LUANDA, Angola, 11 Disember 2013 /PRNewswire/ --
Projek bakal mengubah tanah menghadap laut Luanda menjadi projek yang tersendiri, bandar dan mencabar daripada segi sosial yang menggabungkan kemodenan, kebandaran dan kualiti kehidupan
Pembentangan antarabangsa untuk projek Teluk Luanda berlangsung semasa Forum Perniagaan Teluk Luanda Pertama, di ibu negara Angola.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131210/658585)
"Sociedade Baia de Luanda" memajukan semula seluruh kawasan Teluk Luanda yang menghadap laut dan kini mengerjakan projek hartanah yang bakal mengambil kawasan sebanyak tiga plot berbeza, dengan jumlah kawasan seluas 39 hektar yang bakal mengubah wajah Luanda, menggabungkan kemodenan, kebandaran dan kualiti kehidupan.
Projek ini melibatkan pelaburan dalam pembinaan sejumlah kira-kira 6,300 juta dolar, selama 20 tahun. Pelaburan ini mengambil kira penaikan taraf umum kawasan itu serta pemajuan projek hartanah yang terdiri daripada 78 bangunan, dengan jumlah kawasan pembinaan seluas 1.7 juta meter persegi, berserta tempat letak kereta dan kawasan perkhidmatan.
Ketiga-tiga plot tanah ini yang ditebus guna dari laut akan mempunyai ruang untuk perumahan, pejabat, perkhidmatan dan kedai yang akan menjadikan Luanda lebih moden, berfungsi dan kosmopolitan.
Bagi menguar-uarkan kemajuan projek ini, Sociedade Baia de Luanda menganjurkan Forum Perniagaan pertama di Luanda, yang mengevolusikan pelabur yang sudah memberi komitmen, serta pemain utama dalam komuniti pelabur kebangsaan. Syarikat pelaburan antarabangsa dan dana, bank, syarikat hartanah, syarikat pembinaan, rangkaian hotel, firma kejuruteraan dan seni bina juga mengambil bahagian agar mereka dapat menemui kelebihan melabur dalam projek ini, yang menjanjikan pulangan yang setara dengan tempat lain yang juga sedang berkembang pesat di dunia, khususnya di Asia.
Projek ini berakar umbi daripada perkongsian swasta antara sektor korporat kebangsaan dan Negara Angola, yang dengannya syarikat swasta itu, iaitu Sonangol, Banco Atlântico, GENI, Millennium BCP dan Finicapital, menanggung semua risiko ekonomi daripada inisiatif ini, sekali gus bermakna Kerajaan Republik Angola tidak perlu bergantung terhadap pelaburan awam.
Sebagai pertukaran untuk pelaburan yang dilakukan dalam pemajuan semula ini, Negara Angola menyerahkan hak permukaan dan pembinaan ke atas tanah yang ditebus guna daripada laut itu, bersama konsesi lain sebagai tempat letak kereta baharu di tanah yang menghadap laut yang dibangunkan semula itu.
Projek itu sudah memenangi anugerah di Angola, di Afrika Selatan dan di Portugal. Di samping itu, pada bulan Oktober 2013, projek itu diiktiraf di Amerika Syarikat oleh Persatuan Tanah Menghadap Laut Antarabangsa, institusi bukan untung yang menganugerahkan hadiah kepada projek pembangunan semula tanah menghadap laut yang terbaik di dunia. Teluk Luanda memenangi anugerah itu untuk projek kawasan awam dan pembangunan semula alam sekitar terbaik daripada antara 40 projek yang menyertai dari seluruh dunia.
Fotograf dilampirkan sekali.
Bagi maklumat lanjut, hubungi:
Pengendalian - Mauro Martins, mmartins@finicapital.com, +244-923-639-966
Editorial - Jose Barata, jbarata@jlma.pt, +351-962-013-726
SUMBER Sociedade Baia de Luanda