SINGAPURA, 16 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Videology, yang merupakan platform pengiklanan video paling besar di dunia, hari ini mengumumkan perkembangannya secara besar-besaran bagi pasukan kepimpinan Asia miliknya dengan lima posisi serantau baharu yang diwujudkan.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130108/NY37257LOGO )
Bagi memanfaatkan pertumbuhan pesat terhadap permintaan pengiklanan video dan potensi bagi perkembangan yang lebih luas di Asia, syarikat ini telah melabur dalam kepakaran baharu yang memberikan perkhidmatannya di rantau ini, termasuk pengarah serantau yang dikhususkan serta para pemimpin dalam strategi, operasi dan perkhidmatan klien dan juga teknologi sudut bekalan.
Pelantikan tersebut menunjukkan galakan yang serius terhadap pasukan Videology seluruh Asia Tenggara dan mencerminkan pertumbuhan yang kukuh oleh syarikat itu sejak ditubuhkan pada tahun 2012 di rantau tersebut. Perkembangan ini merupakan susulan daripada pengumuman yang dibuat pada bulan lalu tentang pemilihan Videology sebagai rakan kongsi teknologi bagi menggerakkan platform pengiklanan video unggul YAHOO! Jepun yang baru dilancarkan. Videology juga bekerjasama dengan syarikat pegangan pengiklanan yang utama merentasi Asia Tenggara.
Menurut IAB, 41% daripada penonton Internet sedunia kini menetap di rantau Asia Pasifik berbanding 14% di Amerika Utara dan 27% di Eropah. Tambahan pula, pengiklanan digital dijangkakan berkembang sebanyak 16% di seluruh rantau itu pada tahun 2014. Walaupun beberapa angka tertentu bagi video dalam talian tidak dapat diperoleh melalui IAB, Videology tetap dijangka untuk bertumbuh mengatasi perbelanjaan digital keseluruhan disebabkan oleh saiznya yang relatif dan juga jangka hayat medium berkaitan.
"Media Asia sedang membuat peralihan kepada digital dengan lebih pantas berbanding kawasan lain di serata dunia. Para pengiklan dan agensi benar-benar ingin memanfaatkan kuasa emosi video sebagai sebahagian daripada pendekatan skrin-agnostik memandangkan para pengguna kian menggunakan tablet, telefon mudah alih dan komputer peribadi untuk menonton video," kata Ken Pao, Pengarah Urusan, APAC di Videology. "Lantikan kepimpinan ini akan memastikan kita dapat menawarkan kepakaran yang menerajui industri kepada rakan kongsi kami bagi menyasarkan mesej mereka dan memperoleh inventori video unggul dengan selamat di seluruh rantau ini."
Senarai penuh lima lantikan tersebut ialah:
Lima individu tersebut bekerjasama dengan pasukan APAC Videology sedia ada yang diketuai oleh Ken Pao dan juga akan berhubung dengan pakar global Videology yang diumumkan baru-baru ini, Rhys McLachlan, Ketua Global TV Strategies dan Jana Eisenstein, Naib Presiden Kanan Global Accounts.
Latar Belakang Videology
Videology (videologygroup.com) merupakan salah satu platform pengiklanan video yang paling besar di dunia. Hanya dengan meringkaskan data yang besar, kami mampu memperkasa pemasar dan syarikat media untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam bidang pengiklanan bagi memanfaatkan para penonton secara sepenuhnya. Teknologi kami yang berasaskan matematik dan sains membolehkan para pelanggan kami mengurus, mengukur dan mengoptimumkan video digital dan pengiklanan TV agar mencapai keputusan terbaik dalam landskap media yang menumpu.
Videology, Inc. merupakan syarikat persendirian yang disokong usaha niaga dan melibatkan para pelabur seperti Catalyst Investors, Comcast Ventures, NEA, Pinnacle Ventures dan Valhalla Partners. Videology beribu pejabat di Baltimore, MD, dengan pejabat utama di New York, Austin, Toronto, London, Paris, Madrid, Tokyo, Singapura, Sydney dan mempunyai pasukan jualan di seluruh Amerika Utara.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi Michele Skettino di Michele@videologygroup.com atau A.S. +1-917-653-0073.