omniture

Central Academy of Fine Arts China Perkenal Laman Sesawang Global

Central Academy of Fine Arts
2022-11-11 03:32 291

BEIJING, 11 November 2022 /PRNewswire/ -- Central Academy of Fine Arts (CAFA), akademi seni yang paling berprestij dan terkenal di China, telahpun melancarkan laman sesawang serba baharu, CAFA Global. Portal dalam talian ini akan berfungsi sebagai saluran yang berwibawa untuk penggemar seni, institusi seni, kolej seni, serta organisasi dan individu lain dari seluruh dunia yang kini dapat mempelajari tentang CAFA melalui jaringan sejagat.

China's Central Academy of Fine Arts Unveils Its Global Website – http://global.cafa.edu.cn/.
China's Central Academy of Fine Arts Unveils Its Global Website – http://global.cafa.edu.cn/.

Institusi ini akan menggunakan laman sesawang tersebut untuk berkongsi kandungan termasuk maklumat kemasukan antarabangsa, berita sekolah, keputusan kajian terkini, projek kerjasama antarabangsa, butiran tentang fakulti dan alumni ternama, serta kemas kini kehidupan kampus. Langkah ini akan meningkatkan pendedahan CAFA pada skala global sekali gus meningkatkan keterlihatan dan menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk mendaftar. Kini, laman sesawang tersebut sudahpun beroperasi di http://global.cafa.edu.cn/.

"Laman sesawang CAFA Global, jendela CAFA ke mata dunia, membolehkan dunia untuk mempelajari tentang sejarah dan pembangunan kontemporari institusi seni tertinggi berusia berabad-abad lamanya di China ini, terutamanya pembinaannya yang berdisiplin, ciri-ciri kurikulum, kaedah pendidikan serta hasil kerja guru dan pelajar," kata FAN Di'an, Presiden CAFA. "Di samping itu, Laman Sesawang global ini memberi peluang kepada kami untuk berkomunikasi dengan institusi seni dan institusi-institusi lain di serata dunia berhubung pelbagai topik sama yang berkaitan dengan seni dan pendidikan seni dalam konteks global serta memeterai kolaborasi berorientasikan masa depan."

CAFA telahpun menjadi pusat kepada suasana yang pelbagai dan bertaraf antarabangsa. Lebih 40% fakulti CAFA mempunyai pengalaman bekerja atau belajar di luar negara, menyemai perspektif global dalam diri mereka. Sememangnya ramai antara mereka juga merupakan artis-artis yang terkenal di dunia.

Umpamanya, Liu Xiaodong, seorang profesor di jabatan lukisan minyak, ialah seorang seniman kontemporari Cina yang tersohor. Karya berskala luas beliau dianggap sebagai sejenis lukisan tangkap layar bersejarah untuk dunia baru muncul. Beliau juga merupakan seorang tokoh yang terkemuka semasa kemunculan pelukis Neo-Realis Cina dalam tahun 1990-an. Satu lagi contoh ialah Prof. Xu Bing, seorang tokoh yang digembar-gemburkan dan terkenal dengan seni cetak dan seni pemasangan. Beliau mendapat tempat dalam MacArthur Fellows Program pada tahun 1999 dan memenangi Fukuoka Prize dalam tahun 2003.

Menambah kepada suasana antarabangsa akademi ini, CAFA menganjurkan lawatan daripada ramai sarjana seni yang terkemuka di dunia yang berperanan sebagai profesor pelawat. Seorang profesor pelawat ialah pendidik reka bentuk Harvard University, Remment Koolhaas, seorang arkitek Belanda, ahli teori seni bina dan ahli bandar yang telah dianugerahkan dengan Pritzker Architecture Prize dalam tahun 2000.

 

Source: Central Academy of Fine Arts
Keywords: Art Computer/Electronics Education Entertainment Higher Education Multimedia/Online/Internet New products/services