omniture

Syarikat Teknologi Pendidikan ClassIn Janjikan Sokongan untuk Pengambilan Pekerja Inklusif apabila Perniagaan Berkembang di Singapura

EEO
2022-11-11 09:40 356

SINGAPURA, 11 November 2022 /PRNewswire/ -- Di HCS-SG Enable Masterclass: The Greater Good For All (Kelas Pakar Pemboleh HCS-SG: Kebaikan Lebih Besar Untuk Semua) pada 3 November, ClassIn dengan bangganya mengambil bahagian dalam Sambutan Pencapaian Penting Pergerakan Menormalkan Kepelbagaian dan Rangkuman. Diiktiraf sebagai Pengamal Awal HR Powerbank, syarikat teknologi pendidikan (edtech) ini mengesahkan komitmennya untuk melaksanakan amalan pengambilan pekerja yang inklusif ketika perniagaan berkembang di Singapura.

HR Powerbank, satu inisiatif yang dilancarkan oleh Human Capital Singapore (HCS) dalam bulan Oktober 2021, mengkhusus untuk memberi peluang latihan dan pekerjaan dalam bidang sumber manusia untuk orang kurang upaya (OKU). Dilengkapi dengan Kelayakan Kemahiran Profesional HR (Professional Skills Qualification, PSQ), program selama 576 jam ini memfokuskan kepada Pembelajaran melalui Amalan (Learning by Doing), kumpulan pertama graduan telah dianugerahkan secara rasmi sebagai Pentadbir Sumber Manusia Bertauliah (Certified HR Administrators, CHRA) di HCS-SG Enable Masterclass.


"Ia merupakan satu pengalaman yang amat memperkasakan," renung Yuekun Li, Ketua Pembangunan Perniagaan Global di ClassIn. "Peluang memenyaksikan individu-individu ini menangani keadaan yang dialami sejak lahir dan menerima pengiktirafan yang begitu tinggi oleh pemimpin-pemimpin negara ini merupakan satu penghormatan yang besar. Kisah-kisah mereka memberi inspirasi dan semangat mereka cukup berharga."


Mewakili ClassIn di acara tersebut, Li mengumumkan dedikasi syarikat ini terhadap kemasukan orang kurang upaya dalam pengambilan pekerja. "Terdapat banyak jawatan yang boleh diisi oleh mereka… Usaha kami dalam bidang pendidikan bertujuan untuk menambah baik kehidupan rakyat melalui pembelajaran sepanjang hayat dan kini kami berjanji untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka. Kehidupan mereka boleh bertambah baik dengan satu peluang yang kecil," kata beliau.

Ditubuhkan pada tahun 2014, ClassIn EEO kini merupakan salah sebuah syarikat teknologi pendidikan yang terbesar di dunia dengan seramai lebih lima juta pengguna aktif bulanan. Syarikat ini memperoleh pusingan Siri B bernilai lebih $50 juta daripada Ince Capital dalam bulan Julai 2020 dan $265 juta dalam pusingan pembiayaan Siri C yang dipimpin oleh unit modal teroka Hillhouse Capital, GL Ventures pada tahun yang sama dalam bulan November.

Kehadiran ClassIn di acara ini turut menandakan kepentingan strategik Singapura dalam landskap perniagaannya.

Menurut Li, "Komitmen kami untuk membangunkan perniagaan kami dan pangkalan kami di Singapura adalah sesuatu yang bersifat jangka panjang dan kami percaya untuk memainkan peranan kami bagi menjadikan Singapura sebagai sebuah masyarakat yang lebih baik, lebih inklusif dan lebih baik hati."

 

Source: EEO
Keywords: Education Handicapped/Disabled