omniture

Infosys Perkenalkan TradeEdge untuk Bantu Jenama Global Percepatkan Pertumbuhan Menguntungkan dalam Pasaran Baharu

Infosys
2013-12-10 16:59 177

BANGALORE, India, 10 Disember 2013 /PRNewswire/ --

Jenama yang Menerajui Meningkatkan Jualan sehingga Lapan Peratus dan Berkembang hingga lebih 70 Negara dengan Infosys TradeEdge

Infosys mengumumkan pada hari ini pelancaran TradeEdge, platform jualan didorong oleh wawasan yang memberikan kebolehlihatan kepada jenama global di seluruh rangkaian permintaan bermula daripada para pengedar hinggalah kepada para pelanggan. Platform baharu ini memberikan wawasan yang membantu jenama ini mengesan dan memenuhi permintaan pengguna dengan tepat, di samping memperbaiki prestasi operasi dan jualan secara signifikan. TradeEdge merupakan platform berasaskan Awan yang menyediakan salah satu kaedah paling berpatutan kepada jenama untuk terus berkembang dari segi capaian dalam pasaran baharu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162 )

Platform Penting:

TradeEdge mempunyai pelbagai ciri berinovatif yang memberi kuasa kepada jenama untuk:

  • Meningkatkan kerjasama dengan membenarkan syarikat dan para pengedar untuk bertukar-tukar maklumat yang berkaitan dengan jualan, inventori dan produk dengan tepat dan pantas
  • Mengembangkan jangkauan dengan pengedar atas pesawat dengan pantas hanya dalam tempoh beberapa minggu dan bukannya berbulan-bulan melalui sistem ERP berasaskan Awan, di samping melancarkan secara besar-besaran amalan terbaik menerusi pasaran hanya dalam tempoh beberapa jam
  • Meningkatkan penempatan produk dan memaksimumkan pengembalian pada promosi menerusi Visual Merchandizing dengan menyediakan wawasan kepada 'bahagian pelantar' dengan sebahagian kecil kos audit
  • Mengurangkan pembaziran dan pengembalian produk yang peka suhu dengan penyelesaian berinovatif yang memantau suhu dan lokasi unit penyejukan
  • Membolehkan peruncit yang tidak mempunyai talian untuk membuat pesanan dan membayar bagi produk melalui kaedah yang lebih berkesan kos dengan menggunakan telefon bimbit yang asas
  • Mengurangkan kos pesanan sehingga 80 peratus dengan Suggested Orders yang menyediakan cadangan berdasarkan data lampau dan ramalan
  • Meminimumkan kos jualan dengan membantu pasukan jualan pengedar mengutamakan lawatan kedai berdasarkan nilai, mempercepat pemerolehan pesanan dan meningkatkan liputan kedai sehingga 15 peratus

Bahagian satu—Zhang yayu

Kata-kata:

Sanjay Purohit, Naib Presiden Kanan and Ketua Global - Produk, Platform & Penyelesaian, Infosys:

"Bagi jenama global, pelanggan yang ramai dijangkakan akan hadir daripada pasaran baharu. Bagi mempercepat pertumbuhan yang menguntungkan, jenama tersebut perlu mengenal pasaran dengan lebih baik, mendekati pelanggan dengan lebih pantas dan melaksanakannya dengan kos yang lebih rendah. Direka dengan teliti bagi pasaran baharu, Infosys TradeEdge telah pun membantu 10 jenama global mendapatkan kebolehlihatan bagi peluang jualan yang bernilai lebih $20 bilion di lebih 70 negara."

Andy Walter, Naib Presiden Global Business Services, Procter & Gamble (P&G):

"Kebolehlihatan terhadap permintaan pengedar merupakan pemacu utama bagi mempercepat pertumbuhan dalam pasaran baharu. P&G dan Infosys mencipta bersama Distributor Connect, yang merupakan penyelesaian menyeluruh yang membolehkan kita berhubung dengan pengedar kami dan memudahkan pertukaran maklumat. Ini membolehkan kami memperoleh kebolehlihatan yang jelas lebih baik terhadap rangkaian bekalan hiliran kami, meningkatkan kadar pertambahan pesanan dan mengurangkan inventori bukan produktif. Kami berbangga melihat Distributor Connect menjadi sebahagian daripada Infosys TradeEdge baharu."

Sumber tambahan

  • Klik di sini untuk video pengenalan Infosys TradeEdge
  • Klik di sini untuk mendapatkan risalah terperinci tentang Infosys TradeEdge
  • Muat turun infografik Infosys TradeEdge di sini

Latar Belakang Infosys

Infosys merupakan peneraju global dalam penyelesaian rundingan, teknologi dan penyumberan luar. Kami membantu para pelanggan di lebih 30 negara terus berada di hadapan arah aliran perniagaan yang kian berkembang serta mengatasi persaingan. Kami membantu mereka berubah dan bertahan dalam dunia yang kian berubah dengan mencipta bersama penyelesaian hebat yang menggabungkan wawasan strategik dan kecemerlangan pelaksanaan.

Layari http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan pendapatan tahunan berjumlah $7.4 bilion dan lebih 160,000 para pekerja, sedang berusaha berlandaskan cogan kata Building Tomorrow's Enterprise® pada hari ini.

Kenyataan Keadaan Selamat

Beberapa kenyataan dalam siaran media ini yang melibatkan prospek pertumbuhan masa depan kami ialah kenyataan masa depan, yang membabitkan beberapa risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar benar-benar berbeza dengan apa yang dinyatakan dalam kenyataan berpandangan ke hadapan. Risiko dan ketidaktentuan yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidaktentuan membabitkan turun naik pendapatan, turun naik kadar pertukaran asing, keupayaan kami untuk mengurus pertumbuhan, saingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor yang boleh menjejaskan kelebihan kos kami, kenaikan gaji di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan ahli profesional berkemahiran tinggi, masa dan kos pada harga tetap, kontrak jangka tetap masa, penumpuan pelanggan, halangan imigresen, tumpuan segmen industri, keupayaan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, mengurangkan permintaan teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, keupayaan kami untuk menyelesaikan dengan jayanya dan menyatukan pemerolehan yang berpotensi, liabiliti bagi kerosakan ke atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang Infosys telah membuat pelaburan strategik, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, sekatan perundangan ke atas peningkatan modal atau pemerolehan syarikat di luar India, dan penggunaan tanpa kebenaran berkaitan harta intelek kami dan keadaan ekonomi secara am yang menjejaskan industri kami. Risiko tambahan yang boleh menjejaskan keputusan operasi masa depan kami digambarkan dengan lebih lanjut dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2013 dan pada Borang 6-K untuk suku tahu yang berakhir pada 30 September 2013. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Infosys mungkin, dari semasa ke semasa, membuat kenyataan tambahan yang berpandangan ke hadapan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran dan laporan kami kepada pemegang saham. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa oleh atau bagi pihak syarikat melainkan jika ia dikehendaki oleh undang-undang.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi: 

Asia Pasifik
Abhijith Karthikeya D
Infosys, India
Telefon: +91-80-41563373
Abhijith_Damodar@infosys.com 

EMEA
Paul De Lara
Infosys, UK
Telefon: +44-2075162748
Paul_deLara@infosys.com 

Amerika
Ken Montgomery
GolinHaris, Amerika Syarikat
Telefon: +1-415-318-4399
KMontgomery@GolinHarris.com

Australia
Cristin Balog
Infosys, Australia
Telefon: +61-3-9860-2277
Cristin_Balog@infosys.com

Sumber: Infosys

Source: Infosys
Related Stocks:
NYSE:INFY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services