omniture

Ekstrak Ginseng Merah 'EVERYTIME' digemari ramai di seluruh dunia - Pengambilan mudah di mana-mana, bila-bila masa

KGC (Korea Ginseng Corp.)
2022-11-16 14:10 201
  • Produk ginseng merah wakilan Korea yang telah terjual lebih 400 juta jejari pada nilai KRW1 trilion menyambut ulang tahun ke-10nya
  • Dengan bungkusan jejari mudah dan senang dibawa yang digemari ramai di seluruh dunia, apatah lagi golongan muda Korea

SEOUL, Korea Selatan, 16 November 2022 /PRNewswire/ -- Ekstrak Ginseng Merah KGC (Korea Ginseng Corp.) EVERYTIME melepasi jualan kumulatif KRW1 trilion, lantas mencatat sejarah baharu dalam industri ginseng merah Korea.

Red Ginseng Extract 'EVERYTIME'
Red Ginseng Extract 'EVERYTIME'

Dilancarkan dalam bulan September 2012, Ekstrak Ginseng Merah EVERYTIME telah menyambut ulang tahun ke-10nya pada tahun ini. Sejak 10 tahun yang lalu, lebih 400 juta jejari terjual yang berjumlah lebih KRW1.2 trilion, yang diterjemahkan kepada 1.2 jejari sesaat.

Bungkusan jejari pertama seumpamanya yang menarik minat golongan berumur 20-an dan 30-an dalam industri ginseng merah

Ekstrak Ginseng Merah EVERYTIME ialah ekstrak ginseng merah Korea yang dicampurkan dengan air bersih dalam bungkusan mudah dibawa untuk pengambilan pantas. Ia merupakan produk pertama yang didatangkan dalam pek jejari. Namanya, EVERYTIME turut membayangkan pengambilan yang mudah di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Ia sesuai khususnya dengan gaya hidup Generasi MZ yang mementingkan kesihatan dari usia muda, lalu mendapat populariti yang tinggi. Sebenarnya, proposisi jualan Korea Ginseng Corp kepada Generasi MZ meningkat kepada 15% baru-baru ini, daripada sekitar 5% pada tahun 2012 selepas pelancaran EVERYTIME.

Popular sebagai hadiah dalam talian dan di luar negara selaras dengan populariti kandungan-Korea

Di Korea, Ekstrak Ginseng Merah EVERYTIME lebih hangat dalam talian. Ia disenaraikan secara konsisten pada kedudukan yang tinggi untuk "hadiah paling dicari-cari" dalam Kakao Talk Gift Service, yang merupakan perkhidmatan perdagangan wakilan Korea. Ia juga dikatakan telah mendorong trend baharu iaitu menghadiahkan makanan tambahan kesihatan melalui SNS.

Ekstrak Ginseng Merah EVERYTIME turut diposisikan sebagai produk ginseng merah wakilan di luar Korea. Ia merupakan hasil daripada minat global yang meningkat terhadap imuniti selepas wabak COVID-19 dan saluran jualan terpelbagai seperti e-dagang. Jualan luar negara bagi Ekstrak Ginseng Merah EVERYTIME pada tahun 2021 nampaknya meningkat kira-kira 30% berbanding tahun sebelumnya.

Ekstrak Ginseng Merah EVERYTIME diterima dengan sangat baik di Asia, khususnya. Antara produk-produk KGC (Korea Ginseng Corp.), Ekstrak Ginseng Merah EVERYTIME merupakan produk paling laris terjual di enam negara dan wilayah Asia termasuk Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Vietnam. Hal ini dikatakan demikian kerana anak muda di seluruh dunia telah menyaksikan ramai selebriti Korea mengambil EVERYTIME dalam pelbagai drama dan rancangan, selain keberkesanan unggul ginseng merah KGC.

Source: KGC (Korea Ginseng Corp.)
Related Stocks:
Korea:033780 OTC:KTCIY
Keywords: Electronic Commerce Food/Beverages Health Care/Hospital Retail Supplementary Medicine New products/services Sales reports