omniture

Playtech Melancarkan Ciri 'Dwirangkaian' Eksklusif untuk Semua Permainan Live

Playtech
2013-12-16 17:21 148

LONDON, 16 Disember 2013 /PRNewswire/ --

Playtech, pereka, pembangun dan pelesen antarabangsa untuk perisian dan perkhidmatan untuk industri permainan dalam talian, mudah alih, TV dan berpangkalan di darat, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran 'Dwirangkaian' untuk permainan Live yang berjaya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120515/531552 )

Tawaran yang menguja dan eksklusif ini membolehkan pemain dari seluruh dunia menikmati pengalaman budaya yang tersuai khusus apabila memainkan permainan Live kegemaran mereka dari mana-mana sahaja seluruh dunia dan pada apa-apa platform. Ciri ini boleh didapati dalam pasaran Eropah dan Asia buat masa ini. Ini bermakna, seorang pemain Asia yang tinggal di Eropah boleh bermain permainan yang dikendalikan di UK dengan ejen Asia yang menurut amalan khidmat pelanggan Asia dan juga sebaliknya.

Penyuaian khusus seperti ini menawarkan pemain pengalaman budaya yang biasa dialami lalu menjadikan pengalaman bermain lebih menguja. Pemegang lesen Playtech akan mendapat manfaat daripada ciri ini untuk semua permainan Live dengan menawarkan pengalaman bermain Live yang tiada tandingan untuk pemain mereka.

Shimon Akad, Naib Presiden Operasi Playtech, memberi komen, "Pengenalan ciri 'Dwirangkaian' sekali lagi menunjukkan ciri responsif Playtech terhadap keperluan pemain. Kami sentiasa menyasarkan untuk menyediakan pengendali kami dengan teknologi terbaharu dan tawaran terbaik dalam pasaran, kami menurut kelakuan pengguna dan menghasilkan produk yang menyediakan pemegang lesen kami dengan kelebihan daya saing yang tinggi, yang membenarkan mereka memperluas pasaran berpotensi mereka. Saya pasti ciri ini akan menjadi lebih penting lagi dalam kalangan pemain dan pengendali dalam sedikit masa sahaja lagi."

Latar Belakang Playtech

Playtech membangunkan kandungan dan platform perisian bersatu untuk industri permainan dalam talian dan berpangkalan di darat, serta menyediakan rangkaian perkhidmatan sampingan seperti pemasaran, pengehosan dan perkhidmatan CRM.

Kemampuan Kumpulan itu membolehkan penyampaian perisian bersepadu atau penyelesaian siap guna, dengan pemain mengakses terminal permainan berasaskan dalam talian, siaran, mudah alih dan pelayan melalui satu akaun tunggal.

Pemegang lesen baharu termasuklah pengendali dalam talian sedia ada yang menaik taraf atau mempelbagaikan tawaran mereka, kumpulan kasino berpangkalan di darat, entiti tajaan kerajaan seperti loteri, dan peserta baharu yang baru mula menjejak kaki dalam bidang permainan dalam talian, terutamanya dalam pasaran yang baru dikawal selia.

Setelah ditubuhkan pada tahun 1999, Playtech disenaraikan dalam Bursa Saham London dan mempunyai lebih 3,000 kakitangan yang bekerja di sebelas negara. Aplikasi permainannya yang menerajui termasuklah kasino, pakau, bingo, pertaruhan sukan, permainan secara langsung, mudah alih dan sosial, serta permainan kebarangkalian santai dan kebarangkalian tetap.

http://www.playtech.com

Bagi maklumat lanjut hubungi:

Playtech Ltd
Mor Weizer, Ketua Pegawai Eksekutif
Ron Hoffman, Ketua Pegawai Kewangan
dengan alamat Pelham Bell Pottinger
+44(0)20-7861-3232

Adam Kay, Ketua Perhubungan Pelabur      
+44(0)1624-645954

Pelham Bell Pottinger
David Rydell / Olly Scott / Guy Scarborough    
+44(0)20-7861-3232

Sumber: Playtech

Source: Playtech
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics New products/services