- Hiburan "Ais" di Nalat
NALAT, China, 17 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Beberapa hari lalu, di tapak Pesta Perdagangan Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang ke-8, Kawasan Ski Nalat Xinjiang telah menarik perhatian banyak peminat sukan salji ais pada kemunculan sulungnya. Kawasan Ski Nalat disambut baik oleh peminat ski profesional domestik dan luar negara kerana keadaan persekitaran sejadinya yang hebat dan kemudahannya yang lengkap. Laporan asal daripada China Economic Net disediakan berikutan acara itu.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131216/CN33785 )
Mengikut laporan, Pertandingan Nalat bagi Jelajah China Luncur Ais Merentas Desa FIS 2013-2014 akan bermula secara rasminya pada 8 Januari 2014 di Kawasan Ski Nalat. Para peluncur ais bertaraf dunia dari serata dunia akan bersaing antara satu sama lain pada hari ke-2 pertandingan.
Pertandingan Nalat bagi Jelajah China Luncur Ais Merentas Desa FIS 2013-2014 berbeza daripada pertandingan sebelum ini dan akan dimulakan dengan Pesta Kebudayaan Pelancongan Ais & Salji "Cinta Salji" Wilayah Ili ke-8 secara serentak. Puluhan ribu pengunjung dijangka akan menyaksikan pertandingan tersebut.
Turut dilaporkan Pesta Ais & Salji Wilayah Ili ke-8 yang dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Xinyue akan bermula pada 8 Januari 2014 dan berakhir pada 25 Februari 2014. Selain Jelajah China Luncur Ais Merentas Desa FIS, Kawasan Ski Nalat turut mengadakan acara Kejohanan Ski Merentas Desa China Musim Salji 2013-2014. Di samping itu, pihak penganjur turut menyediakan Permainan Hulur Ais & Salji, Cabaran Fizikal Ais & Salji, Pemanduan Seribu Peserta, Karnival Pesta Tanglung dan aktiviti rekreasi ais & salji hebat yang lain buat para pengunjung.
Berikutan pesta ini, Kawasan Indah Nalat bukan sahaja boleh menggalakkan sumber ais & salji miliknya, bahkan turut menyebarkan budaya Kazak tersendiri miliknya, lalu membangunkan industri pelancongan ais & salji menjadi jenama kebudayaan, dengan penjelajahan dari Xinjiang ke seluruh dunia.