omniture

Google Perlu Berdepan Dengan Keadilan Britain, kata Pihak Menuntut Privasi UK

Google Governance Campaign
2013-12-16 17:54 136

LONDON, 16 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Perjuangan bagi memastikan Google tidak boleh lari daripada keadilan Britain dibawa ke Mahkamah Tinggi Inggeris pada hari Isnin, apabila sekumpulan pengguna Internet di Britain mengambil tindakan terhadap gergasi Internet itu. Pihak menuntut mendakwa Google telah menceroboh privasi mereka di England dan perlu dipertanggungjawabkan di sini juga.

Dalam tuduhan mereka yang difailkan di London, kumpulan pihak menuntut itu yang dikenali sebagai Pengguna Safari Menentang Penjejakan Rahsia Google mendakwa Google telah menceroboh tetapan keselamatan pada pelayan Internet Safari bagi menjejaki semakan lewa dalam talian mereka dan menyasarkan mereka dengan iklan yang dikhususkan. Namun begitu, Google mengatakan tuduhan tersebut perlu dibuat di Amerika Syarikat yang merupakan tapak operasinya dan Google akan menentang tuduhan tersebut dibicarakan di England pada pembicaraan bidang kuasa yang akan berlangsung pada hari Isnin.

Judith Vidal-Hall, salah seorang daripada pihak menuntut itu berhujah Google perlu berdepan dengan keadilan Britain. "Google telah lama bertapak di UK, mempunyai tapak tertentu UK dan kakitangan, menjual iklan serta mengaut keuntungan di sini. Sememangnya tidak munasabah apabila pihaknya tidak mahu menjawab tuduhan dalam mahkamah kami, memandangkan pihaknya sangat giat dengan aktiviti komersil di sini. Jika pengguna bertempat di UK dan undang-undang Inggeris telah disalahgunakan, maka pelaku perlu dipertanggungjawabkan di sini dan bukannya dalam bidang kuasa yang mungkin akan menyebelahi mereka. Tindakan Google yang mahukan pengguna Britain ke California untuk mendapatkan tebus rugi bagi kesalahannya adalah sombong, tidak bermoral dan memalukan. Kami akan berjuang habis-habisan bagi menentang cubaan menggugurkan kes ini."

Google telah didakwa bagi tuduhan memungkiri privasi yang sama di Amerika Syarikat pada bulan Ogos tahun lalu dan perlu membayar denda sebanyak $22.5 juta kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat kerana melanggar perintah yang syarikat tersebut tidak akan memberi gambaran yang salah bagi "sejauh mana para pengguna boleh mengawal pengumpulan maklumat mereka." Google mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut bagi kes FTC, namun menyatakan penjejakan tersebut adalah tidak disengajakan. Walaupun begitu, Peguam Negara New York mengumumkan pada bulan lepas syarikat tersebut bersetuju membayar sebanyak $17 juta bagi menyelesaikan tuduhan syarikat tersebut telah menjejaki aktiviti beberapa pengguna secara rahsia di Laman Web, walaupun telah berjanji penjejakan sedemikian telah disekat.

Di serata Eropah, para pengawal selia data sedang mempertimbangkan langkah untuk mengeluarkan perintah terhadap tindakan Google mengumpul dan menggunakan data peribadi pengguna. Setakat ini, Google masih belum didakwa di Eropah atas perbuatannya menceroboh privasi pengguna. Dan Tench daripada Olswang mewakili pihak menuntut:

"Para pengguna di Britain mempunyai hak terhadap privasi yang dilindungi oleh undang-undang Inggeris dan Eropah. Google boleh mengemukakan hujah undang-undang yang kompleks sebagai sebab untuk tidak menyebutkan kes tersebut di sini, namun syarikat tersebut mempunyai tanggungjawab undang-undang dan moral terhadap para pengguna yang berada di bahagian Atlantik ini untuk tidak menganggap enteng terhadap harapan mereka. Google perlu dipertanggungjawabkan di sini, walaupun pihaknya lebih memilih untuk tidak mengambil peduli terhadap England."

Kes tersebut disenaraikan di Mahkamah 14, Mahkamah Tinggi pada hari Isnin, 16 Disember jam 10.30 pagi.

Panggilan foto:

Pihak yang berkempen daripada kumpulan Google Governance Campaign akan berada di luar Mahkamah Tinggi, London pada hari Isnin jam 9.30 pagi bagi mengedarkan 'kuki' dan memaksa Google untuk "membiarkan kuki penjejakan miliknya berderai."

Nota kepada Para Editor

Google Governance Campaign telah disusun atur oleh pihak yang berkempen dengan kerjasama kumpulan Pengguna Safari Menentang Penjejakan Rahsia Google. Misinya adalah untuk berkempen bagi tindakan korporat yang lebih baik oleh Google di UK, menghormati hak pengguna Britain terhadap privasi dan hak Britain untuk pencukaian terhadap apa-apa keuntungan yang diperoleh di negara ini.

http://www.googlegovernance.com

Sumber: Google Governance Campaign

Source: Google Governance Campaign
Keywords: Internet Technology Multimedia/Online/Internet Legal issues