omniture

Vistra Memperoleh Khidmat Pejabat Keluarga HVK di Negeri Belanda

Vistra Group
2013-12-17 16:50 157

AMSTERDAM, 17 Disember 2013 /PRNewswire/ --

Vistra, Kumpulan perkhidmatan korporat yang berkembang pesat, hari ini mengumumkan pemerolehan Perkhidmatan Pejabat Keluarga HVK ("HVK FOS"),  sebahagian daripada firma perundingan HVK di Negeri Belanda. Dengan pemerolehan ini, Vistra memperkukuh lagi Divisyen Perkhidmatan Pejabat Keluarganya yang dilancarkan baru-baru ini.

HVK ditubuhkan pada tahun 2011 oleh sekumpulan bekas profesional PwC dan ialah firma perundingan bebas dalam bidang Khidmat Nasihat Cukai, Penstrukturan Cukai, Perkhidmatan Pejabat Keluarga, Perkhidmatan Perundangan & Notari serta Khidmat Nasihat Kewangan. Pemerolehan divisyen Perkhidmatan Pejabat Keluarga HVK mempertingkatkan dan menyokong Divisyen Perkhidmatan Pejabat Keluarga Vistra yang dilancarkan baru-baru ini, yang memberi tumpuan terhadap khidmat nasihat, pelaksanaan dan pengurusan struktur kumpulan untuk Pejabat Keluarga Individu dan Keluarga dengan Nilai Bersih Tinggi. Selain menjana hasil Pejabat Keluarga baharu dan tambahan, adalah dijangkakan Perkhidmatan Pejabat Keluarga akan menjana aliran hasil baharu untuk perkhidmatan amanah tradisional oleh Vistra.

Setelah diminta memberi komen tentang pemerolehan ini, Pengarah Urusan Vistra Belanda dan Ketua Global Perkhidmatan Pejabat Keluarga, Sjaak ten Hove berkata: "Kami berbesar hati dapat mengalu-alukan kakitangan yang mahir serta rangkaian berprofil tinggi HVK FOS ke Vistra Group. Dengan menggabungkan kedua-dua syarikat ini, kami dapat memajukan lagi tawaran perkhidmatan khusus kami yang sedia ada kepada pejabat tunggal serta berbilang keluarga. Rangkaian antarabangsa HVK FOS sedia ada juga boleh menjadi titik permulaan yang logik untuk perluasan antarabangsa yang pantas melalui pelaburan tambahan pilihan dalam amalan Perkhidmatan Pejabat Keluarga sedia ada."

Jac Veeger, Pengarah HVK FOS berkata lagi, "Kami akan menyertai salah satu kumpulan perkhidmatan korporat yang paling pantas berkembang di Eropah, yang bakal membawakan faedah dan peluang kepada klien dan kakitangan kami yang sedia ada. Memandangkan Vistra ialah pemain yang menerajui dalam segmen pasaran Individu dan Keluarga dengan Nilai Bersih Tinggi, kombinasi kedua-dua syarikat ini akan mencipta platform yang kukuh untuk pertumbuhan lebih pesat dalam perniagaan Perkhidmatan Pejabat Keluarga. Klien kami bakal menikmati banyak manfaat daripada rangkaian perkhidmatan yang lebih luas serta kehadiran lapangan yang lebih kukuh dalam bidang kuasa penting Vistra yang lain. Sudah tentulah klien kami akan mengekalkan hubungan mereka yang sedia ada bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka." 

Jac Veeger daripada HVK FOS bakal mengetuai divisyen Perkhidmatan Pejabat Keluarga di Negeri Belanda sementara Sjaak ten Hove pula akan menjadi Ketua Global Perkhidmatan Pejabat Keluarga, di samping jawatan semasa beliau sebagai Pengarah Urusan Vistra Belanda. HVK FOS dijangka akan dijenamakan semula di bawah payung Vistra pada suku pertama tahun 2014.

Latar Belakang Vistra Group

Vistra ialah penyedia global bebas untuk khidmat amanah, korporat dan dana. Perkhidmatan kami termasuklah pembentukan dan pengurusan syarikat, pemerbadanan luar pesisir, pembentukan dan pentadbiran dana, perkhidmatan pemegang amanah, pejabat keluarga, perkhidmatan marin dan penerbangan serta perkhidmatan perakaunan. Vistra beroperasi di 29 lokasi di seluruh dunia dengan rangkaian yang merangkumi 20 bidang kuasa. Klien dapat menikmati faedah daripada pendekatan berbilang bidang kuasa Vistra, yang diberikan oleh sekumpulan profesional dengan pemahaman mendalam tentang keperluan setiap klien yang kompleks.

Vistra adalah sebahagian daripada OV Group, yang termasuklah Offshore Incorporations Limited Group (OIL), pakar pembentukan syarikat yang menerajui di Asia dan Vistra. OV Group menggajikan kira-kira 750 profesional dan merupakan penyedia ketiga terbesar untuk khidmat amanah dan korporat seluruh dunia. Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.vistra.com.

Sumber: Vistra Group

Source: Vistra Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers