omniture

Bertemu di Qatar World Cup! Paparan LED Unilumin Terangi Stadium Lusail

Unilumin Group., Ltd.
2022-11-09 20:27 158

SHENZHEN, China, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- FIFA World Cup Qatar 2022 akan bermula pada 21 November dan pusingan akhirnya akan diadakan di Stadium Lusail, iaitu stadium terbesar di Qatar.


Dengan populariti teknologi LED, paparan LED dan sistem kawalan paparan telah menjadi peralatan standard bagi banyak tempat sukan antarabangsa. Sebagai wakil bagi Pengilangan Pintar LED di China, Unilumin dan perusahaan yang terkenal di peringkat antarabangsa Daktronics bersama-sama menyediakan paparan LED untuk FIFA World Cup Qatar. Antaranya, skrin pemarkahan LED besar yang dibuat oleh Unilumin akan menerangi padang bola sepak.

Qatar mempunyai suhu yang tinggi dan keamatan cahaya matahari yang kuat, yang mana paparan LED yang digunakan dalam Piala Dunia ini perlu memiliki ciri pelesapan haba yang lebih baik, kecerahan lebih tinggi dan prestasi luar biasa yang lain. Bagi menyediakan pengalaman menonton yang lebih baik untuk semua peminat di serata dunia, pasukan teknikal Unilumin menyesuaikan reka bentuk kabinet dan mengaplikasikan topeng modul khusus, IC pemacu dan cip yang dapat meningkatkan kecekapan pelesapan haba sebanyak lebih 50%. Kecerahan juga sangat bertambah baik yang bukan sahaja memastikan operasi paparan yang stabil dalam tempoh jangka panjang, tetapi turut menjamin paparan yang jelas di bawah cahaya yang kuat, agar khalayak pada semua posisi dapat menikmati permainan.

Di samping itu, terminal paparan LED Unilumin dilengkapi dengan platform kawalan serta operasi dan penyelenggaraan paparan yang dibangunkan sendiri yang merealisasikan kawalan jarak jauh pintar main balik, siaran dan interaksi semasa berlangsungnya acara tersebut. Sebagai medium interaktif yang penting untuk penyiaran maklumat dan interaksi bersama khalayak, ia akan menjadi bahagian penting di Stadium Lusail.

Susulan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Piala Eropah Bola Keranjang Lelaki FIBA dan acara-acara sukan utama yang lain, Unilumin sekali lagi menjadikan produk berteknologi tingginya yang dibangunkan sendiri sebagai bahagian yang amat diperlukan dalam acara sukan antarabangsa utama menerusi reka bentuk produk yang berkualiti tinggi, penyesuaian produk, panduan teknikal di lapangan dan juga perkhidmatan selepas jualan.

HUBUNGI
Yao Zhang
+86-13028704049
u0012804@unilumin.com

 

Source: Unilumin Group., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300232
Keywords: Computer/Electronics Sporting Events Sports New products/services