DOHA, Qatar, 12 Disember 2013 /PRNewswire/ --
Pemimpin dunia dan pembuat polisi berkumpul di Doha hari ini bagi membincangkan penyelesaian inovatif untuk cabaran kesihatan global yang paling mendesak semasa Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Kesihatan (WISH) yang julung-julung kalinya diadakan.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131210/658697 )
Di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikha Mozabint Nasser, Pengerusi Yayasan Pembangunan Pendidikan, Sains dan Masyarakat Qatar, WISH mengumpulkan bersama hampir 1000 penginovasi dan pembuat polisi kesihatan global termasuk ketua negeri, menteri, pegawai kanan kerajaan, pakar akademik serta pemimpin perniagaan berpengaruh dari 67 negara.
Sidang Kemuncak itu bakal membawakan rangkaian inovasi terkini yang praktikal dari seluruh dunia termasuk kemajuan teknologi, model perniagaan baharu dan penyelesaian berasaskan rekaan yang meliputi pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, kesihatan mental, penjagaan secara bertanggungjawab, data besar dan penjagaan kesihatan, rintangan terhadap antimikrob, penjagaan penghujung hayat, penglibatan pesakit serta kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Terdapat juga panel istimewa tentang Kesihatan dan Etika.
Inovasi akan dipamerkan dalam 'pod' inovasi yang canggih di samping individu yang menukarkan idea baharu ini menjadi penyelesaian yang praktikal.
Delegasi di Sidang Kemuncak itu bakal mendengar ucapan daripada para penceramah ucapan dasar yang terkemuka termasuk Simon Stevens, Presiden Global Health Division, United Health Group; Daw Aung San Suu Kyi, Pengerusi Liga Kebangsaan untuk Demokrasi Myanmar; Boris Johnson, Datuk Bandar London; dan John Dineen, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GE Healthcare.
Datuk Bandar London, Boris Johnson berkata: "Ada banyak isu kesihatan yang mempunyai kepentingan global, tetapi setiap negara di dunia ini juga menghadapi cabaran mereka sendiri. Mengumpulkan bersama pemimpin antarabangsa yang penting ialah peluang yang baik untuk bertukar-tukar idea dan belajar daripada hasil usaha yang cemerlang dan inovatif dari tempat lain."
Profesor Yang Amat Berhormat Lord Darzi dari Denham, Pengerusi Eksekutif WISH berkata: "Penjagaan kesihatan sedang menghadapi antara cabaran yang terbesar dan jika kita mahu berjaya menangani mereka, semua negara mesti mencari cara yang baharu dan inovatif untuk merawat dan mencegah penyakit. Kami mahu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menggunakan idea yang terbaik dan melaksanakannya di negara seluruh dunia, mendekatkan jurang antara apa yang kita tahu dan apa yang kita lakukan. Melalui usaha mengumpulkan bersama orang ramai dengan kuasa untuk benar-benar melakukan perbezaan, cita-cita kami adalah untuk membantu memperbaiki kesihatan orang ramai di mana-mana sahaja."
Hari kedua Sidang Kemuncak itu bakal menyaksikan pelancaran laporan Penyebaran Inovasi Global, inisiatif pemecah kebiasaan yang menyiasat dan membandingkan bagaimana sistem penjagaan kesihatan lapan negara menggalakkan, melaksanakan dan berkongsi inovasi perubatan. Penyelidikan inovatif ini melihat bagaimana Qatar, India, Brazil, UK, AS, Australia, Sepanyol dan Afrika Selatan menyebarkan idea baharu yang terbaik bagi memperbaiki penjagaan kesihatan untuk populasi mereka.
WISH menyokong matlamat dan cita-cita Yayasan Qatar serta memperkukuh peranan Qatar sebagai pusat memuncul untuk inovasi perubatan. Qatar telah berada di barisan hadapan pembaharuan semula penjagaan kesihatan di dalam rantau itu dengan pengenalan strategi kesihatan kebangsaan yang berwawasan. Sebagai sebahagian daripada misinya, Yayasan Qatar telah melancarkan sejumlah inisiatif dalam penjagaan kesihatan - daripada penyelidikan saintifik dalam perubatan ke kesihatan ibu mengandung serta penjagaan klinikal.
