SINGAPURA, 13 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Strontium Technology telah melancarkan pemacu USB On-The-Go untuk telefon pintar dan tablet. Pemacu USB yang kecil ini mempunyai USB standard pada satu hujung dan satu USB mikro pada hujung satu lagi, agar ia boleh diakses terus daripada komputer atau apa-apa telefon pintar atau tablet yang disokong OTG.
PEMACU USB ON-THE-GO STRONTIUM: http://www.strontium.biz/on-the-go-usb-pic
"Dengan pemacu USB On-The-Go Strontium, para pengguna boleh memindahkan fail dengan mudah antara telefon pintar, tablet dan komputer. Mereka boleh menyalin lagu, gambar dan filem daripada komputer dan memainkannya pada telefon pintar atau tablet mereka apabila mereka berada di luar rumah atau pejabat. Mereka juga boleh menyalin fail daripada satu telefon pintar/tablet ke satu lagi telefon pintar/tablet lain tanpa memerlukan WIFI atau menyambungkannya pada komputer. Mereka juga boleh menjadi pilihan simpanan untuk telefon pintar tanpa slot kad memori MicroSD. Pemacu USB On-The-Go kami ialah pemacu OTG yang paling kecil di pasaran, jadi anda tidak perlu mempunyai peranti yang besar dipasang pada telefon anda," kata En. Vivian Singh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Strontium Technology.
Pemacu USB On-The-Go Strontium boleh didapati dalam kapasiti 8GB hingga 64GB dan didatangkan dengan jaminan selama 5 tahun.
Latar Belakang Strontium Technology:
Strontium Technology Pte Ltd ialah syarikat pengeluaran memori kilat dan PC dengan ibu pejabat di Singapura. Operasinya tersebar ke pelbagai kawasan luas di seluruh Australia, New Zealand, Asia Tenggara, India, Afrika, Timur Tengah, AS, Kanada dan Amerika Latin. Secara keseluruhannya, syarikat itu mengekalkan kehadiran pasaran yang kukuh di lebih 35 negara. Strontium Technology mempunyai rangkaian antarabangsa yang terdiri daripada pengedar, penjual, peruncit dan pelanggan OEM.