omniture

Hisense Lancar Kertas Putih TV Laser dengan Economist Impact, Beri Manfaat kepada Masyarakat Melalui Teknologi Paparan Laser

Hisense
2022-11-12 02:17 3409

QINGDAO, China, 12 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 10 November, Hisense, sebuah perusahaan teknologi-tinggi bertaraf global, mengeluarkan kertas putih rasminya untuk industri TV Laser, "Hisense berinovasi: Mentransformasikan kehidupan melalui teknologi paparan Laser" ("Hisense innovates: Transforming lives through Laser display technology") bersama Economist Impact. Dilancarkan oleh The Economist Group dalam tahun 2021, Economist Impact bekerjasama dengan syarikat, kerajaan dan pertubuhan bukan untung yang terkemuka bagi membawa perubahan masyarakat yang positif. Kertas putih rasmi ini merupakan satu interpretasi yang komprehensif terhadap teknologi paparan masa ini dan masa akan datang dan satu demonstrasi teknologi Laser Hisense. Dikeluarkan pada Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan, Hisense mengetengahkan peranan perintis teknologi paparan Laser dan bagaimana inovasi yang canggih ini memberi manfaat kepada kehidupan orang ramai di seluruh dunia.

Kertas Putih TV Laser Hisense
Kertas Putih TV Laser Hisense

Kertas Putih TV Laser Menunjukkan Pencapaian Hisense dalam Industri TV Laser

Pencapaian Hisense dalam industri TV Laser
Pencapaian Hisense dalam industri TV Laser

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri TV Laser semakin matang dengan begitu pantas dari segi inovasi teknologi, rantaian nilai dan pengiktirafan pasaran. Sebagai pelopor dalam industri ini, Hisense tekal memacu inovasi dan pembangunan paparan Laser, yang merupakan satu inisiatif signifikan bagi mencapai paparan definisi ultra-tinggi dan penyelesaian yang luar biasa untuk meningkatkan gaya hidup pengguna.

Pada tahun 2007, Hisense merupakan salah satu daripada syarikat yang mula-mula membangunkan teknologi TV Laser dan untuk mempertimbangkan semula idea TV untuk rumah. Sejak Hisense memperkenalkan TV Laser jarak tayang amat pendek pertamanya pada tahun 2014, ia telah menerajui evolusi teknologi paparan Laser, meluaskan aplikasi berbilang dimensi dan senario utiliti teknologi paparan Laser serta mencipta masa depan lestari yang baharu dengan penggunaan kuasa rendah bagi paparan Laser.

Kertas putih rasmi ini menunjukkan usaha berterusan oleh Hisense untuk membangunkan paparan yang dapat berfungsi di mana-mana, termasuk monitor permainan dan platform awan untuk pelbagai industri. Selain itu, Hisense turut menegakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), daripada cip pemacu paparan Tcon dan cip kualiti gambar kepada sistem operasi, aplikasi dan terminal yang dapat menyokong teknologi berbeza seperti LCD, paparan Laser dan ULED. Pada masa akan datang, paparan bukan sekadar untuk 'melihat', tetapi juga merupakan titik kontak antara manusia dan mesin, lalu mentransformasikan kehidupan orang ramai melalui teknologi Laser yang direka bentuk dengan baik dan dihasilkan dengan teliti.

Memberi Manfaat kepada Masyarakat melalui Teknologi Paparan Laser

TV Laser untuk perlindungan kepada mata
TV Laser untuk perlindungan kepada mata

Dengan semangat Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan, Kertas Putih rasmi ini turut membongkar bagaimana teknologi paparan Laser memberi impak yang positif kepada masyarakat. Satu contoh ialah faedah-faedah terbukti teknologi paparan Laser apabila melibatkan perlindungan kepada mata. TV Laser Hisense mengurangkan sumber cahaya biru yang memudaratkan bagi menjamin pengalaman menonton yang selesa untuk mata dan berciri realistik.

Di samping itu, TV Laser Hisense memperkasa pembangunan yang mampan dengan kadar kitar semula dan kecekapan tenaga yang lebih tinggi. Menurut kajian Hisense, penggunaan kuasa TV Laser adalah sekitar satu pertiga daripada TV LCD dengan saiz skrin yang setara, lalu mencerminkan kelestarian serta ciri kemesraan terhadap alam sekitar olehnya.

Sila klik pautan berikut untuk meninjau lebih lanjut tentang Kertas Putih Industri TV Laser Hisense dan teknologi Laser Hisense:
https://impact.economist.com/projects/innovation-through-laser-television-technology/

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Semiconductors New products/services Survey, Polls & Research