APPENZELL, Switzerland, 16 Disember 2013 /PRNewswire/ --
Kuadran Ajaib pertama seumpamanya meletakkan GMC dalam kuadran peneraju
http://www.gmc.net: GMC Software Technology (GMC), peneraju yang memenangi anugerah bagi pengurusan komunikasi pelanggan (CCM) dan pengurusan pengeluaran, mengumumkan ia telah disertakan oleh Gartner Inc. dalam Kuadran Ajaib pertama untuk Pengurusan Komunikasi Pelanggan[1]. Laporan ini telah menilai 15 vendor yang memenuhi kriteria kemasukan yang ditetapkan.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130603/618311 )
Perisian CCM membolehkan organisasi untuk mencipta, menyesuaikan dan menyampaikan komunikasi kepada para pelanggan dengan lebih cekap melalui apa-apa saluran pengeluaran. Strategi pengurusan komunikasi pelanggan (CCM) bertujuan untuk meningkatkan penciptaan, penghantaran, penyimpanan dan pemerolehan semula organisasi bagi komunikasi keluar dan interaktif bersama para pelanggan.
Menurut Gartner, keputusan untuk "menerbitkan Kuadran Ajaib bagi topik ini mencerminkan pertumbuhan pasaran bagi perisian CCM dan peranan penting dalam penciptaan komunikasi multimedia yang sangat disesuaikan ini. Kami [Gartner] menjangkakan pasaran ini mewakili kira-kira $800 juta seluruh dunia, nilai ukuran pendapatan bagi penyedia perisian ini secara keseluruhannya pada tahun 2013. Kami [Gartner] meramalkan angka ini akan meningkat kepada lebih $1 bilion menjelang tahun 2016, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 11%."
"Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada Kuadran Ajaib oleh Gartner yang pertama seumpamanya ini bagi Perisian Pengurusan Komunikasi Pelanggan," kata Henri Dura, Ketua Pegawai Eksekutif bagi GMC Software Technology. "Penyelesaian oleh GMC telah dibangunkan berdasarkan dasar yang kukuh dengan pengalaman selama 20 tahun dan ini membolehkan kami melaksanakan wawasan kami bagi pengeluaran komunikasi pada masa hadapan."
"Neopost memahami resepi kejayaan apabila mengendalikan syarikat baharu dan mempunyai strategi yang jelas untuk GMC, lalu membolehkan individu yang bersemangat dan komited terhadap pelanggan terus berkhidmat dengan berautonomi," sambung Dura. "Sebagai buktinya, pendapatan kami di CCM meningkat sebanyak 20% secara organik dalam tempoh 9 bulan yang pertama pada tahun 2013."
"Matlamat kami adalah untuk terus membawakan inovasi dan terus menerajui pasaran CCM bagi membolehkan para klien kami untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para pengguna," ujar Dura.
Sila baca Kuadran Ajaib oleh Gartner di sini.
Nota kepada editor
[1] Gartner "Magic Quadrant for Customer Communication Management" oleh Karen M. Shegda, Kenneth Chin, Pete Basiliere, 26 November 2013
Corporate & Asia PAC
GMC Software Technology
+44-(0)-845-223-2443
press@gmc.net
EMEA
Chameleon PR
+44-(0)-207-680-5500
GMC@chameleonpr.com
Amerika Utara
Sterling Kilgore
+1-630-964-8500
sarmstrong@sterlingkilgore.com
Logo GMC dan GMC Inspire ialah tanda dagangan bagi GMC Software Technology
Sumber: GMC Software Technology Ltd