Jurutera Saad Al Muhannadi, Presiden Yayasan Qatar berkata: "Yayasan Qatar menzahirkan Wawasan Kebangsaan 2030 Qatar dan menyokong inisiatif yang mencipta masyarakat yang sihat dan kuat. Merangsang inovasi penjagaan kesihatan di Qatar dan di luar negara ialah bahagian yang penting dalam usaha kami di Yayasan Qatar dan saya dengan berbesar hatinya mengalu-alukan para tetamu kami yang terhormat dari pelbagai rantau ke WISH dan Qatar."
Nota kepada Editor:
1. WISH mendapat faedah daripada Tajaan Berlian oleh Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sidra, Bank Kebangsaan Qatar dan Qatar Petroleum.
2. Lapan laporan itu ialah:
Penjagaan bertanggungjawab
Kos penjagaan kesihatan sedang meningkat di seluruh dunia lebih pantas daripada kemampuan negara untuk memenuhinya. Cabarannya ialah bagaimana untuk memperlahankan kenaikan perbelanjaan sambil memperbaiki kualiti penjagaan.
Satu peralihan dasar dalam cara kita menyediakan dan membayar untuk penjagaan, agar dapat menggalakkan inovasi, memperbaiki kecekapan dan menjimatkan kos sangat diperlukan. Para pesuruhjaya penjagaan kesihatan patut menukar tumpuan daripada penyediaan perkhidmatan - berapa banyak pembedahan yang dilakukan oleh sesebuah hospital - kepada penyampaian hasil - berapa ramai pesakit yang sembuh, dengan hospital dan penyedia lain dipertanggungjawabkan untuk prestasi mereka.
Sejak tahun 2008 Singapura telah merintis program penjagaan di rumah untuk mereka yang nazak dan "rumah perubatan masyarakat" untuk mereka dengan penyakit kronik, dan ini telah mengurangkan bilangan kemasukan semula ke hospital sebanyak 40 peratus, menjimatkan $11 juta dan mengurangkan kehadiran orang ramai ke Unit Kemalangan & Kecemasan sebanyak separuh. Hasil juga telah bertambah baik sementara kuantiti "rawatan" yang diterima telah dikurangkan.
Di Hospital Ryhov di Sweden, 60 peratus daripada pesakit dialisis kini menguruskan prosedur dialisis mereka di rumah, lalu tidak mengambil tempat katil hospital serta masa doktor, dengan hasil yang lebih baik dan kesan sampingan yang lebih sedikit.
Panel pakar berkata kerajaan perlu mula membayar untuk hasil dan membantu kolaborasi antara organisasi, yang mungkin bermakna mengehadkan pilihan dan persaingan.
Data Besar dalam Kesihatan
Menukarkan kemajuan dalam sains perubatan menjadi rawatan baharu telah terbukti sukar kerana kepelbagaian kelakuan manusia yang banyak.
Dengan memantau aliran data yang dijana oleh peranti elektronik yang kita gunakan setiap hari - daripada telefon bimbit hinggalah kad ganjaran - kita boleh dapat gambaran yang jauh lebih lengkap berbanding apa yang ada selama ini.
Di AS, penyelidik di Institut Teknologi Massachusetts telah mencipta peta kampus mereka sendiri yang menunjukkan tempat risiko mendapat jangkitan yang tertinggi, dengan menjejak telefon bimbit pemilik yang mengatakan mereka menghidap demam sejuk atau demam selesema dalam temu bual.
Di Lahore, Pakistan, pakar menangani letusan wabak demam denggi yang serius dengan memplotkan kawasan bandar tempat kadar jangkitan adalah tertinggi dan menggunakan telefon bimbit bagi merakam lokasi kolam air bertakung yang kemudiannya dikosongkan atau diisi dengan ikan (untuk memakan larva nyamuk).
Tetapi "pelombongan realiti" - menjejak "kesan digital" yang ditinggalkan oleh peranti elektronik kita, yang bersama dikenali sebagai "Data Besar", mencetuskan rasa cemas kerana menunjukkan pencerobohan ke dalam kehidupan peribadi kita secara besar-besaran.
Panel pakar menyeru piagam antarabangsa bagi menggalakkan perkongsian data bagi manfaat kesihatan global, digabungkan dengan polisi privasi dan pemilikan data yang dikemas kini.
