omniture

BIOSAFE Sasar Perluasan di Amerika Latin

Biosafe Group
2013-12-12 07:00 126

EYSINS, Switzerland, 12 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Berikutan penubuhan syarikat subsidiari Cina yang bertapak di Shanghai dan perluasan terkininya di India, Biosafe menunjukkan komitmen yang teguh terhadap pasaran yang memuncul dengan membentuk syarikat subsidiari baharu dan pembukaan pejabat baharu pada hari ini yang meliputi kawasan Amerika Latin.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/648200 )

Syarikat baharu itu, Biosafe do Brasil Participacoes e Representacoes Ltda., yang bertapak di penempatan Vila Olimpia, Sao Paulo Brazil akan memberikan sokongan kepada para pengedar sedia ada bagi Biosafe di rantau tersebut, yang meliputi pasaran di Brazil, Mexico, Argentina dan Colombia. Pejabat itu juga bertanggungjawab untuk memperkembangkan perniagaan ke negara Amerika Latin lain yang menjanjikan banyak peluang.

Acara rasmi untuk menandakan pembukaan pejabat baharu itu akan diadakan pada hari ini di Hotel Gran Estanplaza Sao Paulo, dengan persidangan tentang darah tali pusat dan pemindahan yang termasuk pembentangan ucapan utama daripada Dr. Joanne Kurzberg (Pengarah Program Darah Pediatrik dan Pemindahan Sum-sum Duke University dan Pengarah Carolinas Cord Blood Bank).

Mengulas tentang pembukaan pejabat Amerika Latin baharu itu, Claude Fell, Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengarah Biosafe, berkata: "Pembukaan pejabat baharu ini merupakan bahagian penting bagi perkembangan syarikat dalam ekonomi yang kian berkembang dan menunjukkan keyakinan kami terhadap potensi pembangunan di Amerika Latin. Kami berharap untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama para pelanggan serta rakan kongsi saintifik dan terus memperkembangkan aktiviti kami di rantau ini."

Latar Belakang Biosafe Group

Biosafe Group yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini aktif dalam mereka bentuk, menghasilkan dan memasarkan sistem pemprosesan sel automatik. Sebagai syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di Switzerland, Biosafe Group beroperasi menerusi syarikat subsidiari serantau (Geneva, Houston, Hong-Kong, Shanghai dan Sao Paulo) dan boleh didapati di lebih 45 negara secara terus atau melalui para pengedar.

Bagi maklumat lanjut:

Christopher Bolton
Ketua Pegawai Kewangan
Biosafe Group SA
+41-22-365-27-27
christopher.bolton@biosafe.ch 
http://www.biosafe.ch

Sumber: Biosafe Group

Source: Biosafe Group
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Corporate Expansion