VERONA, Itali, 10 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Centro Ricerche Cliniche di Verona (CRC), fasiliti Penyelidikan Klinikal Fasa Awal yang menerajui, hari ini mengumumkan yang ia telah menjadi organisasi pertama yang menerima akreditasi di bawah skim pensijilan kualiti baharu yang dikendalikan oleh EUCROF (Persekutuan CRO Eropah).
'Kami dengan sukacitanya membuat pengumuman ini pada hari ini yang mengesahkan akreditasi kami yang berjaya di bawah skim Tanda Kualiti EUCROF bagi Unit Fasa Awal. Sistem ini menyediakan kepastian untuk para penaja dan sukarelawan kajian yang fasiliti diperakui diaudit secara bebas dan telah mencapai standard kualiti yang paling tinggi,' nyata Stefano Milleri MD, Pengarah Perubatan untuk CRC. 'Kami pasti Tanda Kualiti ini akan menyediakan tanda aras yang berguna untuk klien masa hadapan, yang kini boleh merasa yakin dengan serta-merta apabila mendapat jaminan daripada sumber pakar bebas yang memperakui ketekalan kajian kami di CRC ini dengan standard kualiti dan keselamatan yang paling tinggi.'
'Skim akreditasi Tanda Kualiti Unit Fasa Awal mencerminkan komitmen EUCROF bagi peningkatan berterusan untuk peruntukan perkhidmatan penyelidikan klinikal oleh ahli kami,' kata Dr. rer. nat. Susanne Gerbl-Rieger, ahli Kumpulan Kerja Fasa Awal EUCROF. 'Proses audit ini dikendalikan secara bebas dan meneliti 12 bidang operasi yang, contohnya, memberi kesan ke atas keselamatan pesakit, pematuhan kawalan selia dan kualiti organisasi. Saya gembira CRC ialah Unit Fasa Awal pertama yang diiktiraf dengan anugerah ini dan tidak sabar-sabar lagi menerima kehadiran fasiliti lain bagi menyertai skim ini.'
Latar Belakang Centro Ricerche Cliniche di Verona (CRC): Ditubuhkan pada tahun 2005 daripada legasi jabatan Perubatan Eksperimentasi di satu syarikat farmaseutikal global, CRC mengekalkan ramai kakitangan pakar yang berpengalaman dan masih sama hingga ke hari ini. Fasiliti itu terletak di dalam satu hospital mengajar yang besar, lalu memberikannya akses yang tiada tandingan kepada banyak populasi pesakit tertentu serta sukarelawan sihat juga. Melalui Hospital itu, CRC juga mempunyai akses kepada peralatan diagnostik dan imejan yang canggih, serta fasiliti makmal yang terbaik dalam kelasnya.
Hubungi:
Stefano Milleri
Centro Ricerche Cliniche di Verona
Telefon: +39-045-812-65-09
Faks: +39-045-812-66-69
Policlinico G. B. Rossi
P.le L. A. Scuro 10
37134 Verona - Itali
http://www.crc.vr.it
info@crc.vr.it
Sumber: Centro Ricerche Cliniche di Verona (CRC)