Kesihatan Mental
Penyakit mental menjejaskan ratusan juta orang seluruh dunia - namun ia juga merupakan isu kesihatan global yang paling diabaikan. Kurang 2 peratus daripada belanjawan kesihatan dibelanjakan ke atas rawatan dan pencegahan masalah kesihatan mental dalam kebanyakan negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Salah satu daripada cabaran terbesar ialah bagaimana mahu memenuhi permintaan untuk penjagaan kesihatan mental dengan sumber terhad. Di UK, 1.7 juta pesakit telah dirawat oleh pakar terapi psikologi yang dilatih khas, sebagai penambahan untuk perkhidmatan yang disediakan oleh doktor. Dua pertiga daripada jumlah itu pulih, dan skim itu mula membuahkan hasil dengan mengurangkan bilangan pekerja yang tidak mampu bekerja dan menerima pampasan penyakit. Di Chile, skim bagi memperbaiki diagnosis dan rawatan kemurungan melalui kolaborasi antara pakar psikiatri dan doktor penjagaan primer telah memperbaiki kadar pemulihan daripada 30 kepada 70 peratus dan terbukti berkesan kos.
Di beberapa tempat, teknologi baharu sedang dimanfaatkan bagi memanjangkan jangkauan pakar psikiatri yang menyediakan rawatan. Skim Terapi Kelakuan Kognitif berasaskan Internet di Australia yang digunakan oleh lebih 7,000 pesakit mempunyai kadar pemulihan sebanyak 30 peratus dan sepuluh kali lebih murah berbanding rawatan secara bersemuka.
Panel pakar menyeru untuk pembinaan tenaga kerja kesihatan mental yang berkepelbagaian, menggunakan teknologi baharu bagi meningkatkan akses, dan mengenal pasti serta merawat masalah lebih awal.
Penghujung Hayat
Kematian dan keadaan nazak ialah isu yang menjadi pantang di banyak negara. Setiap tahun, lebih 100 juta pesakit yang sakit nazak memerlukan penjagaan paliatif, namun kurang 8 peratus daripada mereka menerimanya. Penderitaan yang tidak perlu dilalui ini pada tahun terakhir hayat seseorang manusia sudah boleh dianggap sebagai tragedi global.
Panel pakar berkata negara patut menghasilkan strategi kebangsaan untuk penjagaan penghujung hayat, menjadikan penjagaan paliatif sebahagian daripada penjagaan kesihatan dan menamatkan pengehadan untuk dadah opioid bagi pesakit yang sakit nazak.
Di Columbia, polisi kebangsaan yang diperkenalkan pada tahun 2007 berikutan bengkel yang dengannya pakar penjagaan kesakitan mengenal pasti masalahnya, membawa pada peningkatan jualan ubat mirip morfin sebanyak tiga kali jualan asal dalam masa tiga tahun.
Di Ukraine, kira-kira 500,000 orang memerlukan penjagaan paliatif setiap tahun namun hanya ada sembilan hospis sahaja dengan 650 katil. Pada bulan Mei 2013, kerajaan mengendurkan undang-undang yang memerlukan empat doktor menandatangani preskripsi untuk ubat-ubatan kuat, lalu membolehkan pesakit menyimpan bekalan dadah opioid untuk 15 hari di rumah.
Di Kerala, India, rangkaian sukarelawan ditubuhkan bagi memberikan penjagaan kepada pesakit di dalam rumah mereka sendiri. Negara itu dianggap sebagai "sinar harapan" yang menyediakan dua pertiga daripada semua penjagaan paliatif di India walaupun hanya menempatkan 3 peratus daripada populasinya.
Panel pakar berkata di tempat akses perubatan barat adalah terhad, bantuan pakar perubatan tradisional patut dicari.
Rintangan Antimikrob
Kita sedang tewas dalam perjuangan menentang penyakit berjangkit kerana bakteria menjadi lebih rintang terhadap ubat-ubatan moden. Sekiranya langkah tidak diambil bagi memerangi peningkatan rintangan, dalam masa beberapa tahun lagi, pembedahan biasa seperti pembedahan penggantian tulang pinggul mungkin akan dianggap sebagai terlalu berbahaya untuk dilakukan.
"Apa yang saya ketahui menakutkan saya - bukan hanya sebagai seorang doktor tetapi sebagai seorang ibu, isteri dan kawan", kata Ketua Pegawai Perubatan England dan pengerusi panel, Profesor Dame Sally Davis.
