omniture

Xinhua Silk Road: Jiangsu Timur China bakal adakan acara promosi dan pemadanan, alu-alukan bakat luar negara

Xinhua Silk Road
2022-11-14 14:32 147

BEIJING, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Wilayah Jiangsu, Timur China akan mengadakan sebuah acara promosi dan pemadanan untuk menarik minat bakat-bakat dari luar negara untuk bekerja dan memulakan perniagaan di wilayah tersebut. Acara berkenaan dijangka akan diadakan di Kawasan Baharu Jiangbei, Bandar Nanjing mulai 21 hingga 25 November.

Photo shows the opening ceremony of the 2021 event held by east China's Jiangsu Province to attract overseas talents.
Photo shows the opening ceremony of the 2021 event held by east China's Jiangsu Province to attract overseas talents.

Sebelum tahun ini, acara berkenaan telah diadakan setiap tahun selama 16 tahun berturut-turut. Bagi menawarkan perkhidmatan kepada pembangunan industri serantau dengan lebih tepat dan mempromosikan pemadanan yang mendalam antara industri dan bakat, acara tahun ini akan menjemput terutamanya bakat-bakat yang berkelulusan ijazah kedoktoran luar negara dalam bidang termasuk bioperubatan, pembuatan pintar, bahan baharu, maklumat perisian, litar bersepadu dan pengurusan kewangan, menurut jabatan sumber manusia dan sekuriti sosial Jiangsu.

Selain daripada aktiviti-aktiviti di lapangan seperti penggalakan dasar, pelepasan maklumat tentang keperluan bakat dan pemadanan antara bakat dan perusahaan, acara tahun ini akan turut melibatkan aktiviti-aktiviti yang mana peserta-peserta dijemput untuk melawat bandar-bandar yang berbeza, membolehkan mereka mendapat pemahaman yang komprehensif tentang status pembangunan ekonomi dan sosial serta inovasi dan persekitaran keusahawanan di wilayah berkenaan.

Acara selama lima hari itu akan disiarkan secara langsung pada tahun ini, sebagai usaha untuk mencapai lebih ramai penonton dalam talian dan menarik minat lebih ramai bakat luar negara untuk berkunjung ke Jiangsu.

Sejak tahun 2006, acara tahunan berkenaan telah menarik sejumlah 1,709 bakat luar negara yang berkelulusan ijazah kedoktoran dari 25 negara dan wilayah untuk melawat Jiangsu. Antara mereka, 283 orang telah memilih untuk menetap di wilayah berkenaan, 15 orang terpilih untuk terlibat projek bakat nasional dan 37 orang telah menjadi pemimpin akademik di universiti-universiti atau institut-institut penyelidikan tempatan. Dengan adanya acara ini, bakat-bakat luar negara telah menubuhkan atau mengendalikan hampir 90 perusahaan persendirian di wilayah berkenaan, dengan jumlah pelaburan melebihi 2.4 bilion yuan (kira-kira 331.09 juta dolar A.S.).

Dengan industri pembuatannya tersenarai di kedudukan atas peringkat kebangsaan selama bertahun-tahun, Jiangsu mempunyai kekuatan dalam pembangunan yang inovatif. 15.1 peratus teknologi utama China diedarkan di wilayah berkenaan dan 20 peratus daripada produk berteknologi tinggi China yang dieksport dibuat di Jiangsu. Sebagai salah satu daripada wilayah pertama yang menggubal undang-undang untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan, Jiangsu komited untuk menyediakan kepada bakat di seluruh dunia dengan persekitaran perniagaan yang mesra dengan kos lebih rendah, kecekapan lebih tinggi, prosedur perdagangan dan pelaburan lebih mudah serta jangkaan pembangunan yang lebih stabil.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/331054.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources