritos
Cip tortila Doritos ialah salah satu jenama berbilion dolar yang menjadi sebahagian daripada Frito-Lay Amerika Utara, unit perniagaan makanan mudah PepsiCo (NYSE: PEP) yang bernilai $13 bilion dan beribu pejabat di Purchase, New York. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang jenama Doritos, layari laman webnya di www.doritos.com atau melalui Twitter di www.twitter.com/Doritos atau melalui Facebook di http://www.facebook.com/DoritosUSA.
Latar Belakang PepsiCo
PepsiCo ialah peneraju makanan dan minuman peringkat global dengan hasil bersih bernilai lebih $65 bilion dan portfolio produk dengan 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satu dalam jualan runcit tahunan. Perniagaan utama kami – Quaker, Tropicana, Gatorade, Frito-Lay and Pepsi-Cola – menghasilkan ratusan makanan dan minuman lazat yang digemari seluruh dunia. Individu PepsiCo disatukan dengan komitmen tersendiri kami untuk pertumbuhan mampan dengan melabur dalam masa hadapan yang lebih sihat bagi manusia dan planet kita, yang kami percaya juga bermakna masa hadapan yang lebih berjaya untuk PepsiCo. Kami gelar komitmen ini sebagai Prestasi dengan Matlamat: janji PepsiCo bagi menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman daripada kudapan hinggalah makanan yang menyihatkan; bagi mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar dengan menjimatkan tenaga dan air serta mengurangkan jumlah pembungkusan; bagi menyediakan tempat kerja yang bagus untuk para pekerja kami; dan untuk menghormati, menyokong dan melabur dalam masyarakat tempatan tempat kami beroperasi. Bagi maklumat lanjut, sila lawati www.pepsico.com.
Ikuti PepsiCo:
SIARAN / CETAK / MEDIA TV: Video kualiti siaran, foto pegun dan maklumat akhbar boleh didapati untuk ditonton, dimuat turun dan dikongsi di www.magicbulletmedia.com/MNR/crashthesuperbowl
Entiti NFL (seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan Rasmi) tidak menawarkan atau menaja pertandingan ini dalam apa-apa cara sekali pun.