Lebih 500,000 orang mati akibat jangkitan rintangan secara global setiap tahun. Panel itu meyeru kawal selia yang lebih ketat bagi mengehadkan penggunaan antibiotik dalam manusia dan haiwan, insentif untuk pembangunan ubat-ubatan baharu, dan kolaborasi antarabangsa bagi memantau penularan organisme rintang bagi mengurangkan "jumlah kematian yang mencemaskan" seluruh dunia.
Lebih 70 peratus antibiotik yang dihasilkan adalah untuk haiwan, tiga suku daripadanya digunakan sebagai penggalak pertumbuhan. Penggunaan bukan terapeutik ini patut diharamkan, kata panel itu.
Vaksinasi boleh membantu - vaksinasi salmon di Norway menghasilkan pengurangan sebanyak 98 peratus dalam penggunaan antibiotik.
Bilangan syarikat farmaseutikal yang membangunkan antibiotik telah menurun secara dramatik daripada 18 pada tahun 1990 menjadi lima hari ini kerana pulangan yang rendah. Harga yang lebih tinggi, paten yang lebih lama dan pendapatan yang terjamin untuk penginovasi mesti diterokai, kata panel.
Obesiti
Terdapat pandemik obesiti global yang menyebabkan tiga juta kematian dalam setahun. Ia merupakan faktor utama penyakit jantung, angin ahmar, diabetes Jenis 2 dan beberapa jenis kanser.
Antara tahun 1990 dan 2020, kematian daripada penyakit yang tidak berjangkit ini diunjurkan akan meningkat sebanyak 77 peratus, yang mengancam untuk menerbalikkan pencapaian dalam masa 50 tahun untuk jangkaan hayat dan menyebabkan beban yang berat terhadap sistem kesihatan kebangsaan.
Mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti memberi faedah bukan hanya untuk kesihatan tetapi menjangkau sehingga dalam sektor pendidikan, peruncitan, perladangan dan kewangan. Di Perancis, kajian selama 12 tahun di dua pekan, dengan salah satu daripadanya menggalakkan penglibatan daripada sekolah, ibu bapa, masyarakat dan media dalam menangani masalah obesiti menyaksikan kadar obesiti yang jauh lebih rendah berbanding pekan yang menjadi kawalan eksperimen. Inisiatif ini kemudiannya dijalankan secara besar-besaran ke 275 pekan dan bandar Eropah.
Program syarikat sosial yang beroperasi di Timur Tengah, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada dan UK mencapai pengurangan yang signifikan dalam ukuran pinggang. Program Lakukan Pemakanan Senaman Minda menggunakan kakitangan yang dilatih bagi memberikan pelajaran selama sembilan minggu tentang kehidupan aktif dan pemakanan sihat kepada keluarga yang ingin mengubah tabiat pemakanan anak-anak mereka.
Panel itu berkata menteri kesihatan mesti memperjuangkan usaha memerangi obesiti secara terbuka, menetapkan sasaran bagi perubahan dalam pemakanan dan aktiviti, menetapkan standard pelabelan makanan dan menetapkan garis panduan pemakanan.
Kecederaan Akibat Kemalangan Jalan Raya
Lebih sejuta orang mati dalam kemalangan jalan raya setiap tahun dan jutaan lagi mengalami kecederaan. Antara negara yang paling teruk terjejas mempunyai ekonomi yang pesat membangun di Timur Tengah - di Qatar, kematian akibat kemalangan jalan raya jauh melebihi kematian akibat kanser atau penyakit jantung.
Walaupun manfaat tali pinggang keledar telah disedari selama 40 tahun, hanya 69 peratus daripada populasi dunia dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang tali pinggang keledar.
Antara inovasi yang dicadangkan ialah pengesan alkohol di dalam kereta, peranti perlindungan kepala berbusa untuk kerusi kanak-kanak, pengharaman menghantar SMS semasa memandu dan zon kelajuan rendah di kawasan kediaman.
Di Victoria, Australia, strategi Tiba dengan Selamat dilancarkan pada tahun 2001, dengan penglibatan polis yang lebih hebat dan kamera kelajuan tambahan, mengurangkan kematian sebanyak 16 peratus dalam masa tiga tahun seterusnya dan sebanyak 40 peratus di zon kelajuan rendah Melbourne.
Di Sao Jose dos Campos, Brazil, perkongsian antara masyarakat, kerajaan dan perniagaan tempatan bagi melaksanakan penaikan taraf keselamatan jalan raya, meningkatkan kesedaran orang awam dan mengetatkan penguatkuasaan membawa kepada penurunan sebanyak 41 peratus dalam kemalangan maut antara 2010 dan 2011 walaupun dengan peningkatan sebanyak 9 peratus dalam bilangan kenderaan.
Semua kerajaan patut mengamalkan standard WHO untuk keselamatan jalan raya, menetapkan undang-undang bagi menguatkuasakannya dan berkomunikasi tentang risikonya terhadap populasi mereka, kata panel.
Penglibatan Pesakit
Menteri kesihatan sedang menghadapi banyak kemungkinan yang bermacam-macam bagi memperbaiki kesihatan negara mereka. Namun pakar yang paling penting - orang biasa yang menguruskan kesihatan mereka sendiri - sering kali diabaikan daripada soal ini.
Dengan bertambahnya komunikasi elektronik, Internet dan media sosial, pesakit kini semakin lantang menyuarakan keadaan mereka. Bagi kesihatan mental, penjagaan penghujung hayat dan rintangan antimikrob, semuanya merupakan alat yang berkuasa bagi memperbaiki kualiti dan mengurangkan kos.
Kaji selidik yang melibatkan 11 negara dijalankan di Australia, Eropah dan Amerika Utara pada tahun 2011 mendapati pesakit yang terlibat dalam penjagaan mereka melaporkan kualiti yang lebih tinggi, lebih sedikit kesilapan dan lebih banyak pandangan positif tentang sistem kesihatan itu.
Persatuan Keselamatan Pesakit Denmark menjalankan kempen "Tanyalah Saja" bagi mengatasi ketakutan bercakap kepada golongan doktor dan menggalakkan pesakit bertanya soalan tentang penjagaan mereka. Kajian menunjukkan 86 peratus daripada golongan yang disasarkan mempunyai komunikasi dua hala yang lebih baik dengan kakitangan perubatan.
WHO sedang membangunkan senarai semak untuk digunakan golongan ibu sewaktu 7 hari pertama yang berisiko tinggi dalam hidup bayi mereka yang baru lahir, bagi membantu mereka membuat keputusan apabila perlu mendapatkan bantuan perubatan kecemasan.
Panel menyeru organisasi penjagaan kesihatan melantik penasihat pesakit dan keluarga bagi membantu memperbaiki kualiti dan menetapkan polisi dan akan mengatakan yang kakitangan penjagaan kesihatan patut sering melibatkan pesakit serta keluarga mereka dalam proses membuat keputusan.
3. Laporan forum boleh didapati di http://www.wish-qatar.org/reports/2013-reports
4. Bagi pertanyaan media lanjut sila hubungi media@wish-qatar.org
5. Latar Belakang WISH:
Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Kesihatan (WISH) yang bakal julung kali diadakan di Doha, Qatar pada 10-11 Disember 2013 bakal membawakan bersama ketua negara, menteri, pegawai kanan kerajaan, golongan akademik dan pemikir, serta para pemimpin perniagaan yang paling berpengaruh, bagi merangsang pelaksanaan penyelesaian yang praktikal, mampan dan inovatif bagi menangani cabaran kesihatan global.
Tujuan WISH adalah untuk menggalakkan kolaborasi dan inovasi dalam polisi kesihatan, sistem kesihatan dan penyampaian penjagaan kesihatan, bagi mendekatkan jurang antara apa yang kita tahu dan apa yang kita lakukan dalam bidang penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan.
WISH adalah selaras dengan misi dan wawasan Yayasan Qatar dan Wawasan Kebangsaan Qatar 2030 dan bertindak untuk menyerlahkan peranan Qatar yang semakin menonjol sebagai pusat memuncul untuk inovasi penjagaan kesihatan. Sambil negara itu berdiri di barisan hadapan pembaharuan semula penjagaan kesihatan negara itu, Yayasan Qatar telah memulakan beberapa inisiatif penyelidikan-kesihatan yang berharapan cerah, termasuk perkongsian dengan Kolej Perubatan Weill-Cornell, Biobank Qatar, Pusat Pembedahan Robotik Qatar, Pusat Penyelidikan Kardiovaskular Qatar, Bank Virgin Health, dan Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sidra.
