omniture

JA Solar Bekalkan Semua Modul untuk Projek PV Penjejakan Paksi-tunggal Terbesar Malaysia

JA Solar Technology Co., Ltd.
2022-11-14 10:53 128

BEIJING, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah projek fotovolta (PV) 116MW, dengan semua modul dibekalkan oleh JA Solar ("syarikat"), pengeluar yang terkemuka secara global bagi produk PV berprestasi tinggi, baru-baru ini memulakan operasi di Marang, Malaysia.

Dikontrak oleh PowerChina Huadong Engineering Corporation Limited ("Huadong Engineering"), projek tersebut semata-mata menggunakan modul dwi-kaca dwimuka DeepBlue 3.0 JA Solar. Ia merupakan projek PV penjejakan paksi-tunggal yang terbesar seumpamanya di Malaysia.

Terletak di negeri Terengganu iaitu di pantai timur Semenanjung Malaysia, projek ini memiliki jumlah kapasiti terpasang 116MW dan meliputi kawasan kira-kira 600 hektar. Ia dijangka menyediakan 220 juta kWj kuasa elektrik setahun dan memenuhi keperluan 200,000 isi rumah, mengurangkan pembakaran arang batu standard sebanyak 80,000 tan dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 200,000 tan setahun.

DeepBlue 3.0, modul PV termaju yang dikeluarkan oleh JA Solar, dilancarkan oleh syarikat ini dalam bulan Mei 2020. Penghantaran kumulatif produk ke seluruh dunia dari tahun 2020 hingga Jun 2022 berjumlah 24 GW. Bagi memenuhi kehendak pasaran yang berubah-ubah, JA Solar terus berusaha untuk meningkatkan prestasi penjanaan kuasa modul PV dengan mengukuhkan penyelidikan teknikal dan inovasi miliknya. Dalam bulan Mei 2022, JA Solar melancarkan produk pertamanya dalam pasaran modul PV jenis-n, DeepBlue 4.0 X. Bukan sahaja mempunyai kelebihan prestasi DeepBlue 3.0, DeepBlue 4.0 X memperlihatkan kecekapan lebih tinggi, kuasa lebih tinggi, keupayaan penjanaan kuasa lebih mantap dan keandalan yang cemerlang. Baik DeepBlue 3.0 mahupun DeepBlue 4.0 X benar-benar memberi contoh falsafah reka bentuk produk JA Solar yang "disesuaikan untuk meningkatkan nilai pelanggan".

Sebelum ini, JA Solar membekalkan modul berkecekapan tinggi untuk berbilang projek penting di Malaysia termasuk loji janakuasa PV terapung pertama, projek penjejak-tambahan-dwimuka pertama dan sebagainya, mendapat pujian yang melambung tinggi di negara berkenaan. Pada tahun 2021, bahagian pasaran JA Solar di Malaysia mencapai lebih daripada 50%, lalu menyumbang dengan signifikan kepada pasaran PV tempatan. Pada masa akan datang, JA Solar akan terus menyediakan servis untuk produk PV yang berkecekapan tinggi untuk pasaran Malaysia, seterusnya membantu wilayah tempatan untuk merealisasikan pembangunan yang mampan.

Sebagai salah satu kontraktor yang terbesar dalam bidang tenaga boleh baharu, Huadong Engineering telah menyaksikan jumlah kapasiti projek PV yang dikontrak di dalam dan luar negara melebihi 3 juta kW sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencakupi lebih daripada 10 negara termasuk Vietnam, Myanmar, Laos dan Malaysia. Beberapa tahun sebelum ini, JA Solar menjalin perkongsian kerjasama dengan Huadong Engineering, yang mana skala projek-projek PV luar negara antara kedua-duanya adalah lebih daripada 2GW. Sebagai rakan kongsi bersama yang komited terhadap Inisiatif Jalur dan Jalan, kedua-dua pihak akan terus menggalakkan penyampaian pembangunan hijau kepada dunia secara bersama dan berusaha untuk mencapai realisasi awal keneutralan karbon.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion