omniture

THE UNIVERSITY OF MANCHESTER (SOUTH EAST ASIA) RAIKAN 30 TAHUN DENGAN MENYUMBANG KEMBALI KEPADA MASYARAKAT

The University of Manchester (South East Asia)
2022-11-10 18:18 199

The University of Manchester (South East Asia) menjayakan 'Art & Bowling Charity Day (Hari Amal Seni & Boling)  2022' pada 5 November untuk meraikan kejayaan mencapai matlamat pengumpulan dana sebulan sebelum tarikh penutup.

SINGAPURA, 10 November 2022 /PRNewswire/ -- The University of Manchester (South East Asia) Centre (UOMSEA) memperingati kejayaan 30 tahunnya di Singapura dan rantau ini dengan kempen pengumpulan dana seluruh negara, 'The University of Manchester South East Asia Art & Bowling Charity Day 2022' ('Hari Amal Seni & Boling 'The University of Manchester South East Asia 2022') diwujudkan bersamaan dengan Cabaran President (President's Challenge) di Singapura.

Kempen tersebut, yang bermula sejak Julai tahun ini akan berlangsung hingga 16 Disember 2022 bertujuan untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai keperluan penjagaan dalam segi kesihatan. Semua dana yang dikumpul akan didermakan kepada dua benefisiari Cabaran President 2022 – Serenity Cancer Care yang ditubuhkan oleh Persatuan Ain dan projek 'Waves of Blessing' oleh Filos Community Services. Setakat ini, UOMSEA telah mengumpul lebih S$40,000, melebihi matlamat awalnya iaitu S$30,000 sempena sambutan ulang tahun ke-30nya.

Kempen tersebut dianjurkan bersama oleh UOMSEA, University of Manchester Alumni Association of Singapore (UOMAAS) dan Manchester Business School Alumni Association of Singapore (MBSAAS). Ia selaras dengan projek sukarelawan komuniti tahunan yang dirancang oleh The University of Manchester, yang dikenali sebagai Manchester Day of Action (MDOA). Sama seperti tahun ini, MDOA menyeru alumni seluruh dunia untuk menganjurkan projek yang menumpukan kepada mana-mana satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Tanggungjawab sosial sentiasa menjadi salah satu daripada tiga matlamat teras yang strategik di The University of Manchester. Atas sebab inilah UOMSEA sentiasa memberi tumpuan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat sejak 30 tahun yang lalu. Menerusi kejayaan kami pada tahun ini, kami berbangga untuk meraikannya bersama dengan Hari Amal Seni & Boling 'The University of Manchester South East Asia 2022' yang memberi tumpuan kepada lima daripada tujuh belas SDG – Kelaparan Sifar, Kesihatan & Kesejahteraan yang Baik, Pendidikan Berkualiti, Pekerjaan yang Memuaskan & Pertumbuhan Ekonomi serta Ketaksamaan yang Dikurangkan," kongsi Cik Lim Bee Ing, Pengarah Serantau, UOMSEA.

"Kami amat bersyukur kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada orang ramai dari semua lapisan masyarakat, termasuk ahli-ahli dua Persatuan Alumni dan UOMSEA. Ada lagi sebulan lebih untuk kempen tersebut dan kami mengharapkan untuk terus mengumpul lebih banyak dana untuk benefisiari pilihan kami."

Tetamu-tetamu khas yang hadir di The University of Manchester South East Asia Art & Bowling Charity Day 2022 - dari kiri: Dr. Pang Chin Hong, En. Tang Hian Seng, Cik Lim Bee Ing, Prof Madya Dr. Muhammad Faishal Ibrahim, Profesor Sir Kostya Novoselov, Dr. Irina Barbolina, En. William Liu
Tetamu-tetamu khas yang hadir di The University of Manchester South East Asia Art & Bowling Charity Day 2022 - dari kiri: Dr. Pang Chin Hong, En. Tang Hian Seng, Cik Lim Bee Ing, Prof Madya Dr. Muhammad Faishal Ibrahim, Profesor Sir Kostya Novoselov, Dr. Irina Barbolina, En. William Liu

Acara sebenar untuk Hari Amal Seni & Boling 'The University of Manchester South East Asia 2022'  telahpun diadakan pada hari Sabtu, 5 November 2022, sebagai satu penghargaan buat mereka yang menghulurkan sumbangan. Acara itu menyaksikan lebih dari 180 tetamu hadir di Civil Service Club di Tessensohn Singapore, terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti Kesesakan Seni and Boling. Selain daripada para penderma, turut hadir adalah lebih dari 90 wakil daripada empat benefisiari, iaitu Persatuan Ain, VOX @ Children's SocietyCampusImpact, dan DoorSING. Kehadiran serta penglibatan mereka dilaksanakan oleh hasil penajaan UOMSEA.

Hadir sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan acara tersebut ialah Profesor Madya Doktor Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara, Kementerian Dalam Negeri & Kementerian Pembangunan Negara yang juga merupakan alumni terbilang The University of Manchester serta penasihat UOMAAS.

"Saya sentiasa berasa bangga menjadi sebahagian daripada The University of Manchester kerana ia bukan sahaja berperanan sebagai penyedia pendidikan, tetapi juga aktif menyumbang kembali kepada masyarakat. Memandangkan cabaran seperti inflasi meningkat pasca-pandemik, kita perlu tetap berdaya tahan dan menyokong satu sama lain dengan cara yang kita mampu. Di tengah-tengah waktu sukar, menjadi kewajipan kita sebagai warga Singapura untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Prof Madya Faishal.

UOMSEA turut berbesar hati dengan kehadiran Profesor Sir Kostya Novoselov yang menyerikan acara tersebut sebagai tetamu khas. Profesor Sir Kostya Novoselov ialah seorang Fellow of the Royal Society (FRS), penerima Hadiah Nobel untuk Fizik dalam tahun 2010 atas pencapaian beliau dengan grafen. Dia juga seorang Profesor Langworthy Fizik dan Profesor Penyelidik Royal Society di University of Manchester.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen derma dan untuk menyokong kempen berkenaan, sila kunjungi: https://www.giving.sg/president-s-challenge/uomsea_art_bowling_charity_day_2022.

-TAMAT-

Latar Belakang The University of Manchester

The University of Manchester tersenarai di kedudukan ke-27 di dunia oleh senarai kedudukan universiti QS World 2022, kedudukan ke-5 bagi penjana penyelidikan UK dalam REF 2021 dan tempat pertama dalam THE impact ranking 2021. Dengan sebanyak 25 pemenang Hadiah Nobel, salasilah akademik Universiti ini adalah antara yang terbaik di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.manchester.edu.sg/

Source: The University of Manchester (South East Asia)
Keywords: Education Higher Education