omniture

RS Components Membantu Jurutera Luar Pejabat dengan App Mudah Alih Rujukan Berguna

App RS Toolbox percuma menyediakan titik rujukan tunggal untuk pelbagai maklumat dan peralatan rekaan barangan elektronik
Menjimatkan masa jika dibandingkan dengan kaedah memperoleh sumber bahan rujukan, formula dan jadual carian melalui enjin gelintar Internet
Membolehkan jurutera merakam idea rekaan walaupun di luar pejabat
RS Components
2013-12-11 11:00 156

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Disember 2013 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan yang menerajui di dunia, telah mempamerkan app sokongan rekaannya yang pertama untuk peranti mudah alih yang menggunakan iOS. App baharu yang bernama RS Toolbox ini, yang boleh didapati secara percuma, menyediakan titik akses pusat untuk alat penukaran dan kira-kira serta bahan rujukan elektronik popular, dalam format yang mudah digunakan untuk jurutera rekaan elektronik, para penggemar dan para pelajar.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/03/20131203163454263299.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/03/20131203163528304475.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

RS Toolbox boleh digunakan pada peranti mudah alih yang menggunakan sistem pengendalian iOS, termasuklah peranti Apple seperti iPad, iPhone dan iPod Touch. Satu versi yang boleh digunakan pada peranti yang menggunakan Windows 8 juga berada dalam proses perancangan. App baharu ini adalah berdasarkan app 'Electronic Toolbox Pro', yang telah dibangunkan oleh Marcus Roskosch, pencipta pelbagai app untuk kejuruteraan yang sangat berjaya. Electronic Toolbox Pro telah mencatat tahap penerimaan yang tinggi daripada para jurutera dengan lebih 200,000 muat turun setakat ini.

RS Toolbox menawarkan rangkaian fungsi yang menyeluruh, yang dikumpulkan sebagai ikon yang tertera pada skrin utama, termasuklah pelbagai kalkulator, penukar dan jadual carian kejuruteraan. Contohnya, turut sekali dimasukkan dalam fungsi itu ialah kalkulator tapis RLC, konfigurator pemasa 555, kalkulator untuk pelbagai pengatur voltan dan op-amp, serta peralatan penting seperti penukar sistem pemberian nombor, kalkulator Hukum Ohm dan jadual carian untuk jenis serta saiz bateri, kod warna kabel, saiz pakej, spesifikasi toroid dan banyak lagi. App ini sangat mudah disuai khusus dan boleh didapati dalam 16 bahasa berbeza. 

"Jurutera rekaan elektronik sentiasa didesak untuk menjimatkan masa dan sentiasa mencari jalan pintas untuk rekaan," kata Mark Cundle, Ketua Pemasaran Teknikal Global RS Components. "App yang sangat berguna ini menjadikan jumlah data komponen serta kira-kira dalam talian yang sangat banyak boleh didapati di hujung jari mereka sahaja, lalu membolehkan mereka mengeksploitasi kreativiti dan inovasi. Ini merupakan salah satu contoh lain untuk misi kami di RS, bagi menyediakan peralatan perisian berprestasi tinggi secara percuma lalu menjadikan proses rekaan lebih pantas, mudah dan mampu dimiliki oleh para jurutera."

Toolbox RS boleh dimuat turun melalui laman web RS di http://www.rsmalaysia.com/toolbox

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan yang menerajui di dunia. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, dengan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang dibekalkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan pada Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lalu, yang berakhir pada 31 Mac 2013, telah mendapat hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman webnya di http://www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

SUMBER RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Computer Accessories New products/services