-Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IBM, Virginia Rometty Bakal Memberi Ucapan Utama Dunia Mudah Alih Secara Langsung
LONDON, 11 Disember 2013 /PRNewswire/ -- GSMA pada hari ini mengumumkan para pemimpin daripada syarikat di seluruh ekosistem mudah alih, termasuk AT&T, IBM, Isis, Yayasan Raspberry Pi dan Viacom akan menyampaikan pembentangan ucapan utama di Kongres Dunia Mudah Alih 2014, yang akan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari 2014 di Fira Gran Via, Barcelona. GSMA turut mengumumkan perincian baharu berkaitan Bandar Terhubung di Kongres Dunia Mudah Alih, serta rakan kongsi baharu bagi Program Tarikan.
"Kepelbagaian syarikat yang akan turut serta dalam program ucapan utama Kongres Dunia Mudah Alih mencerminkan betapa besarnya impak ciri mudah alih terhadap kehidupan seharian kita," ujar Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Kami mempunyai barisan Ketua Pegawai Eksekutif cemerlang yang bakal menaiki pentas di Barcelona pada bulan Februari, lalu menawarkan wawasan dan perspektif baharu dalam pembangunan yang membentuk industri kami ini kepada para hadirin."
IBM Menjadi Tajuk Utama Bagi Ucapan Utama Dunia Mudah Alih Secara Langsung
GSMA mengumumkan Virginia M. Rometty, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IBM akan turut serta membuat pembentangan dalam sesi ucapan utama Dunia Mudah Alih Secara Langsung yang akan bermula pada 18:00-18:45, hari Rabu bersamaan dengan 26 Februari. Di samping para peserta yang menghadiri acara langsung di Conference Village, Fira Gran Via, ucapan utama Dunia Mudah Alih Secara Langsung ini akan disiarkan secara terus-menerus di seluruh tempat acara itu dan kepada beratus-ratus penonton pada peringkat global melalui portal Dunia Mudah Alih Secara Langsung.
Di samping Puan Rometty, GSMA turut mengumumkan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif lain yang akan turut serta dalam program pembentangan ucapan utama di Kongres Dunia Mudah Alih, termasuklah:
Para pemimpin ini turut menyertai para pembentang ucapan utama yang telah diumumkan sebelum ini:
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang program persidangan Kongres Dunia Mudah Alih, layari www.mobileworldcongress.com/conference.
Pameran Kehidupan Terhubung di Kongres Dunia Mudah Alih
Acara kemuncak bagi pameran Kongres Dunia Mudah Alih ialah Bandar Terhubung GSMA yang kini berada pada tahun keduanya, merupakan persekitaran bandar sebenar dengan produk terhubung secara mudah alih dan perkhidmatan yang menunjukkan kemampuan teknologi mudah alih mengubah kehidupan harian individu merentasi pelbagai bidang seperti automotif, pendidikan, kesihatan, kediaman, peruncitan dan aplikasi lain. GSMA membawakan Bandar Terhubung bersama AT&T, Deutsche Telekom, KT Corp. dan Vodafone serta syarikat di seluruh ekosistem termasuk Accenture, Ericsson, General Motors, Huawei, Samsung dan Synchronoss Technologies. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bandar Terhubung, layari www.mobileworldcongress.com/connected-city.
Tambahan Baharu kepada Program Tarikan
Jadual Program Tarikan di Kongres Dunia Mudah Alih terus berkembang dengan pertambahan Dolby, yang akan mengadakan Acara Rakan Kongsi selama separuh hari pada 25 Februari, hari Selasa. Di samping itu, Modal Dunia Mudah Alih Barcelona akan membawakan "4 Tahun dari Sekarang", acara keusahawanan dan inovasi yang mudah alih dan memberi tumpuan terhadap pembangunan idea mudah alih dan juga permulaan perniagaan. Program ini, yang akan diadakan pada 24 hingga 26 Februari di Fira Montjuic, turut menampilkan sesi persidangan, bengkel, acara kemuncak dan mesyuarat pakar.
Kembali untuk tahun ketujuhnya, WIPJam yang dibawakan oleh Perkongsian Industri Tanpa Wayar dan GSMA akan menganjurkan DEVCON dan HACKATHON selama empat hari bermula pada 24 hingga 26 Februari di Fira Montjuic dan pada 27 Februari di Fira Gran Via. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: http://www.mobileworldcongress.com/featured-programmes/
Sertailah Kongres Dunia Mudah Alih 2014
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Kongres Dunia Mudah Alih 2014 termasuk cara untuk menghadirinya, menjadi peserta pameran atau penganjur, layari www.mobileworldcongress.com. Ikuti segala pembangunan dan perkembangan tentang Kongres Dunia Mudah Alih (#MWC14) di Twitter @GSMA atau Facebook www.facebook.com/mobileworldcongress.
Kongres Dunia Mudah Alih merupakan asas bagi Modal Dunia Mudah Alih, yang akan diadakan di Barcelona bermula pada tahun 2013 hingga 2018. Modal Dunia Mudah Alih merangkumi program dan aktiviti yang berlangsung sepanjang tahun dan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada warga Barcelona, Catalonia dan Sepanyol, malah kepada industri mudah alih sedunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Modal Dunia Mudah Alih, sila layari www.mobileworldcapital.com.
Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih di seluruh dunia. Dengan perkhidmatannya di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia bersama 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA melalui Twitter: @GSMA