omniture

Filipina merangkul Anugerah Pemimpin ASEAN Fintech Global SFF pertama

Philippine FinTech Festival
2022-11-14 11:10 101

Konvenor Digital Pilipinas Amor Maclang dipetik hasil kerjanya dalam Fintech di ASEAN

MANILA, Filipina, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Konvenor Digital Pilipinas dan Philippine Fintech Festival Amor Maclang memenangi Anugerah Pemimpin Fintech ASEAN pertama untuk Filipina sebagai pengiktirafan untuk usaha beliau mencipta kolaborasi rentas sempadan yang kukuh di seluruh rantau ini.

Amor Maclang (tengah) menerima anugerah Pemimpin ASEAN Fintech Global beliau daripada Jia Hang, Pengurus Besar SEA, Ant Group (kiri) dan Shadab Taiyabi, Presiden Singapore FinTech Association (kanan).
Amor Maclang (tengah) menerima anugerah Pemimpin ASEAN Fintech Global beliau daripada Jia Hang, Pengurus Besar SEA, Ant Group (kiri) dan Shadab Taiyabi, Presiden Singapore FinTech Association (kanan).

Global FinTech Awards telahpun diadakan sebagai sebahagian daripada Singapore FinTech Festival yang berprestij di Singapura, perhimpunan ulung bagi penggiat-penggiat teknologi kewangan (fintech) dan ekonomi digital di serata dunia.

"Fintech ialah satu tonggak yang dapat menjadikan ekonomi digital kita jauh lebih Antirapuh, bukan sekadar bingkas. Anugerah ini merupakan simbol bukan sahaja membawa kepentingan global dalam menunaikan janji Digital Pilipinas, tetapi lebih-lebih lagi satu Digital ASEAN. Lagipun, Fintech yang terbesar di dunia bukanlah sebuah syarikat, tetapi ASEAN. Saya berkongsi hal ini bersama semua pemimpin Fintech yang luar biasa di seluruh rantau ini yang saling bekerjasama tanpa mengenal penat lelah," kata Maclang.  

SFF Global FinTech Awards, yang dilancarkan pada tahun 2021, mewakili pengiktirafan yang tertinggi dalam industri ini untuk inovasi FinTech. Disampaikan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Singapore FinTech Association (SFA) dan The Association of Banks di Singapura, sebagaimana yang disokong oleh PwC Singapore, ia mengiktiraf penyelesaian FinTech yang inovatif oleh syarikat FinTech, institusi kewangan, syarikat teknologi. Ia juga menyampaikan anugerah kepada individu dan syarikat yang memainkan peranan penting dalam mencipta peluang pertumbuhan baharu, mentransformasikan amalan industri FinTech dan menggalakkan rangkuman kewangan.

Dalam satu kenyataan, Sopnendu Mohanty, Ketua Pegawai Teknologi Kewangan (FinTech), MAS, berkata pemenang-pemenang tahun ini "telah menunjukkan potensi yang kukuh untuk menangani masalah dunia sebenar, di samping membolehkan sektor kewangan memanfaatkan faedah-faedah yang besar daripada teknologi baharu dalam perjalanan mereka menuju masa depan digital yang lebih hijau."

Shadab Taiyabi, Presiden Singapore FinTech Association, bagi pihak beliau berkata bahawa pengiktirafan berkenaan meraikan individu dan juga perusahaan "yang memberi impak positif ke atas ekosistem FinTech dan dalam masa yang sama menggalakkan dan memupuk budaya inovasi yang berterusan dalam sektor FinTech."

Sebagai pencetus pergerakan yang dikenali di seluruh ASEAN, Maclang telah memimpin kolaborasi silang fungsi dan rentas sempadan antara agensi-agensi talian serantau dan kebangsaan, pemimpin industri, akademi, penggubal dasar dan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor swasta mahupun awam.

Maclang turut mendorong dan mencipta platform untuk FinTech berkembang maju dalam negara ini sebagai Konvenor The Philippine Fintech Festival, The One ASEAN Fintech Movement dan wakil Filipina ke Konsortium Blok Rantai ASEAN. Di Filipina, beliau merupakan Pengarah Eksekutif dan Pemegang Amanah Fintech Philippine Association serta Pengasas bersama firma penasihat ekosistem teknologi nasen utama GeiserMaclang.

Selain daripada Maclang, penerima-penerima ASEAN Fintech Leader Awards yang lain ialah David Chen Atome Financial, Eddy Wong VSure Group, Salim Dhanani BigPay dan Sohini Rajola, Western Union.

Tema bagi Anugerah 2022 ialah "Menerima Digital, Merangka Kebiasaan Baharu" sebagai pengiktirafan kepada kadar pendigitalan yang dipercepatkan dalam perniagaan sepanjang dua tahun yang lalu. Pemenang-pemenang dipilih oleh panel antarabangsa yang terdiri daripada pakar-pakar industri merentas domain yang berbilang dan dinilai berdasarkan kepada kritera impak, inovasi, sumbangan dan ekosistem FinTech

Source: Philippine FinTech Festival
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Trade show news Financial Technology