omniture

TCL Inspirasikan Dunia Mengejar Kehebatan dan Menikmati Setiap Detik Musim Sukan Terbaik

TCL Electronics
2022-11-18 10:00 339

TCL menawarkan pengalaman menonton imersif dan peluang mengujakan untuk berinteraksi dengan duta-duta jenama semasa acara bola sepak paling hebat di dunia

HONG KONG, 18 November 2022 /PRNewswire/ -- Berjuta-juta peminat sukan di seluruh dunia sedang mengira detik menjelang bermulanya acara sukan bola sepak terhebat di dunia pada 20 November ini. Sebagai pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global dan penyokong sukan sekian lama, TCL tidak sabar-sabar untuk meningkatkan pengalaman peminat untuk acara yang padat dengan aksi ini dan menginspirasikan kehebatan. TCL bukan sahaja mempunyai barisan pemenang TV QLED Mini LED yang menawarkan pengalaman menonton yang luar biasa untuk peminat menonton di rumah, bahkan ia akan turut melancarkan pelbagai aktiviti dalam talian dan luar talian yang mengujakan sepanjang berlangsungnya 'festival bola sepak' yang terbesar di dunia ini.


*Sila klik pautan ini untuk imej dengan resolusi tinggi

Pengalaman Menonton 'Tepi-Padang' Premium

TCL telah mengkhusus untuk teknologi Mini LED sejak tahun 2018 dan siri TV TCL 2022nya menawarkan pilihan TV yang amat luas daripada model teras hinggalah model unggulan bagi memaksimumkan keseronokan menonton. Generasi terkini teknologi Mini LED TCL menyampaikan tontonan peringkat seterusnya yang imersif dengan kontras yang tinggi, kecerahan lebih baik, profil yang amat nipis dan banyak lagi zon pemalapan setempat. Dengan kawalan cahaya ultra-tepat 16-bit, teknologi Mini LED TCL memastikan warna-warna yang lebih diperkaya dan perincian yang lebih realistik di dalam bilik gelap atau cahaya siang yang paling terang. Sementara itu, teknologi cahaya belakang Mini LED TCL dan kadar segar semula yang tinggi hingga 144Hz memastikan objek bergerak pantas menjadi lebih jelas dan lebih tajam pada skrin. Hasilnya ialah kualiti gambar luar biasa yang meletakkan penonton di tengah-tengah aksi bagi membuatkan mereka berasa seperti berada di tepi padang untuk parti bola sepak global ini.

Untuk pengalaman pawagam rumah yang terbaik, XL Collection dengan paparan TV besar termasuk paparan 85-inci dan TV QLED TCL 98-inci, menampilkan teknologi warna Quantum Dot. TV Siri-C terkini TCL juga menawarkan kualiti gambar yang luar biasa dan merangkumi TV Mini LED 4K Premium EISA menyeluruh C835 dengan Dolby Atmos untuk bunyi yang mengasyikkan.

Sertai Demam Bola Sepak bersama Duta Jenama TCL 

Menjelang acara tersebut, TCL membariskan skuad utama duta-duta jenama bola sepak 2022 TCL: Pemain antarabangsa Brazil Rodrygo, pemain antarabangsa Inggeris Phil Foden; pemain antarabangsa Sepanyol Pedri dan Raphael Varane dari Perancis. Tatkala pasukan-pasukan kebangsaan mereka bertarung habis-habisan untuk menempah tempat dalam pusingan akhir, empat bintang bola sepak ini akan menjadi bahagian yang penting dalam kempen dalam talian global TCL semasa berlangsungnya acara bola sepak ini.

TCL akan menjemput para peminat untuk mengikuti dan memberi sorakan kepada duta kegemaran mereka, berkongsi minat mereka terhadap bola sepak dan memanfaatkan sepenuhnya setiap detik sukan bola sepak.

Sorak Pasukan Kegemaran Anda

Menambah kepada keseronokan untuk bersorak bersama-sama dalam talian, TCL akan melancarkan penapis kreatif, permainan dan cabaran melalui saluran media sosial termasuk Tik Tok dan Kwai. Di Instagram, TCL membolehkan peminat memilih daripada pelbagai penapis AR yang berwarna-warni untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pasukan dan pemain kegemaran mereka.

TCL akan turut melancarkan siri jerayawara timbul yang membolehkan peminat berhimpun dalam suasana karnival dan berkongsi pengalaman bola sepak, secara peribadi, di seluruh dunia.

Nantikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti dalam talian dan luar talian TCL dan bersiap sedia untuk memberi sorakan kepada pasukan kegemaran anda, pemain dan duta jenama TCL dan raikan setiap gol acara sukan global yang hebat ini.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Sporting Events Sports Television