HAIFA, Israel, 18 Disember 2013 /PRNewswire/ --
App FertiMatch bantu para petani menghitung dan menyediakan penyelesaian baja untuk Fertigasi
HAIFA Group (http://www.haifa-group.com) yang merupakan pembekal global kalium nitrat untuk pertanian dan industri serta nutrien tumbuhan istimewa, hari ini mengumumkan satu lagi peningkatan bagi barisan produk nutrisi yang larut air dengan pelancaran "FertiMatch", app mudah alih bagi menghitung komposisi yang tepat bagi Fertigasi.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131218/658739 )
App FertiMatch dapat membantu para petani mendapatkan jumlah baja dengan tepat yang diperlukan dalam komposisi tertentu. Para petani hanya perlu memasukkan butiran tentang kepala kawalan Fertigasi, memilih kepekatan dan unsur rujukan serta baja (Haifa atau selainnya). Output ini menyediakan kuantiti baja yang diperlukan serta kepekatan unsur di dalam air pengairan.
FertiMatch dapat digunakan melalui iOS (iPhone http://bit.ly/1ffCGVT, iPad http://bit.ly/1f3uebz ) dan Android (http://bit.ly/1cy7Bc4) . Tidak lama lagi, FertiMatch akan disediakan untuk telefon Windows.
"Dengan FertiMatch, kami memudahkan pengiraan jumlah baja yang diperlukan. Penawaran alat bantu ini menerusi peranti mudah alih memastikan app ini dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang memerlukan khidmatnya secara terus, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," ujar Yoav Ronen, Pengurus Pemasaran Baja Larut Air, Haifa Group.
FertiMatch menyertai kedai aplikasi mudah alih Haifa yang kian maju. Kedai tersebut telah pun memasukkan FloraMatchTM yang merancang nutrisi pembebasan terkawal bagi tapak semaian profesional dan Laman Web mudah alih Haifa yang dilancarkan baru-baru ini.
Laman web mudah alih tersebut menyediakan akses yang pantas dan mesra pelanggan ke laman web Perkongsian Maklumat Pertanian Haifa yang dipertingkatkan untuk telefon pintar dan tablet bagi para pengguna mudah alih. Laman web mudah alih dengan beraneka kandungan ini menawarkan akses pantas terhadap maklumat penting untuk para petani dan ahli profesional pertanian di mana-mana sahaja.
"Penambahan aplikasi ini ke dalam portfolio kami merupakan salah satu usaha yang menunjukkan komitmen kami untuk membantu para petani memperbaiki amalan mereka dan memaksimumkan hasil dan kualiti tanaman. Ini merupakan satu lagi realisasi terhadap cadangan nilai 'Minda Petani' kami," kata Ron Seligmann, Ketua Agronomi dan Pengurus Maklumat.
Latar Belakang Haifa Group
Haifa Group merupakan syarikat multinasional yang bertapak di Israel dan juga pembekal kalium nitrat yang menerajui pada peringkat global untuk pertanian dan industri, nutrien tumbuhan istimewa dan fosfat makanan. Haifa yang terkenal dengan semangat perintis dan penyelesaian berinovatif, ditubuhkan pada tahun 1966 oleh kerajaan Israel dan menjadi hak milik swasta sejak tahun 1989. Operasi global Haifa terdapat di lebih 100 negara merentasi 5 benua dengan 12 syarikat subsidiari dan 3 kilang pengeluaran.
Perhubungan Media:
Smadar Raban
Komunikasi Pemasaran
Haifa Group
Tel: +972-54-4849959
e-mel: smadar.raban@haifa-group.com
Perhubungan Komersil:
Yoav Ronen
Pengurus Pemasaran Baja Larut Air
Haifa Group
Tel: +972-54-6756673
e-mel: yoav.ronen@haifa-group.com
Sumber: Haifa Group