EISENBERG, Jerman, 17 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Kajian baharu yang baru-baru ini diterbitkan dalam jurnal terkemuka Journal of Plastic Dermatology sekali lagi mengesahkan keberkesanan terapeutik peptida timus menentang keguguran rambut. Telogen effluvium (TE) dan androgenetic alopecia (AGA) ialah punca utama keguguran rambut. Kajian setakat ini menemui kesan klinikal yang terbukti [1-2] dengan peptida timus sintetik untuk kedua-dua AGA dan TE kronik.
Rekaan kajian dan keputusan
Objektif kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan dan penerimaan kosmetik peptida timus dengan berat molekul rendah (faktor GKL) dalam fasa pertama AGA dan TE sepanjang masa enam bulan. Serum peptida timus dan syampu yang berasaskan peptida timus sintetik telah digunakan (Timosint(R)/Thymuskin(R)/http://www.thymuskin.de).
Kajian ini dijalankan dengan 366 pesakit (l/w) dengan TE kronik dan peringkat awal AGA.
Ringkasan
Produk yang digunakan dalam kajian ini menunjukkan tindak balas klinikal yang bagus dengan melambatkan keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut. Pada kadar 98%, yang mewakili 364 individu yang terlibat dalam kajian ini, pengurangan keguguran rambut boleh diperhatikan. Rawatan ini juga mampu memperbaiki simptom tipikal yang sentiasa terjadi di samping penyakit ini, seperti eritema atau kemerahan pada kulit, kegatalan dan seborea atau keradangan kelemumur. Penerimaan/tolerans kosmetik positif dirakamkan dalam 98% daripada semua kes.
Sumber dan bibliografi
- Barbareschi M, Arena N et al.: Multicentric study of the effects of topical lotion and shampoo containing synthetic thymus peptides on androgenetic alopecia and chronic telogen effluvium in women and men. Journal of Plastic Dermatology. 2013: Vol.9 (2),
[1] N. Meier: Thymic Peptides Differentially Modulate Human Hair Follicle Growth. Journal of Investigative Dermatology (2012)
[2] Donne Dermatologhe Italia (DDI). Clinical Investigation of the effects of topical lotion and shampoo containing synthetic thymus peptides on androgenetic and chronic telogen effluvium in women. J Plastic Dermatol 2008; 4:199-205.
Hubungan Akhbar
Vita-Cos-Med Klett-Loch GmbH
Jan Korting
Rontgenstr. 11
67304 Eisenberg / Jerman
Telefon: +49(0)621-714820
jan.koerting@thymuskin.de
Sumber: Vita-Cos-Med Klett-Loch GmbH