-- Tawaran lengkap membolehkan aliran kerja piawai dengan kemudahan yang dipertingkatkan dan automasi data untuk makmal dengan jumlah uji kaji makmal yang tinggi
PLEASANTON, California, 16 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Roche (SIX: RO, ROG; OTCQX: RHHBY) hari ini mengumumkan pelancaran sistem FLOW baharu bagi kegunaan Uji kaji Makmal (LDT) di Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Amerika Latin.* Sistem tentuan pengguna ini menawarkan fleksibiliti penuh sepanjang keseluruhan rantaian aliran kerja, bermula daripada pengendalian sampel utama kepada analisis keputusan qPCR. Sistem ini mempunyai rangkaian aplikasi makmal yang luas dalam bidang virologi dan mikrobiologi. Di samping itu, tawaran lengkap Roche bagi reagen, kawalan dan cerakin yang direka serta dioptimumkan untuk berfungsi dengan peralatan FLOW, membawakan kemudahan dan piawaian yang bertahap baharu bagi makmal yang menjalankan sejumlah besar LDT.
Piawaian aliran kerja dan automasi data yang dibolehkan oleh FLOW dicipta untuk aplikasi yang biasanya diperlukan di dalam makmal yang menjalankan uji kaji makmal dengan menu ujian molekular yang pelbagai, bilangan sampel yang besar dan kepelbagaian sasaran yang tinggi. Perisian FLOW menghubungkan kesemua langkah proses tanpa kelim, yang memberikan standard baharu bagi keandalan dan kebolehulangan keputusan serta menyediakan pengesanan penuh bagi data dan komunikasi terus kepada sistem maklumat makmal (LIS).
"Kami amat kagum dengan fleksibiliti yang ditawarkan oleh FLOW bagi aplikasi dan keperluan kami," kata Kurt Handberg, Jabatan Mikrobiologi Klinikal, Aarhus University Hospital, Skejby, Denmark. "FLOW merupakan sistem terbuka yang membolehkan kami mengaplikasikan cerakin di dalam makmal kami sendiri. Selain itu, sistem ini juga jelas mempertingkatkan pengesanan keputusan uji kaji qPCR kami, di samping mengurangkan beban kerja yang berulang terhadap juruteknik kami."
"Para pelanggan dengan aplikasi LDT yang berdaya pemprosesan tinggi memerlukan keandalan keputusan tinggi, yang berjaya dipertingkatkan dengan automasi aliran kerja," ujar Paul Brown, Ketua Bahagian Diagnostik Molekular Roche. "Dengan pelancaran FLOW ini, kami dapat mempertingkatkan automasi dalam tetapan LDT dengan penyelesaian aliran kerja qPCR daripada sampel kepada keputusan dengan sokongan IT pertama, yang berteraskan teknologi dan sistem kami yang sudah mantap. Sehingga ke saat ini, kami menerima maklum balas yang sangat positif daripada para pengguna perintis di negara Eropah yang menunjukkan peningkatan keandalan bagi keputusan yang diperoleh."
Sistem FLOW boleh didapati dengan segera di Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Amerika Latin.
*Sistem FLOW tidak dapat diperoleh di Amerika Syarikat dan wilayah lain.
Latar Belakang FLOW
Sistem FLOW merupakan sistem bukan IVD (diagnostik in vitro) bagi kegunaan makmal umum yang terdiri daripada 5 komponen: 1) Perisian FLOW, 2) Sistem Pengendalian Sampel Utama FLOW 3) Sistem MagNA Pure 96 bagi penulenan asid nukleik automatik, 4) Sistem Persediaan PCR FLOW dan 5) Sistem LightCycler® 480 untuk amplifikasi. Perisian FLOW mampu berinteraksi dengan sistem maklumat makmal (LIS) pelanggan, memperoleh sampel dan maklumat permintaan analisis yang berkaitan bagi menghasilkan senarai kerja. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.flow.roche.com.
Latar Belakang Roche
Roche beribu pejabat di Basel, Switzerland dan merupakan peneraju bagi penjagaan kesihatan dengan tumpuan penyelidikan, yang mempunyai kekuatan bersepadu dalam bidang farmaseutikal dan diagnostik. Roche juga merupakan syarikat bioteknologi yang paling besar di dunia dengan penghasilan ubat-ubatan yang benar-benar khusus bagi onkologi, penyakit berjangkit, keradangan, metabolisme dan neurosains. Roche juga ialah peneraju dunia dalam bidang diagnostik in vitro dan diagnostik kanser berasaskan tisu serta pengeluar utama bagi pengurusan diabetes. Strategi penjagaan kesihatan Roche yang dikhususkan bermatlamat untuk menyediakan ubat-ubatan dan peralatan diagnostik yang menyumbang kepada peningkatan ketara dalam kesihatan, kualiti dan kesinambungan hidup para pesakit. Pada tahun 2012, Roche memiliki lebih 82,000 pekerja di seluruh dunia dan melabur lebih 8 bilion franc Swiss dalam penyelidikan dan pembangunan. Kumpulan ini juga mencatatkan jualan sebanyak 45.5 bilion franc Swiss. Genentech di Amerika Syarikat pula merupakan ahli milik penuh Roche Group. Roche juga merupakan pemegang saham majoriti bagi Chugai Pharmaceutical, Jepun. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.roche.com.
LIGHTCYCLER dan MAGNA PURE merupakan tanda dagangan Roche.
Kesemua nama produk dan tanda dagangan lain ialah harta yang dimiliki oleh pemilik masing-masing.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Bob Purcell Telefon: 888-545-2443 |