BEIJING, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- China komited untuk membina sebuah komuniti insan dengan masa depan yang dikongsi bersama kerana ia percaya ia merupakan laluan ke hadapan yang terbaik untuk semua penduduk dunia.
Seperti yang diperhatikan oleh seorang ahli falsafah Cina purba, "semua hidupan boleh bertumbuh berdampingan tanpa memudaratkan satu sama lain dan jalan-jalan yang berbeza boleh berjalan selari tanpa mengganggu satu sama lain."
Dalam satu laporan kepada Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC), Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC, menegaskan bahawa biarpun China sentiasa komited terhadap matlamat dasar asing dengan mendukung keamanan dunia dan menggalakkan pembangunan bersama, kini ia turut berdedikasi untuk mencipta sebuah komuniti insan dengan masa depan yang dikongsi bersama.
Hanya apabila semua negara meneruskan perjuangan mencapai kebaikan bersama, hidup dalam harmoni dan terlibat dalam kerjasama demi mencapai manfaat bersama akan adanya kemakmuran yang berterusan dan keselamatan yang terjamin, menurut laporan tersebut.
'Masa depan dikongsi bersama' buat semua
Presiden Xi mula membawa konsepsi "sebuah komuniti dengan masa depan dikongsi bersama untuk umat manusia" kepada perhatian dunia semasa satu ucapan tahun 2013 di Moscow State Institute of International Relations.
"Umat manusia, yang menjalani kehidupan dalam kampung global yang sama pada waktu dan ruang yang sama di mana sejarah dan realiti bertembung, semakin muncul sebagai sebuah komuniti dengan takdir yang sama yang mana dalam dirinya ada sebahagian kecil daripada bahagian orang lain," kata beliau.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dunia telah dicabar oleh peningkatan dalam krisis global yang mengikat takdir negara-negara bersama-sama dengan lebih erat berbanding sebelum ini, bermula daripada perubahan iklim kepada pandemik COVID-19. Untuk menanganinya dengan berkesan, kerajaan-kerajaan perlu bersatu dan mengambil tindakan kolektif dan koheren.
Pada tahun 2022, akibat buruk daripada perubahan iklim jelas untuk dilihat oleh semua sebagai kejadian cuaca melampau yang kerap melanda setiap sudut dunia. Gelombang haba yang belum pernah berlaku sebelum ini melanda Eropah, mengakibatkan kebakaran hutan yang memusnahkan, kemarau teruk dan beribu-ribu kematian. Di Pakistan, banjir yang teruk mengakibatkan satu pertiga daripada negara berkenaan berada di bawah air dan memusnahkan 1.8 juta rumah. Di A.S., taufan yang kuat menyebabkan beribu-ribu keluarga kehilangan tempat tinggal.
"Mengakui bahawa masa depan yang dikongsi bersama menuntut kita semua untuk mencabar keputusan alam sekitar yang tidak baik yang dibuat oleh perniagaan atau kerajaan," tulis Anthony Moretti, profesor madya di Robert Morris University di negeri Pennsylvania, A.S. dalam satu cetusan pendapat untuk CGTN.
Salah satu matlamat utama untuk membina sebuah komuniti insan dengan masa depan yang dikongsi bersama adalah agar negara-negara mencapai kerjasama yang saling menguntungkan, konsep yang ditunjukkan dengan cara yang terbaik oleh Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dimulakan oleh China.
Sejak pengenalannya pada tahun 2013, BRI merangsang aktiviti perdagangan dan pelaburan di seluruh dunia dengan ketara. Volum dagangan tahunan antara China dan hampir 150 negara yang mengambil bahagian dalam BRI meningkat daripada $1.04 trilion dalam tahun 2013 kepada $1.8 trilion dalam tahun 2021 – satu lonjakan sebanyak 73 peratus sepanjang lapan tahun.
Di bawah inisiatif berkenaan, China membawa pengalamannya yang luas dalam pembuatan, telekomunikasi, pembangunan prasarana dan bidang-bidang lain ke kawasan-kawasan dan negara-negara kurang membangun, bagi membantu mencipta pelbagai peluang pekerjaan yang baharu dalam ekonomi tempatan.
Menurut laporan Bank Dunia, inisiatif berkenaan berpotensi untuk membebaskan 7.6 juta orang keluar daripada belenggu kemiskinan melampau dan 32 juta daripada kemiskinan sederhana di seluruh dunia sekali gus merangsang perdagangan sebanyak 2.8 hingga 9.7 peratus untuk negara-negara yang mengambil bahagian dan sebanyak 1.7 hingga 6.2 peratus untuk seluruh dunia.
Selain BRI, China turut menjemput negara-negara di seluruh dunia untuk mengambil bahagian bagi melaksanakan dua inisiatif lain bagi merealisasikan "masa depan dikongsi bersama," iaitu Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global.
"Kami akan bekerjasama dengan rakyat dari semua negara yang lain untuk memperjuangkan nilai-nilai bersama kemanusiaan iaitu keamanan, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan bagi menjaga keamanan global dan menggalakkan pembangunan dunia serta terus mendorong pembinaan komuniti insan dengan masa depan yang dikongsi bersama," kata Xi ketika bertemu wartawan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada bulan Oktober lalu.