MUNICH, Jerman, 11 Disember 2013 /PRNewswire/ --
- Pengalaman dalam talian yang baharu menanti para pengunjung teman dalam talian majalah CENTURION dan DEPARTURES
- Kedua-dua laman web tersebut telah dilancarkan semula pada bulan ini, lalu melonjakkan laman tersebut menjadi antara sumber paling berpengaruh bagi berita kemewahan, pandangan serta inspirasi
Lambakan maklumat yang terdapat dalam talian pada masa kini boleh menjadi sangat berlebihan. Majalah Centurion dan Departures memaparkan kandungan mewah yang paling bermanfaat sahaja dan dikenali sebagai sumber utama untuk mendapatkan maklumat gaya hidup bagi ahli kad Platinum dan Centurion daripada American Express. Laman web tersebut dihasilkan bagi memberi inspirasi kepada para pelancong dan pengguna yang paling mewah di seluruh dunia.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131204/658207-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131204/658207-b )
Sebagai pelengkap majalah yang dicetak setiap suku tahun, http://www.centurion-magazine.com dan http://www.departures-international.com berbangga dengan kandungan eksklusif pada laman webnya yang banyak: berita harian dan kisah pengalaman pelancongan yang hebat serta perkhidmatan yang ditempah, dan juga produk yang dikongsi oleh pasukan yang bertanggungjawab terhadap majalah yang memenangi pelbagai anugerah ini.
Majalah Centurion dan Departures menghasilkan suasana yang sempurna bagi pengiklanan mewah serta editorial. Laman tersebut kini menampung kebanyakan unit iklan standard, peluang media yang beraneka serta penyelesaian yang disuai khusus dan kreatif untuk para pengiklan, bagi menyampaikan mesej jenama mereka dengan ahli kad Platinum dan Centurion.
"Maksud kemewahan tidak pernah begitu peribadi sebelum ini," kata Lisa Gregg, Naib Presiden/Pengurus Besar, Ketua Bahagian Pengalaman dan Produk Pelanggan Antarabangsa di American Express. "Ahli kad unggul kami amat menghargai jenama majalah Centurion dan Departures yang rasmi sebagai sumber peribadi bagi berita mewah dan pandangan. Ini merupakan media sofistikated yang dapat memenuhi kepentingan utama serta minat mendalam mereka dan kami yakin para pembaca ini akan menghargai dan menerima pengalaman baharu yang bakal dibawakan oleh edisi dalam talian yang dilancarkan semula ini."
"Peningkatan kualiti centurion-magazine.com dan departures-international.com merupakan usaha yang dibanggakan oleh Journal International. Sebagai peneraju dalam gaya hidup mewah, kami amat komited untuk menyampaikan kualiti tertinggi untuk golongan pembaca yang tersendiri ini menerusi rangkaian penyumbang peringkat global kami, kandungan berkualiti tertinggi, imejan yang memukau dan pastinya rakan kongsi pengiklanan mewah kami," tambah Christian Schwalbach, Ketua Pegawai Eksekutif/Penerbit Kumpulan, Journal International.
Journal International
Journal International kini menerbitkan 17 edisi Centurion Magazine dalam 6 bahasa dan 25 edisi antarabangsa Departures Magazine dalam 7 bahasa dengan pengedaran di seluruh Eropah, Timur Tengah, Asia, Pasifik dan Amerika Latin serta diedarkan di lebih 170 negara.
HUBUNGI
Vera Knötgen, Pengarah Pemasaran Antarabangsa, Tel: +49(0)89-64-27-97-17, knoetgen@journal-international.de
http://www.centurion-magazine.com
http://www.departures-international.com
Sumber: Journal International GmbH