HONG KONG, 12 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Satu laporan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) memberi amaran peningkatan dramatik dalam bilangan kes kepatahan berkaitan osteoporosis akan berlaku dalam rantau Asia-Pasifik. Dengan peningkatan yang diunjurkan sebanyak 230% dan 144% bagi golongan berusia lebih 70 tahun dan 50 tahun masing-masing, bilangan kes kepatahan pinggul dijangka akan bertambah sekurang-kurangnya sebanyak dua kali menjelang 2050. Oleh itu, walaupun populasi boleh hidup lebih lama, kesihatan sistem rangka dan otot mereka bakal terjejas dengan teruk lalu mengakibatkan ketidakupayaan, kehilangan kemampuan berdikari malah kematian lebih awal. Kos sosioekonomi juga bakal meningkat melainkan jika proses penuaan secara sihat dan aktif digalakkan.
Kepatahan pinggul, yang biasanya berlaku pada golongan emas berusia lebih 70 tahun, ialah kes kepatahan akibat osteoporosis yang paling serius dan mahal. Kebanyakan negara di Asia sudah pun menyaksikan peningkatan sebanyak 2-3 kali dalam insiden kepatahan pinggul dalam masa 30 tahun lepas. Arah aliran ini dijangka akan bertambah buruk dengan 50% daripada semua kes kepatahan pinggul di dunia bakal berlaku di Asia menjelang tahun 2050. Pada masa itu, populasi yang berusia lebih 50 tahun akan meningkat hampir dua kali berbanding jumlah kini. China dan India, dua negara dengan kepadatan paling tinggi di dunia, bakal mempunyai hampir 430 juta orang berusia 70 tahun atau lebih menjelang tahun 2050.
Selain kos tinggi untuk penjagaan akut, kira-kira 33% pesakit bergantung sepenuhnya pada pengasuh pesakit dalam tahun berikutan kejadian kepatahan pinggul itu, dan kira-kira seorang dalam lima orang pesakit akan mati dalam tahun itu juga. Urbanisasi dalam rantau Asia-Pasifik juga sedang memberi kesan ke atas kadar kes kepatahan, yang lebih tinggi di kawasan bandar dengan cara hidup tidak aktif serta hanya berada di dalam rumah, lalu menyebabkan kekurangan vitamin D serta tulang dan otot yang tidak sihat.
Bolehkah sistem penjagaan kesihatan menangani keperluan yang diunjurkan ini untuk penjagaan akut dan jangka panjang selepas kejadian kepatahan pinggul? Bagi mengurangkan kemungkinan kematian dan ketidakupayaan, pesakit kepatahan pinggul memerlukan pembedahan dan tempoh pemulihan secepat mungkin. Dalam rantau di Asia yang kurang maju daripada segi ekonomi, penjagaan pembedahan mungkin tidak boleh didapati atau tidak dapat dibayar balik. Di negara seperti Vietnam, Sri Lanka, Filipina dan Pakistan, kurang 50% kes kepatahan pinggul dirawat secara pembedahan. Seorang pesakit yang terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk pembedahan mungkin akan menghadapi kemiskinan atau, tanpa pembedahan, terpaksa menderita ketidakupayaan melampau pula.
Profesor John A. Kanis, Presiden IOF menyatakan: "Di seluruh dunia, satu dalam tiga orang wanita dan satu dalam lima orang lelaki melebihi usia 50 tahun akan mengalami kes kepatahan tulang akibat osteoporosis, dan diagnosis serta pembedahan yang dilakukan secepat mungkin adalah sangat penting. IOF menggesa kerajaan seluruh Asia untuk menggiatkan lagi usaha pencegahan. Osteoporosis serta penyakit rangka dan otot patut dijadikan isu keutamaan dalam agenda penjagaan kesihatan kebangsaan."
Secara khususnya, laporan IOF menggesa pihak berkuasa agar:
Akses kepada Audit Serantau Asia-Pasifik IOF:
http://bit.ly/1dgbkgy
Penerbitan Audit ini disokong oleh geran pendidikan tanpa had daripada GSK, Fonterra dan Servier.
Latar Belakang IOF
Yayasan Osteoporosis Antarabangsa ialah organisasi bukan kerajaan yang paling besar di dunia yang dikhususkan bagi pencegahan, diagnosis serta rawatan untuk osteoporosis dan penyakit otot rangka berkaitan yang lain. Ahli IOF termasuklah 216 persatuan, bekerjasama bagi menjadikan kesihatan tulang, sendi dan otot satu keutamaan penjagaan kesihatan seluruh dunia. http://www.iofbonehealth.org
Charanjit K. Jagait
Pengarah Komunikasi
Tel: +41-22-9940102
Bimbit: +41-79-8745208
cjagait@iofbonehealth.org
Sumber: Yayasan Osteoporosis Antarabangsa