omniture

Kawasan Pergunungan Lushan yang Indah: Hentian Pertama untuk Jelajah Media Besar bagi Menukarkan Daerah Jiangxi menjadi Destinasi Pelancongan yang Menerajui

Lushan Tourism Co., Ltd.
2013-12-13 14:29 109

LUSHAN, China, 13 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pada 23 November, jelajah media besar, "China yang Indah - Tumpuan Media Berita Pusat: Menukarkan Jiangxi menjadi Destinasi Pelancongan yang Menerajui," yang dianjurkan bersama oleh Berita Pelancongan China dan Pentadbiran Pelancongan Daerah Jiangxi, telah dilancarkan di kawasan Pergunungan Lushan yang indah, daerah Jiangxi. Dalam minggu berikutnya, kumpulan temu bual telah mengendalikan temu bual lapangan di tapak pemandangan indah yang utama di serata daerah itu, dengan tumpuan terhadap membina Jiangxi menjadi destinasi pelancongan yang menerajui.

Semasa upacara pelancaran, Wang Xiaofeng, pengarah Pentadbiran Pelancongan Daerah Jiangxi, berkata yang pada tahun-tahun kebelakangan ini, Jiangxi telah mencapai hasil yang membawa manfaat daripada usaha mempromosikan jenama pelancongannya "Landskap di Jiangxi Tiada Tandingan," melalui pengayaan lanjut sumber pelancongannya yang sudah sedia kaya serta penaikan taraf tempat penginapan pelancong. Suruhanjaya daerah dan kerajaan Jiangxi baru-baru ini telah mengeluarkan garis panduan tentang cara untuk melancarkan lagi pembinaan Jiangxi menjadi destinasi pelancongan yang menerajui dengan tumpuan utama terhadap pembangunan hijau. Garis panduan itu dengan terperincinya mengusulkan untuk menukarkan model pembangunan industri pelancongan dengan menghapuskan kebergantungannya ke atas model ekonomi pacuan tiket, dan dengan itu, akan mampu membuat perubahan sepenuhnya terhadap industri itu sendiri sebagai sebahagian daripada matlamatnya bagi membina daerah itu menjadi destinasi utama di China.

Bagi meningkatkan lagi kesedaran awam untuk jelajah "China yang Indah", Berita Pelancongan China telah merancang dan menganjurkan siri acara, termasuklah temu bual lapangan, kepopularan undian destinasi, forum serta pertandingan fotografi dan esei yang bakal menaikkan lagi nama destinasi serta jadual perjalanan pelancongan yang menarik di serata negara itu, lalu menunjukkan dengan jelas sumbangan bidang pelancongan terhadap China. Sebagai sebahagian daripada aktiviti itu, segmen temu bual lapangan akan menjemput outlet media utama China termasuk CCTV, penulis blog terkenal, orang lama bidang pelancongan dan para penulis ternama yang akan mengendalikan temu bual di tapak pemandangan indah paling mengagumkan di seluruh China dalam langkah bagi membantu mendekatkan masyarakat dengan pemandangan dan landskap yang paling memukau di seluruh negara itu melalui foto dan esei yang menawan hati dan minda. Tambahan lagi, destinasi pelancongan dan jadual perjalanan yang popular dan paling berjaya menzahirkan keindahan China akan dipilih pada penghujung tahun ini melalui undian awam dan akan diumumkan sewaktu Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan China tahunan ke-3 Januari hadapan.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Yan Jingwei
+86-150-7928-8180
502748342@qq.com

Source: Lushan Tourism Co., Ltd.
Keywords: Advertising Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel Conservation/Recycling