omniture

Forum Penerima Hadiah Dunia ke-5 dibuka dengan majlis penyampaian anugerah WLA Prize sulung

World Laureates Association(WLA)
2022-11-10 13:26 111

SHANGHAI, 10 November 2022 /PRNewswire/ -- Forum Penerima Hadiah Dunia (World Laureates Forum) kelima atau WLA Forum, diadakan dengan jayanya di Shanghai, menampilkan 60 saintis terkemuka di seluruh dunia, termasuk 27 penerima Hadiah Nobel.

Bagi tema tahunan forum ini, "Sains Menuju ke Hadapan: Cipta Masa Depan Cerah", Roger Kornberg, Pengerusi World Laureates Association (WLA) dan penerima Hadiah Nobel dalam Kimia bagi tahun 2006, menjelaskan bahawa dunia ini berubah dengan pantas dan sains dapat membantu kita menangani cabaran pada masa depan. Sebelum pembukaan rasminya, pelbagai mesyuarat dan acara termasuk Forum Karbon Sifar WLA, Forum SHE WLA dan Persidangan Sci-T WLA dan Forum Makmal WLA yang baru dilancarkan, telahpun diadakan sejak 29 Oktober. (Ikuti kami di Twitter&Facebook @wlaforum).

Terutamanya, World Laureates Association Prize (WLA Prize) sulung dianugerahkan kepada dua orang saintis di majlis perasmian pada 6 November. WLA Prize dalam Sains Komputer atau Matematik 2022 dianugerahkan kepada Michael I. Jordan, Profesor, Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Sains Komputer & Jabatan Statistik, UC Berkeley, atas sumbangan dasar beliau kepada asas dalam pembelajaran mesin dan aplikasinya. WLA Prize dalam Sains Hayat atau Perubatan 2022 dianugerahkan kepada ahli biokimia Jerman Dirk Gorlich, ahli Saintifik dan Pengarah Max Planck Institute for Multidisciplinary Sciences atas penemuan penting beliau dalam menjelaskan mekanisme dan selektiviti pengangkut protein antara sitoplasma dan nukleus.

Michael I. Jordan, Penerima WLA Prize dalam Sains Komputer atau Matematik 2022 - "Kami mempunyai satu tradisi di Berkeley iaitu apabila seseorang mendapat hadiah, dalam emel, terdapat ucapan tahniah daripada semua orang yang berlangsung sepanjang hari. Maka, amat seronok rasanya apabila mendapat 100 emel ucapan tahniah."

Dirk Gorlich, Penerima WLA Prize dalam Sains Hayat atau Perubatan 2022 - "Saya berasa terkejut dan sangat gembira. Saya amat berbesar hati. Saya juga harus mengatakan bahawa seseorang tidak seharusnya berkecimpung dalam bidang sains hanya untuk menunggu anugerah. Sains itu sendiri sangat membawa kepuasan. Ia merupakan satu keistimewaan yang besar untuk terlibat dalam bidang sains."

Anugerah monetari bagi setiap hadiah bernilai 10 juta yuan ($1.39 juta). Maklumat lanjut tentang pencalonan WLA Prize bagi tahun 2023 bakal diumumkan di laman sesawang rasmi www.wlaprize.org.

Dua Penerima WLA Prize menerima pingat di Majlis Penyampaian Anugerah WLA Prize Sulung Forum Penerima Hadiah Dunia ke-5 pada 6 November.
Dua Penerima WLA Prize menerima pingat di Majlis Penyampaian Anugerah WLA Prize Sulung Forum Penerima Hadiah Dunia ke-5 pada 6 November.

 

Source: World Laureates Association(WLA)
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Awards Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)