-- Teknologi Plantrose™ Renmatix yang dipatenkan membolehkan penghasilan gula industri daripada biojisim kayu dan tidak boleh dimakan
-- Gula industri penting sebagai pelopor berasaskan bio bagi pelbagai bahan kimia berdasarkan stok suapan boleh diperbaharui
LUDWIGSHAFEN, Jerman dan PHILADELPHIA, 19 Disember 2013 /PRNewswire/ -- BASF, Ludwigshafen, Jerman dan penyedia teknologi Amerika, Renmatix Inc., dari Philadelphia, Pennsylvania akan bersama-sama meningkatkan proses Plantrose Renmatix bagi penghasilan gula industri berdasarkan biojisim lignoselulosa. Kedua-dua syarikat ini telah menandatangani perjanjian pembangunan bersama bukan eksklusif. Kedua-dua pihak juga telah bersetuju dengan syarat-syarat kewangan utama bagi pemegang lesen komersil masa depan, yang boleh dijalankan oleh BASF atas budi bicaranya. Kerjasama ini ialah susulan daripada pelaburan yang dilakukan oleh BASF sebanyak $30-juta terhadap Renmatix pada Januari 2012.
Teknologi Plantrose yang dihasilkan oleh Renmatix membolehkan gula industri dihasilkan dengan kos yang lebih rendah berbanding saingan, daripada pelbagai sumber biojisim yang tidak boleh dimakan (lignoselulosa). Proses proprietari ini meleraikan sumber lignoselulosa (seperti kayu, sisa pertanian atau jerami) kepada gula industri dengan menggunakan air lampau genting (air pada suhu dan tekanan tinggi). Gula industri ialah blok binaan penting bagi pelbagai bahan kimia asas dan perantaraannya, yang dapat dihasilkan melalui proses penapaian misalnya. Ketersediaan gula industri dalam kuantiti yang mencukupi dan pada kos yang lebih rendah berbanding saingan adalah penting bagi menghasilkan produk berasaskan bio yang mesra alam dan kompetitif daripada segi kos. Dengan memasukkan stok suapan biojisim sebagai langkah pertama dalam rantaian nilai ini, pengubahan bahan mentah dapat berlaku, yang seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan mentah fosil seperti nafta sebagai stok suapan utama.
Projek yang berkaitan dengan topik pengubahan bahan mentah merupakan satu bidang teknologi penting dalam Penyelidikan Verbund BASF. Pakar BASF bersama-sama mengenal pasti proses yang menarik bagi menggunakan bahan mentah alternatif seperti tenaga boleh diperbaharui, gas asli dan CO2.
"Pengubahan bahan mentah ini hanya dapat dilaksanakan melalui inovasi proses yang membolehkan penggunaan sumber alternatif yang terdiri daripada bahan mentah," kata Dr. Peter Schuhmacher, Presiden pusat kecekapan BASF, Penyelidikan Proses dan Kejuruteraan Kimia. "Ini memerlukan proses seperti Plantrose yang akan terus dibangunkan secara usaha bersama, lalu membolehkan penggunaan biojisim yang tidak boleh dimakan sebagai stok suapan kimia serta yang tidak bersaing dengan penghasilan makanan atau suapan. Proses Plantrose dapat membantu kami mendapatkan bahan mentah yang boleh diperbaharui. Proses tersebut juga dapat menyokong para pelanggan kami dalam menghasilkan penyelesaian yang dapat memberi sumbangan penting terhadap pembangunan mampan."
"Sepanjang dua tahun lepas ini, BASF telah membuat pelaburan masa dan modal yang penting bagi menyokong usaha kami di Renmatix," kata Mike Hamilton, Ketua Pegawai Eksekutif Renmatix. "Di Renmatix, kami memberi tumpuan penuh terhadap menyokong pasaran biokimia yang kian berkembang dengan membolehkan para pemimpin yang progresif untuk meningkatkan kapasiti Plantrose dan seterusnya memudahkan akses kepada gula industri yang berkesan kos bagi industri kimia global."
Latar Belakang Renmatix
Renmatix merupakan pemberi lesen teknologi yang menerajui bagi penukaran biojisim kepada gula selulosa, yang merupakan stok suapan yang membolehkan bagi alternatif petroleum yang digunakan dalam pasaran biokimia dan bahan api bio pada peringkat global. Proses Plantrose™ milikan syarikat tersebut mencabar ilmu ekonomi tentang gula yang konvensional dengan menukarkan biojisim berselulosa, daripada sisa kayu hinggalah kepada sisa pertanian, agar menjadi gula yang bermanfaat serta berkesan kos dengan cara yang murah. Teknologi hidrolisis lampau genting Renmatix menguraikan biojisim bukan makanan dengan lebih pantas sebanyak satu magnitud berbanding proses lain dan mempertingkatkan kelebihan kosnya tanpa menggunakan jumlah bahan guna habis yang signifikan. Renmatix ialah syarikat milik persendirian dengan operasi di Georgia, yang kini mampu menukarkan tiga tan kering biojisim berselulosa kepada gula Plantro® setiap hari, dan turut dikenali sebagai pusat teknikal bertaraf dunia di Pennsylvania. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.renmatix.com.
Latar Belakang BASF
BASF merupakan syarikat bahan kimia yang menerajui di dunia: The Chemical Company. Portfolionya terdiri daripada bahan kimia, plastik, produk berprestasi dan produk perlindungan tanaman hinggalah kepada minyak dan gas. Kami menggabungkan kejayaan ekonomi bersama perlindungan terhadap alam sekitar serta tanggungjawab sosial. Menerusi sains dan inovasi, kami membantu menyampaikan keperluan terkini dan masa depan masyarakat kepada para pengguna dalam hampir setiap industri. Produk dan penyelesaian kami menyumbang ke arah pemuliharaan sumber, lalu memastikan pemakanan dan meningkatkan kualiti hidup bagi masyarakat. Kami merumuskan sumbangan ini dalam tujuan korporat kami: Kami menghasilkan kimia bagi kelestarian masa depan. BASF berjaya mencapai jualan sejumlah €72.1 bilion pada tahun 2012 dan mempunyai lebih 110,000 pekerja setakat penghujung tahun ini. Saham BASF didagangkan pada bursa saham di Frankfurt (BAS), London (BFA) dan Zurich (AN). Sebarang maklumat lanjut boleh didapati menerusi Internet di www.basf.com.
Hubungi: |
|
BASF Perhubungan Media Korporat Holger Kapp Telefon: +49-621-60-41040
|
Renmatix Duncan Cross Pengarah Pemasaran Telefon: +1-484-751-4006
Perhubungan Media: Caroline Venza MissionCTRL Telefon: +1-415-601-9645 |