omniture

Gergasi E-dagang Lazada Akhiri Tahun 2013 dengan Kehebatan Revolusi Dalam Talian dan Berwajah Baharu

Lazada
2013-12-11 15:58 246

Jualan yang mencatat rekod berjaya dicapai dalam tempoh kempen dan lebih banyak dijangkakan bagi acara kemuncak Revolusi Dalam Talian pada 12.12

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Sebulan selepas pelancaran Revolusi Dalam Talian,Lazada.com.my membawakan versi Asia Tenggara Cyber Monday kepada kemuncaknya yang besar-besaran pada 12 Disember ini.

Revolusi Dalam Talian ini adalah berdasarkan Cyber Monday, hari membeli-belah dalam talian paling besar di Amerika Syarikat yang baru sahaja diadakan pada 2 Disember lalu. Setakat ini, Revolusi Dalam Talian memberikan kejayaan besar buat LAZADA Malaysia dan menjadikan kempen sepanjang bulan yang berjaya memecah rekod. Kategori paling kukuh termasuklah barangan elektronik dan komputer, manakala barangan Revolusi Dalam Talian yang paling laris dijual ialah Komputer Buku Nota dan TV LED. Acara ini turut dimeriahkan dengan pelancaran wajah baharu yang eksklusif selama satu hari sahaja oleh Lazada, manakala susun atur baharu ini direka bagi memudahkan para pembeli mendapatkan barangan yang diingini.

"Kami amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Revolusi Dalam Talian. Berkaitan dengan jualan dan trafik webnya, kami dapat melihat tindak balas yang memecahkan rekod sejak permulaan kempen lagi. Kami menjangkakan keputusan yang lebih baik selepas acara kemuncak kami pada 12.12 dengan tawaran hebat yang akan kami sediakan," kata Igor Pezzilli, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Pada 12.12, para pembeli mempunyai tempoh selama 24 jam untuk menikmati beberapa tawaran yang tidak disangka-sangka. LAZADA telah menurunkan harga hingga yang paling rendah bagi menarik lebih ramai pelanggan sedia ada dan baharu.

Kejutan 12.12 termasuklah:

  • Tawaran istimewa bagi barangan prapesanan & yang baru dilancarkan (seperti PS4 atau iPad Air)
  • 10 berkas produk dengan harga istimewa dan hebat seperti Komputer Buku Nota 14 Inci HP Pavilion + HP All-In-One Deskjet 1050
  • 5 jenama tarikan dengan diskaun mega, termasuklah Kenwood, Lenovo, Fujifilm
  • Tawaran eksklusif bagi pemegang kad Visa dengan diskaun sehingga 15%

Kejayaan Revolusi Dalam Talian dan penyertaan luas daripada para pelanggan Asia Tenggara mencerminkan pertumbuhan pesat dan penerimaan e-dagang di rantau ini. Menurut Accenture, 194 juta pengguna Internet baharu dijangkakan di Asia Tenggara menjelang 2020, yang bakal terlibat dengan ekosistem e-dagang. Persekitaran dan penerimaan e-dagang terus berkembang di Malaysia dengan kewujudan peluang perniagaan, infrastruktur dalam logistik dan latar depan teknikal yang terus berkembang dan maju.

Latar Belakang LAZADA

Lazada (http://www.lazada.com.my) merupakan pusat membeli-belah dalam talian paling besar di Malaysia dan juga perintis e-dagang, dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang pantas, mudah dan selamat dengan tawaran produk yang menyeluruh dalam pelbagai kategori yang terdiri daripada peranti mudah alih & tablet serta barangan elektronik pelanggan hinggalah kepada barangan isi rumah, mainan, fesyen dan peralatan sukan. Lazada terus berusaha menawarkan pengalaman membeli-belah yang terbaik sekali kepada para pelanggannya dengan kaedah pembayaran yang pelbagai, termasuklah wang tunai ketika penghantaran, komitmen jaminan luas dan pulangan percuma.

Bagi pertanyaan media, sila hubungi:

Anahita Nishaburi
Komunikasi Korporat, LAZADA Malaysia
Telefon bimbit: +60-17309-2521
E-mel: anahita.nishaburi@lazada.com.my

SUMBER Lazada

Source: Lazada
Keywords: Electronic Commerce Internet Technology Retail New products/services