omniture

Pekerja Hasbro Serata Dunia Jadikan Cuti Lebih Bermakna untuk Ribuan Kanak-kanak yang Memerlukan menerusi Hari Keriangan Global Pertamanya

Hasbro, Inc.
2013-12-10 00:48 142

PAWTUCKET, Rhode Island, 10 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pada hari Jumaat, syarikat mainan berjenama peringkat global, Hasbro, Inc. (NASDAQ: HAS) menyebarkan keriangan kepada beribu-ribu kanak-kanak kurang bernasib baik di 35 negara menerusi Hari Keriangan Global yang julung kali diadakan. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa 5,000 pekerja Hasbro di seluruh dunia untuk menggembirakan dan membantu kanak-kanak yang memerlukan dengan menjadi sukarelawan bagi projek khidmat masyarakat.

Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/64623-hasbro-global-day-of-joy-employee-community-service-projects-for-children

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131209/MM27128 )

Dengan ibu pejabat globalnya di Amerika Syarikat hinggalah pejabatnya di sekitar Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik, para petugas Pasukan Hasbro menjadi sukarelawan bagi lebih 100 pertubuhan kebajikan di seluruh dunia. Kebanyakan pertubuhan ini bekerja rapat dengan syarikat ini sepanjang tahun menerusi program kedermawanannya.

"Komitmen yang ditunjukkan oleh Hasbro bagi membantu kanak-kanak yang berada di sekeliling kita telah dimulakan oleh para pengasas kami lebih 90 tahun lalu, dan kini diteruskan dengan acara sulung Hari Keriangan Global ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hasbro, Brian Goldner. "Dengan bantuan rakan amal, inisiatif ini memberikan gambaran bagi para pekerja kami tentang kesan menakjubkan yang dapat diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan di serata dunia apabila kita berusaha bersama-sama membantu mereka."

Antara contoh projek khidmat masyarakat yang diadakan pada Hari Keriangan Global Hasbro termasuklah:

  • transformasi 24 kawasan permainan yang usang menjadi ruang yang lebih selamat, mesra dan memberi inspirasi, termasuklah kawasan Operation Smile di Columbia untuk kanak-kanak yang telah menerima prosedur memperelok lelangit rekah
  • menganjurkan pelbagai acara "Hari Permainan" di sekolah dan pertubuhan belia lain
  • menyediakan 136,000 hidangan yang dihantar ke dapur kecil dan sekolah dengan kerjasama Outreach Inc., pertubuhan bantuan bagi masalah kebuluran yang bertapak di A.S.
  • penghantaran beribu-ribu barang mainan dan permainan kepada pertubuhan kebajikan di seluruh dunia

Sepanjang tahun ini, program kedermawanan Hasbro memberi tumpuan terhadap pemerkasaan kanak-kanak dengan mengembalikan "kilauan Harapan, keriangan Bermain dan kuasa Perkhidmatan" kepada kehidupan kanak-kanak yang memerlukan. Pada musim cuti tahun 2013 sahaja, Hasbro dijangka akan menderma mainan dan permainan yang bernilai lebih $3 juta kepada kanak-kanak dan kira-kira $15 juta bagi keseluruhan sokongan kedermawanan seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang program kedermawanan Hasbro seluruh dunia.

Latar Belakang Hasbro, Inc.
Hasbro, Inc. (NASDAQ: HAS) merupakan syarikat mainan berjenama yang menyediakan untuk kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia dengan pelbagai tawaran hiburan yang sangat menarik berdasarkan portfolio jenama bertaraf dunia Syarikat tersebut. Ketahui dengan lebih lanjut di www.hasbro.com.

Source: Hasbro, Inc.
Keywords: Entertainment Toys Children-related news Corporate Social Responsibility