omniture

BEYONCÉ Kini Boleh Didapati di Serata Dunia

Parkwood Entertainment/Columbia Records
2013-12-14 12:06 127

-- 14 LAGU - 17 VIDEO TERKINI

-- ALBUM VISUAL

-- KINI BOLEH DIDAPATI MENERUSI KEDAI iTUNES

-- www.iTunes.com/beyonce

NEW YORK, 14 Disember 2013  /PRNewswire/ -- Parkwood Entertainment/Columbia Records -- Album studio solo kelima daripada Beyoncé kini boleh didapati di seluruh dunia, secara eksklusif melalui Kedai iTunes (www.iTunes.com/beyonce). Album dengan nama beliau sendiri sebagai judulnya merupakan album visual pertama bagi Beyoncé. BEYONCÉ padat dengan 14 lagu baharu dan 17 video hebat dan menarik dari segi visual yang dirakamkan di serata dunia, bermula dari Houston ke New York City hinggalah ke Paris dan Sydney ke Rio de Janeiro, kesemuanya dilakukan sebelum pelancaran album ini.

"Saya dapat melihat muzik," ujar Beyoncé tentang keputusan beliau untuk pembikinan album visual. "Muzik adalah lebih daripada apa yang saya dengar. Apabila saya berhubung dengan sesuatu, dengan pantasnya saya akan melihat visual atau siri imej yang berkaitan dengan perasaan atau emosi, kenangan daripada zaman kanak-kanak saya, pandangan tentang kehidupan, angan-angan atau fantasi saya. Kesemua ini terhubung dengan muzik."

Album ini boleh didapati sejak hari pelancarannya diumumkan lagi, lalu menjadikannya strategi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh artis tersebut bagi menyampaikan muzik dan kandungan visual secara terus kepada para peminat beliau, mengikut kehendak beliau dan tanpa sekatan. Pendekatan tersendiri ini membolehkan para peminat muzik menjadi yang pertama untuk mendengar, menonton, berhubung dan membentuk pendapat sendiri mereka tanpa gangguan. Pada zaman media sosial dan kemahuan yang tidak terhingga terhadap komunikasi terus, inilah jawapan untuk soalan yang sering ditanyakan berkali-kali, bilakah album Beyoncé seterusnya akan dikeluarkan?

"Saya mahu melancarkan muzik ini dengan cara yang belum pernah saya lakukan sebelum ini," kata beliau. "Saya sudah bosan dengan cara sebelum ini. Dengan kaedah baharu ini, saya seolah-olah dapat berbicara secara terus dengan para peminat saya. Terlalu banyak halangan antara muzik, artis dan peminat. Saya merasakan seperti tidak mahu pihak lain menyampaikan maklumat pelancaran album saya. Saya mahu album ini dilancarkan pada saat ia benar-benar bersedia, daripada saya untuk para peminat."

Projek ini benar-benar mementingkan seni daripada gembar-gembur, yang bebas daripada gimik, cuitan dan kempen pemasaran.

Bermula dari saat ini, BEYONCÉ boleh didapati di serata dunia dan secara eksklusif melalui Kedai iTunes (www.itunes.com/beyonce).

Sebagai artis yang sentiasa menjadi buruan, projek ini dirangka dengan pelan pencegahan yang direka sepenuhnya. Album yang ditawarkan ini adalah sebagai hasil kerja bersama setiap lagu dan video yang kesemuanya boleh didapati hanya dengan sekali pembelian.

Memandangkan album ini bukan album berkonsep, album rekod ini diciptakan khas dengan audio/visual yang komprehensif secara keseluruhannya. Sebagai antitesis penggubahan lagu rekod single, album visual ini meneroka pemikiran dan wawasan Beyoncé secara bukan linear.

Penghasilan album dalam bentuk fizikal akan dilakukan bermula pada hari ini dan cakera CD/DVD boleh didapati pada waktu jualan ketika musim perayaan.

Facebook memaparkan secara eksklusif Bahagian Pertama "Self-Titled," dokumentari mini yang memberikan gambaran terhadap keseluruhan projek yang dijalankan ini. Ia turut memperlihatkan pemikiran dan wawasan seni beliau sepanjang pembikinan album BEYONCÉ ini. Dengan menghayati landskap digital yang sentiasa berubah, beliau menciptakan pengalaman yang berinovatif, mendalam serta berbilang platform bagi album visual pertama sepanjang kerjaya seni beliau yang benar-benar mengubah cara para peminatnya untuk menghayati muzik.

Tidak mahu dinilai berdasarkan kejayaan lalu, inilah artis yang terus mahu belajar, mencabar diri dan melepasi segala halangan. Proses kreatif ini memberikan kelebihan kepada Beyoncé untuk menguasai muzik beliau sendiri dan memberikan peluang untuk mengawal bagaimana muzik itu seharusnya didengari. Beliau tidak terlalu mengikut peraturan dan melanggar apa sahaja yang dijangkakan kerana mahu meletakkan muzik sebagai hasil kerja secara keseluruhannya.

Beyoncé yang turut memainkan pelbagai peranan sebagai penulis lirik, penerbit dan pengarah, membentuk pasukan hebat yang terdiri daripada artis, penulis lirik, penerbit dan pengarah video bagi penghasilan album visual beliau ini, termasuklah JAY Z, Timbaland, Justin Timberlake, Pharrell Williams, Drake, The Dream, Sia, Ryan Tedder, Miguel, Frank Ocean, Hit Boy, Ammo, Boots, Detail, Jake Nava, Hype Williams, Terry Richardson, Melina Matsoukas, Jonas Akerlund, Ricky Saiz, Pierre Debusschere, @lilinternet, Noah "40" Shebib, Francesco Carrozzini, Caroline Polachek, Ed Burke, Bill Kirstein dan Todd Tourso.

Rakaman beliau dilakukan di seluruh dunia selama setahun setengah. Rakaman awal telah pun bermula setelah penulis lirik dan penerbit berkumpul bersama-sama di The Hamptons, enklaf pantai New York pada musim panas tahun 2012 untuk tinggal bersama, bekerja bersama dan menghayati dunia dan pemikiran beliau. Para peminat telah sama-sama menjadi matang bersama penyanyi itu untuk memahami kandungan dan pengalaman yang dikongsi, inspirasi muzik, dengan tema untuk mencari makna cinta, kehilangan, ketakutan, amarah, kejujuran, kegembiraan, seksualiti dan keyakinan.

Video yang kebanyakannya beliau arahkan bersama itu merupakan hasil formula yang lebih bebas tanpa kerunsingan. Rakaman telah dilakukan terutamanya semasa jelajah "Mrs. Carter Show World Tour," dan video tersebut telah dirahsiakan, walaupun kesemuanya dirakamkan di tempat terbuka termasuklah di pantai Brazil, jalan sekitar NYC, di Cyclone Rollercoaster terkenal di Coney Island, New York, pusat bandar Los Angeles, istana di Paris, gelanggang permainan kasut roda di Houston, Texas, tempat beliau bermain kasut koda ketika zaman kanak-kanak beliau dan gereja yang indah di Amerika Selatan. Beliau menggabungkan hasil yang ditangkap secara kreatif, mencari apa yang besar dan kecil serta menekankan penangkapan perbuatan spontan dan kejujuran pada setiap saat. Video yang dihasilkan adalah sangat menguja, dilatari dengan sinematografi visual yang indah serta gaya penceritaan yang menarik. Video ini memperlihatkan diri beliau yang sebenar, yang turut mempunyai kelemahan dan ketidaksempurnaan.

BEYONCÉ merupakan medium komunikasi bunyi dan visual yang hebat buat para peminat muzik daripada artis yang berhak melaksanakan sesuatu berdasarkan kehendaknya, "Saya hanya mahu berkongsi album ini bersama individu yang saya sayang dan kagumi. Saya amat berharap mereka turut merasakan perasaan yang sama ketika saya mencipta muzik tersebut," ujar Beyoncé.

SENARAI LAGU BEYONCÉ:

Pretty Hurts
Haunted
Drunk in Love (Menampilkan JAY Z)
Blow/Cherry
No Angel
Yoncé/Partition
Jealous
Rocket
Mine (Menampilkan Drake)
XO
***Flawless (Menampilkan/ Chimamanda Ngozi Adichie) 
Superpower (Menampilkan Frank Ocean)
Heaven 
Blue (Menampilkan Blue Ivy)

SENARAI VIDEO BEYONCÉ:

Pretty Hurts
diarahkan oleh Melina Matsoukas

Ghost
diarahkan oleh Pierre Debusschere

Haunted
diarahkan oleh Jonas Akerlund

Drunk in Love
diarahkan oleh Hype Williams

Blow
diarahkan oleh Hype Williams

No Angel
diarahkan oleh @lilinternet

Yoncé
diarahkan oleh Ricky Saiz

Partition
diarahkan oleh Jake Nava

Jealous
diarahkan oleh Beyoncé, Francesco Carrozzini & Todd Tourso

Rocket
diarahkan oleh Beyoncé, Ed Burke & Bill Kirstein

Mine
diarahkan oleh Pierre Debusschere

XO
diarahkan oleh Terry Richardson

***Flawless
diarahkan oleh Jake Nava

Superpower
diarahkan oleh Jonas Akerlund

Heaven 
diarahkan oleh Beyoncé & Todd Tourso

Blue
diarahkan oleh Beyoncé, Ed Burke & Bill Kirstein

**VIDEO BONUS – Grown Woman
diarahkan oleh Jake Nava

****

www.beyonce.com

Source: Parkwood Entertainment/Columbia Records
Related Links:
Keywords: Entertainment Music New products/services