omniture

GGE umum pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari AS untuk pimpin usaha terokai sektor tenaga hijau

Green Giant Ltd
2022-11-14 22:35 435

HANZHONG, China, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Green Giant Inc. (NASDAQ: GGE) ("GGE" atau "Company"), hari ini mengumumkan pelantikan En. Junaid Ali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif subsidiari milik penuh Green Giant LLC bagi mempelopori usahanya untuk meneroka bahagian tenaga hijau di A.S.

En. Junaid Ali mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad dalam pembangunan projek tenaga bernilai berjuta-juta dolar bermula daripada sektor utiliti kuasa hingga perniagaan minyak dan gas dalam empat benua yang berbeza. Beliau memulakan kerjaya bersama Cummins (NYSE:CMI) sebagai jurutera projek dan akhirnya menjadikan seorang pengurus projek dalam perniagaan penjagaan kuasa mereka dari tahun 2006 hingga 2011. Kemudian, beliau menyertai APR Energy dalam tahun 2011 sebagai pengurus projek kanan dan dinaikkan pangkat menjadi pengarah projek dalam penghantaran kuasa dengan General Electric (NYSE: GE) pada tahun 2015. Semasa berkhidmat di GE, beliau memimpin projek-projek solar skala-utiliti dan sektor perindustrian GE Power Conversion yang strategik, mengurus pasukan silang-fungsi untuk menyerahkan projek-projek global dan dipilih untuk mengetuai projek dengan NextEra Energy Resources. Selepas GE, beliau menubuhkan Prismecs LLC, sebuah syarikat perkhidmatan tenaga industri yang menyampaikan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan kejuruteraan dan perolehan sehenti untuk industri tenaga. En. Ali, melalui Prismecs LLC, telahpun menyediakan perkhidmatan industri serta penyelesaian rantaian bekalan yang cekap, berkesan kos.

En. Junaid Ali, mengulas, "Saya teruja untuk berkongsi visi yang sama dengan pengurusan GGE untuk mengurangkan karbon dan melabur dalam sebarang teknologi yang membawa kepada keluaran tenaga bersih. Saya yakin bahawa latar belakang industri saya yang kukuh digandingkan dengan status syarikat awam GGE akan membawa pulangan yang signifikan kepada pemegang saham GGE."

Pihak pengurusan percaya bahawa latar belakang komersial, operasi dan industri En. Ali membuatkan beliau amat layak untuk memimpin subsidiari AS GGE bagi meninjau perniagaan tenaga hijau yang dirancang olehnya.

Kenyataan Safe Harbor

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang tertakluk kepada perubahan. Kenyataan pandang ke hadapan dibuat menurut peruntukan 'safe harbor' bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Semua "kenyataan pandang ke hadapan" yang berkaitan dengan perniagaan China HGS Real Estate Inc., yang dapat dikenal pasti melalui penggunaan terminologi berpandangan ke hadapan seperti "percaya", "menjangkakan" atau ungkapan yang serupa, melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza. Faktor-faktor ini termasuk tetapi tidak terhad kepada: pasaran yang tidak menentu untuk perniagaan Syarikat, makroekonomi, teknologi, kawal selia atau faktor-faktor lain yang mempengaruhi keuntungan perniagaan hartanah; dan risiko-risiko lain yang berkaitan dengan perniagaan Syarikat dan risiko yang berkaitan dengan operasi di China. Sila rujuk Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun fiskal berakhir pada 30 September 2021 dan pemfailan lain dengan SEC, untuk butiran tertentu berhubung faktor-faktor risiko. Melihatkan risiko dan ketidaktentuan ini, anda diingatkan agar tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar ke atas kenyataan pandang ke hadapan. Keputusan sebenar Syarikat ini mungkin berbeza dengan ketara daripada yang terkandung dalam kenyataan pandang ke hadapan. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyemak atau mengemas kini kenyataan pandang ke hadapannya bagi menggambarkan peristiwa atau keadaan yang mungkin timbul selepas tarikh siaran akhbar ini.

Latar Belakang China Green Giant, Inc.

Green Giant Inc. (NASDAQ: GGE dahulunya China HGS Real Estate, Inc), ditubuhkan pada tahun 1995 dan beribu pejabat di Bandar Hanzhon, Wilayah Shaanxi, ialah pemaju hartanah terkemuka di rantau ini dan memegang kelayakan hartanah gred I peringkat kebangsaan. Sejak awal tahun 2022, Syarikat ini mula mengkaji kemungkinan untuk mempelbagaikan perniagaannya. Untuk maklumat lanjut tentang Green Giant, sila ke www.gge.com.

 

Source: Green Giant Ltd
Related Stocks:
NASDAQ:GGE
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Real Estate Utilities Personnel announcements