BEIJING, 18 November 2022 /PRNewswire/ -- Membina permuafakatan global dan mengukuhkan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi dunia merupakan tugas yang kritikal untuk Sidang Kemuncak G20 kali ke-17, dengan tema "Pulih Bersama, Pulih Lebih Mantap."
Sebagai daya penggerak baharu untuk pertumbuhan ekonomi global, ekonomi digital mempunyai kepentingan yang besar. Nilai tambahan ekonomi digital dalam 47 negara di serata dunia mencapai $38.1 trilion pada tahun 2021, dengan peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan yang bertajuk "Laporan Pembangunan Internet Dunia 2022".
Berlatarbelakangkan hal ini, pada hari Rabu, China menyeru anggota-anggota G20 untuk saling bekerjasama bagi menyemarakkan kerjasama digital agar membolehkan hasil pembangunan ekonomi digital memberi faedah kepada rakyat di semua negara.
Membina paradigma ekonomi digital global
China bersiap sedia untuk terus bekerjasama dengan anggota-anggota G20 untuk bersama-sama membina paradigma ekonomi digital global yang membawa manfaat buat semua, keseimbangan, penyelarasan, keterangkuman, kerjasama yang saling menguntungkan dan kemakmuran bersama, kata Presiden Cina Xi Jinping semasa menghadiri dan berucap di sidang kemuncak tersebut di pulau peranginan Bali, Indonesia,.
Multilateralisme harus didukung, tegas Xi, menyeru kerjasama antarabangsa yang diperkukuh.
Menyatakan bahawa pembangunan harus diutamakan, presiden Cina berkata jurang digital harus dirapatkan dan inovasi harus berperanan sebagai daya penggerak untuk mendorong pemulihan pasca-pandemik.
Semasa Sidang Kemuncak G20 Hangzhou 2016, buat julung kalinya China merangkumkan ekonomi digital ke dalam agenda G20, berjanji untuk menginovasi corak pembangunan dan memanfaatkan potensi pertumbuhan.
Di sidang-sidang kemuncak kumpulan ini yang berikutnya dalam tahun 2017 dan 2018, pemimpin-pemimpin dunia turut mengadakan perbincangan yang ekstensif tentang cara untuk mengukuhkan kerjasama bagi membangunkan ekonomi digital sekali gus menangani cabaran yang dicetuskan oleh teknologi baharu.
Selama beberapa tahun ini, pelbagai sidang kemuncak G20 menunjukkan dengan jelas bahawa ekonomi digital merupakan pemacu pertumbuhan ekonomi global yang semakin penting dan G20, yang melibatkan ekonomi-ekonomi besar dunia, mewakili penggerak utama dalam pembangunan ekonomi digital.
China beraksi
Presiden Cina turut menekankan bahawa China akan terus bekerjasama dengan anggota-anggota G20 bagi memupuk landskap ekonomi digital global yang "seimbang, diselaras dan inklusif" yang membawa manfaat kepada semua dan menampilkan kerjasama yang saling menguntungkan dan kemakmuran bersama.
China melancarkan inisiatif untuk membina Jalan Sutera Digital dan mengenal pasti ekonomi digital sebagai bidang kerjasama yang penting di bawah Inisiatif Pembangunan Global, menurut Xi.
China telah mencadangkan Pelan Tindakan G20 terhadap Inovasi dan Kerjasama Digital yang bertujuan untuk menggalakkan aplikasi teknologi digital yang inovatif dan menjadikan hasil inovasi bermanfaat buat semua dan dikongsi oleh semua serta mengalu-alukan penyertaan daripada semua pihak, kata Xi.
China, sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia dan negara sedang membangun yang terbesar, meletakkan kepentingan yang tinggi untuk membangunkan ekonomi digital dan pembangunan digitalnya akan menyuntik dorongan baharu ke dalam pemulihan ekonomi global dan mencipta peluang yang baharu demi pembangunan bersama.
Sepanjang dekad yang lalu, China telah menyaksikan kemajuan yang luar biasa dalam ekonomi digitalnya, nilai yang mencecah 45.5 trilion yuan (kira-kira $6.3 trilion) pada tahun 2021, menyumbang sebanyak 39.8 peratus daripada KDNK negara ini, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Chinese Academy of Cyberspace Studies pada 9 November.
Menjelang bulan Jun 2022, terdapat 1.05 bilion pengguna internet di China sementara kadar penembusan internet telah mencapai 74.4 peratus, seperti yang dinyatakan oleh kertas putih yang bertajuk "Membina Secara Bersama Komuniti dengan Masa Depan Dikongsi Bersama dalam Ruang Siber," yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara China pada 7 November lalu.
Negara ini mengehoskan rangkaian 5G yang terbesar di dunia dan merupakan salah satu peneraju global bagi standard dan teknologi 5G, dengan 1.85 juta menara sel 5G dan 455 juta pelanggan telefon bimbit 5G, menurut kertas putih tersebut.
Sungguhpun begitu, Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-25) dan objektif-objektif jangka panjang sehingga tahun 2035 yang memetakan pelan tindakan untuk perjalanan baharu negara ini menuju pembinaan penuh sebuah negara sosialis moden, menunjukkan dengan jelas bahawa China akan terus berusaha untuk mempromosikan ekonomi digital.
Negara ini menyasarkan untuk meningkatkan proposisi nilai tambah industri-industri ekonomi digital teras dari segi KDNKnya kepada 10 peratus pada tahun 2025, meningkat daripada 7.8 peratus dalam tahun 2020, menurut rancangan tersebut.
Menjelang tahun 2025, China akan menyaksikan transformasi digital dalam industri-industri mencapai tahap baharu, perkhidmatan awam digital akan menjadi lebih inklusif dan sistem tadbir urus ekonomi digital akan bertambah baik dengan ketara, menurut rancangan tersebut.