Bagi maklumat lanjut tentang WISH, sila lawati http://www.wish-qatar.org/.
6. Latar Belakang Yayasan Qatar
Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti ialah organisasi swasta tanpa untung yang menyokong Qatar dalam perjalanannya daripada ekonomi karbon menjadi ekonomi berilmu dengan menerokai potensi manusia untuk memanfaatkan bukan sahaja Qatar, tetapi juga dunia. Setelah diasaskan pada tahun 1995 oleh Yang Amat Mulia Sheikh Hamad Bin Khalifa Al Thani, Emir Qatar, Yayasan Qatar dipengerusikan oleh Yang Amat Mulia Sheikha Mozabint Nasser.
Yayasan Qatar melaksanakan misinya melalui tiga tiang strategik: pendidikan, sains dan penyelidikan, dan pembangunan masyarakat. Tiang pendidikan Yayasan Qatar membawakan universiti bertaraf dunia ke Qatar bagi membantu mencipta sektor pendidikan yang dengannya golongan muda boleh membangunkan sikap dan kemahiran yang diperlukan untuk ekonomi berilmu. Sementara itu, tiang sains dan penyelidikannya membina kemampuan inovasi dan teknologi Qatar dengan membangunkan dan mengkomersilkan penyelesaian melalui sains penting. Akhirnya, tiang pembangunan masyarakatnya membantu merangsang masyarakat yang progresif sambil mempertingkatkan hidup berbudaya, melindungi warisan Qatar dan menangani keperluan sosial masyarakat yang terdekat.
Bagi senarai penuh inisiatif dan projek Yayasan Qatar, lawati http://www.qf.org.qa.
Bagi maklumat lanjut tentang Yayasan Qatar sila hubungi pejabat akhbar kami di: pressoffice@qf.org.qa
7. Latar Belakang Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sidra
Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sidra, kini sedang dalam pembinaan di Doha, Qatar, bakal menjadi hospital, institusi penyelidikan dan pendidikan yang memecah kebiasaan, memberi tumpuan terhadap kesihatan dan kebajikan wanita dan kanak-kanak di rantau itu serta di seluruh dunia. Sidra bakal menjadi fasiliti yang digital sepenuhnya, menyepadukan aplikasi teknologi maklumat yang paling maju dalam fungsi klinikal, penyelidikan dan perniagaan. Pada awalnya Sidra akan mempunyai 400 katil dengan prasarana bagi membolehkan perluasan ke 550 katil dalam fasa berikutnya.
Sidra mewakili wawasan Yang Amat Mulia Sheikha Mozabint Nasser yang bertindak sebagai Pengerusinya. Fasiliti berteknologi tinggi itu bukan sahaja akan menyediakan penjagaan kesihatan bertaraf dunia tetapi juga akan membantu membina kepakaran dan sumber saintifik Qatar. Sidra akan mendapat pembiayaan sebanyak AS$7.9 bilion daripada Yayasan Qatar, salah satu daripada pembiayaan terbesar seumpamanya di dunia.
Sidra adalah sebahagian daripada persekitaran penyelidikan dan pendidikan yang dinamik di Qatar yang melibatkan institusi antarabangsa yang menerajui, seperti rakan akademik Sidra Kolej Perubatan Weill Cornell di Qatar. Melalui perkongsian yang kuat dengan institusi yang menerajui seluruh dunia, Sidra sedang mencipta ekosistem intelektual bagi membantu memajukan penemuan saintifik melalui pelaburan dalam penyelidikan perubatan.
Sidra bakal mempunyai struktur kerja yang tersendiri dengan kolaborasi antara profesional di pusatnya, menyediakan penjagaan holistik terbaik untuk pesakit dan persekitaran pembelajaran yang tiada tandingan untuk para profesional perubatannya. Sidra akan menggabungkan yang terbaik dalam rekaan, teknologi, pengendalian dan amalan daripada pusat perubatan seluruh dunia - bagi menawarkan kakitangannya satu persekitaran yang biasa namun luar biasa.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Doha, Qatar (EST +7 jam)
Cik Noor Al Kobaisi
nalkobaisi@sidra.org
http://www.sidra.org
Sumber: Yayasan Qatar