WASHINGTON, 13 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Ahli lembaga pengarah Export-Import Bank bagi Amerika Syarikat (Ex-Im Bank) hari ini menggunakan semakan untuk prosedur berkaitan alam sekitar dan garis panduan miliknya yang merangkumi projek intensiti karbon tinggi, agar Bank itu selari dengan matlamat Presiden Obama untuk mengurangkan pencemaran karbon, di samping mengekalkan tumpuan Bank terhadap bantuan serta sokongan berterusan bagi pekerjaan berkaitan eksport Amerika.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110414/MM83673LOGO)
"Hanya Bank ini dan lembaga pengarahnya yang paling banyak menyokong eksport A.S. serta pekerjaan untuk rakyat Amerika yang berjaya diwujudkan dan dikekalkan daripadanya. Sejak tahun 2009, kami telah membantu mewujudkan hampir 1.2 juta pekerjaan," ujar Fred P. Hochberg, pengerusi dan presiden Ex-Im. "Namun, kami tidak mampu melaksanakannya tanpa mengambil kira kos persekitaran yang berkaitan dengan transaksi."
Garis panduan yang disemak semula dan digunakan pada hari ini memerlukan penangkapan dan penyimpanan karbon di kebanyakan negara agar menjamin kewangan Bank untuk loji kuasa arang batu, namun memberikan fleksibiliti kepada Bank berkenaan dengan mengambil kira keperluan tenaga yang penting untuk negara paling miskin di dunia.
Semakan polisi telah digubal oleh kakitangan Ex-Im Bank dan diulas secara menyeluruh oleh para pengeksport, masyarakat umum, kumpulan alam sekitar yang menerajui, pihak Pentadbiran dan agensi persekutuan lain menerusi proses pemeriksaan yang menyeluruh dan telus.
"Bank ini terlibat dengan tindakan pengimbangan penting memandangkan kami perlu mengambil kira impak yang mungkin terhadap alam sekitar yang berkaitan dengan kewangan kami, dalam usaha menyokong para pengeksport kami," kata Hochberg. "Tindakan pengimbangan ini merupakan mandat Kongres dan suatu arahan dalam Piagam kami, yang merupakan sebahagian daripada misi kami dan sesuatu yang kami ambil serius."
Hochberg berkata, "Garis panduan kami yang disyorkan ini dapat mengimbangi obligasi Bank kepada pihak berkepentingannya yang berbeza-beza dan juga usahanya bagi menyokong pertambahan pekerjaan berkaitan dengan eksport di A.S."
"Tanpa garis panduan atau had, pertambahan loji arang batu baharu yang berterusan di seluruh dunia hanya akan terus menyebabkan peningkatan pencemaran karbon terhadap udara," ujar Hochberg. "Walau bagaimanapun, Amerika tidak dapat membendungnya secara bersendirian. Saya amat menyokong usaha pihak Pentadbiran untuk mewujudkan persetujuan antarabangsa supaya negara lain akan mengikut jejak kami dalam menyekat pembiayaan loji kuasa arang batu baharu."
Ex-Im ialah peneraju agensi kredit eksport (ECA) di dunia dalam usaha menggunakan langkah untuk melindungi alam sekitar, di samping membiayai kegiatan eksport.
Semakan garis panduan yang diluluskan pada hari ini bukanlah untuk mengganggu projek perlombongan atau eksport arang batu yang dihasilkan oleh pelombong arang batu Amerika. Kakitangan Ex-Im telah bekerjasama dengan agensi lain bagi memastikan fleksibiliti garis panduan ini adalah konsisten dengan garis panduan agensi persekutuan yang lain.
Di samping meluluskan semakan garis panduan alam sekitar miliknya, pada hari ini, lembaga pengarah turut meluluskan beberapa transaksi yang dapat menyokong lebih 11,200 pekerjaan berkaitan eksport A.S.
LATAR BELAKANG EX-IM BANK:
Ex-Im Bank merupakan agensi persekutuan bebas yang mewujudkan dan mengekalkan pekerjaan di A.S. dengan merapatkan jurang yang wujud dalam kewangan eksport swasta tanpa sebarang kos untuk para pembayar cukai Amerika. Sejak lima tahun lalu (dari Tahun Fiskal 2008), Ex-Im Bank telah memperoleh hampir $1.6 bilion untuk pembayar cukai A.S. yang melebihi kos operasi. Bank tersebut menawarkan pelbagai mekanisme kewangan termasuk jaminan modal kerja, insurans eksport-kredit dan kewangan yang membolehkan pembeli asing mendapatkan barangan dan perkhidmatan di A.S.
Ex-Im Bank meluluskan jumlah kebenaran sebanyak $35.8 bilion pada TF 2012, yang merupakan rekod Ex-Im yang tiada tandingan. Jumlah ini termasuk lebih $6.1 bilion bagi membantu jualan eksport perniagaan kecil-kecilan secara langsung, yang turut merupakan rekod bagi Ex-Im. Jumlah kebenaran Ex-Im Bank membantu kira-kira $50 bilion jualan eksport A.S. dan kira-kira 255,000 pekerjaan di Amerika untuk penduduknya di seluruh negara. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.exim.gov.