omniture

CGTN: Xi memberitahu Biden: Kita harus meletakkan hubungan China-A.S. kembali ke landasan yang betul

CGTN
2022-11-15 20:16 84

BEIJING, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Apabila pemimpin-pemimpin daripada 20 ekonomi terbesar dunia berhimpun di pulau Indonesia, Bali sempena Sidang Kemuncak G20, pertemuan secara bersemuka antara pemimpin-pemimpin China dan Amerika Syarikat itu menarik perhatian global.

Pada petang Isnin, Presiden Cina Xi Jinping dan Presiden A.S. Joe Biden duduk untuk mengadakan perbincangan pertama mereka secara semuka sejak Presiden A.S. itu memegang jawatan pada bulan Januari 2021.

Dalam ucapan pembukaan beliau, Xi memberitahu Biden bahawa daripada perhubungan awal dan terjalinnya hubungan diplomatik hingga ke hari ini, China dan Amerika telah menempuh tahun-tahun yang penuh dengan pelbagai peristiwa selama lebih 50 tahun, dengan keuntungan dan kerugian serta pengalaman dan pengajaran.

"Sejarah ialah buku teks terbaik," kata Xi. "Kita harus mengambilnya sebagai cermin dan membiarkannya membimbing masa depan."

Presiden Cina itu berkata bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan rakan sejawat A.S. beliau untuk mengembalikan hubungan China-A.S. ke landasan pertumbuhan yang sihat dan stabil demi manfaat kedua-dua negara dan dunia secara keseluruhan.

Xi menggesa kenegarawanan dalam era perubahan

Pertemuan yang amat dinanti-nantikan itu berlaku semasa terdapatnya pergolakan dalam hubungan China-A.S.

Keadaan semasa hubungan China-A.S. bukanlah untuk kepentingan asas kedua-dua negara dan rakyatnya, mahupun apa yang diharapkan oleh komuniti antarabangsa, kata Xi.

Sebagai pemimpin bagi dua negara yang besar, kami perlu memainkan peranan kepimpinan, menetapkan haluan yang tepat untuk hubungan China-A.S. dan meletakkannya pada trajektori menaik, beliau menambah.

"Seorang negarawan harus memikirkan dan mengetahui ke mana arah tuju untuk memimpin negaranya," kata presiden Cina kepada Biden. "Dia juga harus berfikir dan tahu bagaimana untuk bergaul dengan negara-negara lain dan dunia yang lebih luas."

Menyedari bahawa perubahan besar berlaku dengan cara yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam dunia hari ini, Xi berkata umat manusia berdepan dengan cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Dunia mengharapkan China dan Amerika Syarikat akan mengurus hubungan mereka dengan baik," kata beliau.

Kedua-dua negara berkenaan harus bekerjasama dengan semua negara yang lain untuk membawa lebih banyak harapan kepada keamanan dunia, keyakinan lebih tinggi dalam kestabilan global dan dorongan yang lebih kuat terhadap pembangunan bersama, tegas Xi.

Biden, yang berbicara terlebih dahulu berkata bahawa Amerika Syarikat dan China boleh mencari jalan untuk saling bekerjasama bagi menangani isu-isu global yang mendesak seperti perubahan iklim dan ketakjaminan makanan.

Pertemuan pada hari Isnin itu merupakan perbualan keenam antara kedua-dua presiden.

Xi berkata walaupun kedua-dua pemimpin tetap berkomunikasi melalui sidang video, panggilan telefon dan surat-menyurat, namun tiada satu pun daripadanya yang dapat menjadi pengganti sebenar perbincangan bersemuka.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-14/Xi-tells-Biden-We-must-put-China-U-S-ties-back-on-right-track-1eXnfTexDhe/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion